Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:
Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).
Ini menunjukkan betapa istimewanya hari Jumaat. Agama kita sendiri (Islam) yang meletakkan Jumaat itu sebagai ketua bagi hari-hari yang ada.
Hari Jumaat juga mempunyai ganjaran yang lebih berbanding hari-hari yang lain.
Ganjaran yang lebih itu akan kita dapat bila kita lakukan amalan-amalan seperti mandi, memotong kuku, berdoa, berselawat ke atas Nabi, membaca al-Quran, memakai wangi-wangian, bersedekah dan sebagainya yang disukai Allah.
Selain itu, perkara yang paling penting pada hari Jumaat adalah Solat Jumaat (wajib bagi lelaki sahaja).
Solat Jumaat ini penting bagi memastikan umat Islam berada di atas landasan yang membawa kepada kecemerlangan dan kejayaan. Rasulullah SAW ada bersabda:
Barangsiapa secara mudah meninggalkan solat Jumaat sehingga 3 kali berturut-turut, maka Allah akan menjadikan hatinya keras untuk menerima kebenaran.
Garis Panduan Ke Masjid Untuk Solat Jumaat
Rasulullah SAW juga ada menetapkan garis panduan yang wajib diikuti oleh mereka yang bersolat Jumaat. Hal ini bagi memastikan ibadat Jumaat itu benar-benar dapat mendidik jiwa mereka.
Antara garis panduan tersebut adalah:
1. Mengemas Diri Dengan Sebaik-Baiknya
Mandi membersihkan diri agar jemaah lain terutamanya yang berhampiran tidak terganggu oleh bau badan atau bau pakaian yang busuk akibat peluh, kotoran dan lain-lain.
Kesalahan jemaah solat Jumaat pada hari ini:
Ada sesetengah jemaah pergi ke masjid tanpa mandi membersihkan diri, tidak memakai wangi-wangian dan tidak mengenakan pakaian yang terbaik dan sesuai.
2. Berniat dan Segera ke Masjid Dengan Penuh Ketenangan
Ini perlu bagi mendapatkan saf yang paling depan, berzikir, membaca al-Quran, serta berpeluang mendengar khutbah Jumaat dengan jelas dan tenang.
Kesalahan jemaah solat Jumaat pada hari ini:
Ada sesetengah orang tidak niat ketika berangkat ke masjid seolah-olah mereka ke masjid seperti rutin di hari-hari biasa. Bahkan kadang-kadang mereka sengaja berlambat-lambat ke masjid walaupun azan sudah berkumandang.
Ada yang datang di pertengahan khutbah. Ada juga yang datang ketika solat telah dimulakan.
Di masjid, mereka lebih gemar duduk di barisan belakang walaupun barisan depan masih kosong. Ada juga yang duduk di luar masjid sedangkan mereka berada di masjid yang besar dan luas.
3. Tumpu Sepenuh Perhatian kepada Khutbah Yang Dibaca
Ini kerana mendengar khutbah adalah satu kemestian dan menjadi syarat sah bagi sesuatu Jumaat yang didirikan.
Kesalahan jemaah solat Jumaat hari ini:
Ramai yang lebih suka berborak sesama mereka tanpa memberi perhatian sepenuhnya kepada khutbah yang dibaca. Ada juga yang tidur sambil duduk. Ada juga yang membuat bising.
Amalan tidak memberi tumpuan terhadap khutbah yang dibaca oleh khatib adalah kesalahan yang menyerupai pengabaian terhadap bacaan al-Quran kerana salah satu daripada rukun khutbah adalah membaca al-Quran.
Allah menggesa agar kita diam dan menumpukan perhatian apabila al-Quran atau khutbah dibaca.
Berbual dan tidak menumpukan perhatian kepada khatib yang membaca khutbah adalah menyerupai sikap yang pernah ditunjukkan oleh kafir Quraisy pada zaman dulu.
Firman Allah yang bermaksud:
Dan orang kafir berkata:
“Janganlah kamu mendengar akan al-Quran ini dan tentanglah ia (dengan nyanyian dan jeritan riuh rendah serta tepuk sorak) supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya).Maka demi sesungguhnya, kami akan merasakan kepada orang yang kafir itu azab seksa yang seberat-beratnya, dan kami akan membalas mereka dengan seburuk-buruk balasan bagi apa yang telah mereka kerjakan.” – (Surah al-Fussilat, ayat 26 dan 27)
Marilah kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik (walaupun sedikit). Sama-sama kita usahakan dan cuba bersungguh-sungguh. Selagi ada masa untuk berubah, kita lakukanlah dengan segera.
Mungkin hari ini, mungkin hari esok atau mungkin lusa, Allah bakal mencabut nyawa kita – tiada siapa yang tahu. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
pernah sekali masa ngah solat jumaat aritu, ada plak tak tutup handphone..satu masjid dengar..siap lagu A.Ramlie lagi tu..adeh..2,3 kali plak tu…kuat bukan main…rasa nak lepuk je orang tak reti bahasa nak silent kan handphone.. :ermm:
@reezluv, ada gak yang tak silent henpon, pastu ringtone pakai lagu black metal plak.. full volume dalam masjid.. adehh..
@Anarm,
ada gak gitu rupanya.adeh
hm.. ada yang terkena tu..
cuma tambah sikit je..
1. ada yang solat sunat walaupun khutbah . memang tak salah tapi dengar khutbah tu rukun..
2. ambil saf belakang. seeloknya pergi ke depan baru dpt byk pahala..
