Alhamdulillah dah jalankan tanggungjawab mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 Malaysia (PRU13) semalam. Aku mengundi di Perak. Undi kali pertama dalam sejarah hidup aku. Best jugak pergi mengundi boleh tengok awek. Cuma penat menunggu sebab ramai sangat orang.
Pilihan Raya akan datang dah tau dah macam mana nak elak daripada menunggu lama. Kena pergi sebelah petang, orang dah tak ramai time tu. Mungkin sebab semua dah pergi beratur kat tempat claim duit balik mengundi.
Gambar jari aku lepas dicalit dakwat kekal, tapi tak kekal pun sebab basuh dengan sabun basuh pinggan Axion je dah boleh hilang. Ditambah dengan sabun basuh baju Daia, terus hilang semua kesan calitan dakwat yang busuk baunya. Tapi tengok TV3 malam tadi orang yang kena interview bagitau dakwat memang susah nak tanggal. Rasa nak tergelak. Hehe..
Pergi mengundi semalam beratur dekat sejam lebih. Dengan cuaca panas pulak tu. Abang aku jugak best dia pergi mengundi sebelah petang. Tak sampai setengah jam kot tiba-tiba dah terpacak dalam rumah dah siap mengundi. Kalau aku tau takdenya aku nak pergi tercongok kat pusat mengundi tu pagi-pagi. Huh!
Pukul 5:00 petang semalam semua pusat mengundi ditutup secara rasmi. Rugi la siapa yang tak mengundi. Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 pun dah diketahui.
Keputusan Rasmi Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-13
Parlimen
BN | PR | LAIN-LAIN |
133 | 89 | 0 |
* 222 seats total, 112 to win, 148 for two-thirds
Dewan Undangan Negeri
BN | PR | LAIN-LAIN | |
Perlis (15) | 13 | 2 | 0 |
Kedah (36) | 21 | 15 | 0 |
Penang (40) | 10 | 30 | 0 |
Perak (59) | 31 | 28 | 0 |
Kelantan (45) | 12 | 33 | 0 |
Terengganu (32) | 17 | 15 | 0 |
Pahang (42) | 30 | 12 | 0 |
Selangor (56) | 12 | 44 | 0 |
N. Sembilan (36) | 22 | 14 | 0 |
Melaka (28) | 21 | 7 | 0 |
Johor (56) | 38 | 18 | 0 |
Sabah (60) | 42 | 12 | 0 |
* Nombor dalam kurungan menunjukkan jumlah keseluruhan kerusi
Kerusi-Kerusi Undangan Terhangat
Shah Alam | PAS won by 10,000 votes |
Pasir Mas | PAS won by 8,047 votes |
Pekan | BN wins |
Lumut | PKR wins by almost 5k votes |
Kota Raja | PAS wins by 30k votes |
Lembah Pantai | PKR wins by 1,860 votes |
Bandar Tun Razak | PKR wins by over 10k votes |
Putrajaya | BN wins by 5,438 majority |
Seremban | DAP wins by 11,553 |
Segamat | BN wins by 1204 |
Pulai | BN wins |
Gelang Patah | DAP wins by 16,868 votes |
Kluang | DAP wins by over 7k votes |
Keningau | Pairin wins battle of brothers again |
Sibu | DAP wins by 2,759 votes |
Saratok | BN wins by 2,081 votes |
Nampaknya BN menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Harap-harap keputusan yang dipilih oleh rakyat adalah betul. Semoga BN akan memerintah negara Malaysia ni dengan sebaik mungkin, dengan penuh adil dan saksama. Tahniah BN! Tahniah Najib!
Untuk Keputusan Penuh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang rasmi boleh lihat melalui laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) / MyUndi / MalaysiaKini.
Selamat kepada BN dan semoga bisa menjadi wakil rakyat yang adil dan bijaksana dalam memimpin Malaysia :)
tahniah semua kepada yang menang
hu hu .. botol tak goncang..
dah hilang lom warnanya tu?
Dah hilang dah.. Takde tinggal kesan pun..
semoga calon2 yang menang dapat memikul tanggungjawab dengan sebaik-baiknya..
Shah Alam memang panas punya.
Saya mengundi di Johor. Pukul 745 dah tercongok depan pagar pusat mengundi. Hajat dihati nak jadi orang pertama, tapi ramai pulak yang nak jadi yang pertama. Tak kesampaian hajat..
Awal betul 7.45 dah keluar pergi mengundi.. Pusat mengundi bukak pukul 8.. PRU14 nanti kena pergi lagi awal kalau nak jadi yg pertama..
kena tunggu 5 tahun lagi utk mengundi semula, Tahniah BN :)
Kagum dengan golongan veteran dengan sabar beratur panjang di saluran 2. Orang muda rata-rata merungut bermacam-macam walhal hanya mengundi sekali setiap 5 tahun.
Semalam saya keluar agak lewat dan selesai mengundi tidak sampai 5 minit pun. Ibu saya masih lagi beratur menunggu giliran untuk mengundi.
Pendapat saya mengenai dakwat kekal yang dikatakan kekal tidak mempengaruhi undi ia sekadar untuk membeza yang sudah membuang undi atau belum.
Betul tu.. Cuma dakwat tu tak seperti apa yang diberitahu.. Katanya akan kekal dijari selama beberapa hari tapi basuh kejap je dah boleh hilang.. Jumlah wang yg diguna utk beli dakwat kekal tu pulak harga juta2 tapi kualiti macam dakwat biasa.. Mungkin kos dia tak sampai juta2, yang selebihnya masuk kocek sendiri.. Wallahua’lam..
Apa2 pun, tahniah lah untuk BN sebab menang.. Harap2 Malaysia lebih berjaya dalam masa 5 tahun ni di bawah pucuk pimpinan BN..
tuuu dia…dah kena calit dah dia..haha
Dah hilang dah calitan di jari.. Senang je nak hilangkan..
Haha..tau tak apa..habis tu mana perginya dakwat yang betul2 kekal tu?hahaha