Sakit hati betul rasanya waktu balik kerja semalam bila tengok cermin kereta kotor teruk akibat flyer atau kertas iklan yang diletak di cermin depan kereta.
Diorang ni tak reti nak berfikir ke apa? Atau akal fikiran tu dah berpindah pergi ke tumit kaki? Ada ke diletaknya kertas iklan kat cermin kereta. Dah la petang tu hujan. Kertas iklan basah, memang teruk habis melekat sisa kertas kat cermin depan kereta aku.
Aku tak kisah korang nak edar flyer ke apa ke untuk iklan tapi agak-agak la sampai bertindak selit kertas iklan tu kat wiper kereta. Comot dah cermin kereta aku.
Bukan setakat cermin je tapi wiper pun kena sekali. Macam ni boleh rosak wiper kereta aku. Hadoiiii.. Bodo betul. Sebelum ni pun ada juga kertas iklan yang jenis guna gam. Yang tu lagi bangang.
Kertas Iklan Tinggal Kesan Kotor Pada Cermin Kereta
Marah punya pasal aku terlupa nak ambil gambar lepas aku cabut kertas iklan Cavenzi tu. Memang banyak gila melekat sisa kertas putih-putih kat cermin kereta time tu.
Dah la susah nak hilangkan sampai mengganggu penglihatan aku semasa drive. Kereta-kereta lain yang parking depan ofis aku pun kena jugak.
Sampai rumah semalam aku cuba hilangkan kesan kertas yang melekat kat cermin kereta aku tapi masih ada yang tak tertanggal. Rasanya nak kena tuntut ganti rugi dengan Cavenzi.
Iklan Online di Internet
Zaman sekarang ni iklan banyak dah guna cara online. Guna internet.
Flyer atau segala macam jenis kertas iklan tu dah tak berapa memberi kesan sangat. Orang tengok sekejap je lepas tu buang sebab kebanyakannya adalah iklan yang merepek – iklan pinjam wang along, iklan ‘ubat kuat’, iklan mintak balik hutang cara halus, iklan tikam nombor ekor mintak nombor dengan sami siam, dan macam-macam lagilah.
Cuba tukar cara beriklan guna internet. Orang tengok pun tak sakit hati. Kalau iklan tu merepek boleh terus tekan pangkah kat browser. Bumi pun tak tercemar dengan sampah sarap kertas.
Beriklan lah secara berhemah. Jangan sampai menyusahkan orang lain. Ada akal fikiran, guna. Bukan diletak kat tumit kaki…
Saya pernah kena juga.. Dbkl selit surat saman di wiper,habis jahanam.. Memang tak patut depa buat macam ni.. Kalau nak saman pun,samanlah secara online..
Tak beragak betul diorang ni… Tak kira tempat dah nak letak iklan. Yang merananya kita jugak.
satu perkataan untuk mereka…MANGKAQ
kalau saman? iskh ape la mereka ni.. ada akai ke takde akai… hope lepas ni mereka lebihkan berfikir skit
kat dalam bakul motorsikal saya pun dorang sumbat flyers iklan ni.. :angry:
Sampai guna gam lekat iklan..ini..tak..tak..bole ni bro..di Sabah dorang tak berani buat gitu,cuma letak/sisip di cermin atau di wiper jer….
slalu gak kena, dn kebanyakan nya pasal pinjaman along..
nk marah pn xguna..
betul tu bro..save the tree..ko saman balik awek seksi yang letak kertas tu..mintak dia cuci kereta skali..haha..kikis guna pisau la bro..tapi jangan tekan kuat..slow2 je.
baiknya abg titan, biasa dia yg suka tambah cendol..erm..dah hensap ker ni..hehe
peh besarnye…sampai melekat
pernah kena dulu camni, geram sungguh, kalau ada nmpk tengah letak iklan mau kena terajang dah…
Kalau dah macam ini apalah boleh dikata,dalam hati kecil hanya boleh berkata mereka ini sedang mencari “makan”
Memang payah hendak buat kertas iklan yang melekat pada cermin kereta.
Kalau sampai jadi macam tu, memang sangat menyusahkan! :angry:
Itu la dugaan pengguna kereta he..23x sabaq ek.. wiper if parking try angkat dia..
Teruk jugakan sampai bleh mekat…..
ada yang pakai gam jugak ke? lagi parah kalo macam tu.. hehehe
kalau sampai pakai gam memang melampau bro…muahaha
nyusahkan orang siot.
saya pernah kena begini…iklan ‘along’ melekat kat cermin keter bila hujan sampaikan my hubby tanya kenapa cermin keter macam tu…geram betul…sekarang kalau saya tengok iklan kat wiper cermin keter, saya dah buangkan sambil dalam hati marah…..geram betulll…
marah juga kalau mcm nie
Tau takpe.. Memang buat orang marah je..