Sepatutnya umat Islam di Malaysia diberi cuti pada hari tersebut bagi memberikan peluang melakukan amalan-amalan yang disunatkan pada hari tersebut.Memandangkan pahalanya digandakan.
Anarm…. post yang cun….. bila nak lepak sama? :biggrin:
@Faisal Reza, mekasih.. mekasih.. nak lepak sama? haha.. aku mlm2 ade je kat bangi.. lepak online kat kedai.. kalo nk lepak, bleh datang.. minum2, makan2.. bayar sendiri.. huhu
@LuthfiMY, dok tweet, sms tu mesti dah tak dengar khutbah dah.. leka kat benda lain.. solat jadi tak cukup syarat..
ade sorang member aku kat ofis memang tak pernah langsung gi solat jumaat, tak tau nka cakap mana…dah cakap tak kira direct ke indirect ke sama je tak berubah…
@MokhZam, yg tu jenis hati memang dah gelap giler dah tu.. takleh watpe dah..
salam..
info yang bagus.. Good Job!!
Dulu masa boss india aku pegang cc lama tu,ada gak sekali dia marah kenapa balik awal hari jumaat ni,jadi aku cakap la nak sembahyang jumaat,terus dia terdiam,susah juga dapat majikan yang tak prihatin pasal ni
@wazy, betul tu.. sesetengah majikan ada yang tak prihatin.. majikan yang sama agama dengan kita pon (Islam) kadang2 ada jugak yang halang kita gi solat jumaat.. aku pernah lalui semua tu.. harap2 takde pekerja lain yang dapat majikan tak prihatin macam tu.. mintak simpang jauh2 laa dugaan tu semua..
pasal datang semayang jumaat lewat tue memang betul sangat, kekadang ader yang sengaja datang lewat gila, supaya kena semayang luar masjid, pastue bile imam dah bagik salam, terus pecut ngan motor.. hahha
btw, cantik beb quote box ko.. bleh bagi code? hahahha
@samanosuke_04, mat rempit kot biasa wat camtu.. hahaha..
code quote box? nanti aku share.. hehe..
alhamdulillah aku tak pernah ponteng lagi…
tapi kalau bab mendagu tido tu pernah la banyak kali..hehe
@syahrilhafiz, aku pon pernah tertido.. tapi bukan sengaja tido.. takpe kot.. hehe.. harap kesalahan tu dapat diampunkan.. amin..
aku selalu risau tengok orang yang slumber tak pi solat jumaat sebenarnya. setahu aku tak pergi lebih dari 3kali dah berdosa besar tapi tapi…huhuhuhu.
@lizz, dosa besar pon diorang peduli apa.. 3 kali berturut-turut tak gi solat jumaat, hati dah jadi gelap.. tak nampak dosa pahala dah..
@suffer8zine, aku ingat nak publish entri2 agama setiap hari jumaat.. untuk panduan bersama.. sambil2 mengingatkan diri sendiri dan pembaca.. :blush:
@Anarm,
wahhh menarik je bunyinya, bagus tu bro, aku sokong
Terima Kasih Anarm, kerana mengingatkan…betapa banyaknya kesilapan dan kesalahan yang pernah aku buat…moga2 solatku diterima olehNYA
@mohzam, aku pon sama jugak.. banyak salah silap.. dosa jangan kata la.. memang bertingkat tingkat (sedar diri).. huhu.. insyaAllah kalau diizinkan, setiap hari jumaat aku ingat nak publish entri2 agama.. boleh jugak jadikan panduan untuk diri sendiri dan pembaca2 / pelawat2 blog ni..
@Anarm, Aku sokong :w00t: :biggrin:
paling tak boleh blah..bila ada orang tua masih tetap bercakap bila imam dah baca khutbah..nak tegur serba salah..kalau aku sepak, kang jadi kes polis plakkk.. :ermm:
@titan, tegur kang dikata kurang hajar.. muda nak tegur yg tua.. haha.. tapi memang ramai pakcik2 tua yang perangai mengalahkan anak2 muda.. memang dah tak boleh nak buat apa.. kecuali pak imam bekerjasama buat announcement bagitau jangan bising.. dan bagi ceramah seminit dua tentang hukum org bercakap dalam masjid + tak hayati khutbah.. camtu diorang takut sikit kot.. hehe..
semalam pergi solat Jumaat lambat sebab masalah pengangkutan.Sampai je khutbah dah selesai. hmmm… harap diterima solat. sob2
@decrewz, yup.. betul.. kalau tak sengaja, takpe.. tapi pahala tu mungkin kurang sikit.. kalau sengaja datang lambat, lepas abis khutbah baru terhegeh2 nk datang, yang macam tu memang takkan dapat pahala langsung.. solat jumaat tu jadi tak cukup syarat, tak sah..
Alhamdulillah.. berjaya menunaikan solat jumaat walaupon makmum sekitar belas2 jer.. :cool:
@kyo_9, alhamdulillah.. takpe la sekitar belas2 pon.. yg penting dapat berjemaah.. pahala lebih skit..
@yash, tu la pasal.. ramai yang ponteng jumaat, lepak mamak.. memang memalukan.. cina pon tau hari jumaat org Islam kene gi semayang jumaat.. malu~ malu~
ada juga yang pergi solat Jumaat sebab terpaksa…Nauzubillah
@Shahrulsite, owhh.. ade jugak ye yang macam tu.. memang teruk betul manusia zaman sekarang ni.. solat jumaat bukannya lama pon.. kalau dah sebab terpaksa tu, mesti solat 5 waktu pon tak buat..