Bila sebut je pasal ketumbit di mata, ramai yang anggap puncanya sebab mengintai anak dara mandi atau skodeng awek mandi.
Ketumbit dan intai anak dara mandi langsung takde kaitan. Kalau intai anak dara mandi, ‘ketumbit’ kat bawah tu yang naik bukannya kat mata. Hehe.
Kena perbetulkan balik tanggapan buruk orang ramai tentang ketumbit yang dikaitkan dengan aktiviti intai anak dara mandi. Walaupun ianya sekadar gurauan, tapi kalau kena pada orang yang sensitif dan mudah terasa hati dengan gurauan tu, tak elok la kan.
Punca Terjadinya Ketumbit Pada Mata
Ketumbit atau chalazion (kalazion) adalah sejenis ketumbuhan atau radang di kelopak mata atas atau bawah disebabkan oleh kelenjar minyak yang tersumbat. Ini biasanya disebabkan oleh kotoran atau kelemumur yang terdapat di kelopak mata.
Biasanya ketumbit mengambil masa 3 hari sebelum ia pecah dan kering. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ketumbit akan sembuh dalam tempoh 1 minggu. Ketumbit sebenarnya tak berbahaya, tak kira besar atau kecil saiznya. Ia takkan menjejaskan penglihatan seseorang tapi boleh menyebabkan kesakitan sebab bengkak pada satu kawasan kecil yang sensitif di kelopak mata.
Gejala Ketumbit
- Mata berair
- Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk
- Mata menjadi sensitif terhadap cahaya
- Kelopak mata menjadi merah dan bengkak
Bagaimana Mengubati Ketumbit
Rawatan utama untuk ketumbit ialah dengan pembedahan kecil atau penggunaan antibiotik setempat yang harus diletak ke dalam mata bagi merawat jangkitan kuman.
Pembedahan hanya diperlukan untuk ketumbit yang disebabkan oleh penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata selepas rawatan antibiotik setempat tidak berkesan. Selalunya ia berlaku selepas radang berlanjutan melebihi dua minggu.
Pada peringkat awal, kalazion dapat dirawat dengan meletakkan antibiotik dan diikuti dengan menuam mata dengan kain yang direndam dalam air suam untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata. Ini harus dilakukan sebanyak tiga kali sehari selama seminggu.
Petua Tradisional Untuk Hilangkan Ketumbit
Geselkan 2 batang sudu. Kemudian sapukan bahagian yang digesel tadi di tempat ketumbit naik. Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.
Sajian video untuk korang semua. Video menunjukkan bagaimana pembedahan kecil dilakukan untuk mengeluarkan nanah yang ada pada ketumbit di mata.
Takut pulak aku tengok pembedahan tu. Harap-harap ketumbit kat mata aku ni sembuh cepat. Takde la bengkak besar sangat tapi sakit dia TAK BOLEH TAHAN!
Sumber: Utusan Malaysia Online (Kesihatan)
kalau ikut pengalaman aku, kalau masa ketumbit tu dah nak tumbuh biasanya dah ada tanda sakit kat bhg mata tu…jd amik bawang putih ketuk skit tekapkan kat bhg kena ketumbit tu,…..peih sikit tp ia mempecepatkan ketumbit tu kecut…….
eeuuuuuwww…..ngeri kot..hahahahaha……org tu dia bg bius tak??hohoh :cwy:
Entah kenapa yea org dulu-dulu kata cam tu. Intai tu mmg tak elok le tp kesannya mcam x kena :)
kalau kena kat mata memang bengang gak la gi kelas.. mesti kena bahan dengan member…
Ngeri melihat pembedahan membuang nanah Ketumbit.
@akubiomed, tau takpe.. aku tengok kejap je video tu.. lepas tu dah tak sanggup nak teruskan..
pernah post mengenai ketumbit ni..hehe..orang tua dulu2 cakap macam tu bg mengelakkan orang mengintai kot.. :biggrin:
@blackrosehunter, mungkin jugak.. orang tua punya penangan, power, sampai sekarang orang dok anggap ketumbit = intai anak dara.. hehe..
@Anarm,
Aku setuju bab petua org tua dulu2. Aku teringat satu pantang larang masa kecik2 di kg dulu, mak aku slalu cakap “Orang laki tak bleh panjat pokok betik, nanti “anu”nya memburuk”.. Camana bleh jadi camtu ek? Tapi bila dah makin besar baru aku faham, diorang tak bagi takde kena mengena ngan “anu” pun, cuma tak nak pokok betik tu patah @ tumbang sebab batang pokok betik bukan padu, berlubang kat dalam…
aku cuak gila dulu masa kena. Memang lama gak nak baik. Haha.. :tongue:
masa kecik dulu memang selalu kena. sekarang ni..tak pernah lagi. Hoho.. :whistle:
@titan, orang dewasa jarang kena penyakit ni.. biasa budak2 je.. aku ni kira budak2 lagi la kot.. hahaha..
Haahhh .. sekodeng lagi ! Kang dah kena ketumbit =)
@anastasyea, erkk.. mane ade skodeng.. tak skodeng pon.. betul.. tak tipu.. :tongue:
erk..tak sanggup nak tengok video tu..
@bardboo, sama la.. baru je tengok sikit video tu.. tak sempat tengok sampai habis.. ngeri.. tak sanggup nak teruskan..