Blog ni baru pulih daripada masalah server down. Terima kasih kepada pihak Cubiex Webhosting kerana telah berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah ini semalam.
Minta maaf banyak-banyak kepada semua pelawat di atas ketidakboleh-akses-san (apa punya bahasa) blog ni buat sementara waktu.
Gangguan Bekalan Kuasa Di Pusat Operasi JARING
Server down berlaku akibat kerja penyelenggaraan bekalan kuasa di Pusat Operasi Rangkaian JARING.
Kerja penyelenggaraan tersebut menyebabkan beberapa server Cubiex mengalami masalah power failure.
Selama lebih kurang 3 tahun aku menggunakan hosting Cubiex, yang ni merupakan kali kedua Cubiex mengalami masalah server down yang lama.
Tapi tempoh server down yang sebelum ni lagi lama berbanding yang berlaku semalam.
Seingat aku, server down sebelum ni diakibatkan salah laku pengguna shared hosting Cubiex itu sendiri. Langgar terma dan syarat yang telah ditetapkan.
Walau bagaimanapun, terima kasih sekali lagi kepada pihak Cubiex Webhosting kerana telah berjaya menyelesaikan masalah server down kali ni.
Syabas diucapkan! Teruskan perkhidmatan anda yang superb tu ye.
cubiex bawah jaring rupanya..huhu..
takpe down kejap je..now dah ok..
Cubiex ni best. Jarang sangat dorang down. Cuma beberapa hari lepas je ada problem skit. Tp da ok dah.. Tq cubiex. :D
@GM, yup.. server cubiex memang jarang sangat down.. terbaik!
sementara menunggu..baca blog saya ya.. :biggrin:
Jom. Tukar ke Exabytes. Lebih baik kan?
ok x servis cubiex nie? rasa nk tuka ke cubiex lak nie…
@Mr Rileks, ok je servis cubiex.. bagi aku, TERBAIK!!
sempat lagi ni nak tukar hosting… huhu..
setukul hosting hidup tak lagi skang ni?
@FD, hahaha.. setukul hosting hidup lagi sekarang.. member aku ade guna.. dia guna takde masalah plak.. setukul jaga customer2 dia yang tertentu je kot.. hehe..
kesusahan sementara utk kesenangan masa depan.
@myFirdaus, adat pengguna hosting berbayar.. camni la.. tapi kalau servis mantap, memang tak cari lain dah.. stay je..
@Anarm, yup. servis mantap mmg xakan cari lain. aku pkai DataKL dah 3 tahun jugak. xpnah down. sbb klau problem pd server diorg transfer ke server gantian.