Sejak di bangku sekolah lagi rasanya aku ada masalah kelemumur kat kepala aku ni. Bila kelemumur penuh kat kepala, rasa gatal dia YA ALLAH memang tak tahan asyik nak menggaru je.
Kalau pakai baju warna hitam atau warna gelap memang jelas akan nampak putih-putih kelemumur yang gugur jatuh atas bahu. Paling tak tahan bila tengah solat tiba-tiba datang rasa gatal tu, memang tak boleh buat apa, kena tahan jela.
Aku ingat lagi lepas tamat SPM dulu aku nekad botakkan kepala semata-mata nak buang kelemumur yang dah berkerak melekat di kulit kepala. Mak aku tolong cukurkan kepala aku sampai botak licin lepas tu gonyoh dengan limau nipis. Pedih giler!
Alhamdulillah, masalah kelemumur hilang lepas buat cara tu.
Sekarang ni masalah kelemumur aku kembali lagi. Dah bermacam2 jenis dan jenama shampoo rambut aku cuba tapi semuanya tak berkesan untuk hilangkan kelemumur aku ni. Ada yang cakap aku salah cara guna shampoo.
Tapi rasanya aku dah ikut cara seperti yang disarankan. Bila pakai shampoo kena urut2 dan biarkan dalam 5-10 minit bagi shampoo tu meresap masuk dalam kulit kepala, lepas tu baru bilas. Aku dah buat macam tu tapi tetap berkelemumur. Kadang2 aku tunggu sampai 20 minit baru bilas.
Botakkan Kepala untuk Buang Kelemumur
Aku dah botakkan lagi kepala aku ni untuk buang kelemumur. Tapi bukan botak licin, ada nampak rambut lagi sikit2. Aku beli set mesin potong rambut kat pasar malam (RM20 je). Isteri tercinta tolong botakkan kepala aku guna mesin tu.
Lepas tu dia kikis-kikis kelemumur yang berkerak kat kulit kepala aku ni. Rasa best je bila dia ‘main-main’ kepala aku. Rasa nak tertidur. Kemudian limau nipis ditonyoh digonyoh di kulit kepala aku dan aku terpaksa menahan rasa pedih (sambil menonton Astro di rumah). Lepas bilas baru la lega sikit.
Bila dah berkepala botak ni rasa best pulak. Aku ingat nak kekal dengan imej botak lah lepas ni sebab kepala botak bebas kelemumur dan jimat duit tak payah beli shampoo dah. Ada juga kajian mendapati lelaki botak bersifat lebih dominan, lebih maskulin dan sesuai untuk menjadi pemimpin. Benarkah?
saya gunakan dove untuk rambut saya yang gatal.. so far ok
salam anarm, tetiba cheq jadi rajin utk buat entri respons kpd entri ni, hehehehe :happy: :happy: :happy:
@nazra, rajinnya buat entri respons.. nanti nak baca..
bro anarm..dulu sy pun ade mslh kelemumur..
tp ade satu member ajar care pakai syampu yg betul..da settle..
sy pakai clear..n head n shoulder..
care die..
1st,basahkan rambut..
2nd lumur syampu bg rata,
3rd.buang buih dkt kpale..
4rd bilas kpale..
5thlumur lg skali syampu..
pastu baru bilas bg bersih..
lepas lumur tu, bia le ade jarak mase..smentare nk bg syampu meresap, pg r gosok gg ke abende ke..
n ulang bende ni hari2…
bile da rase ok, kurangkan pakai..
sy cdgkn, 1st week pakai 2 kali, tiap2 hari..
2nd week..skali shari..
3rd week n seterusnye..2 hari skali…
insyaALLAH..just sharing info, sbb alhamdulillah dah berjaya..
aku pun dok jenuh tukar shampoo. semua sama je. tak elok2.
pkai selsun blue pon sama je
@kartikel.com, selsun blue aku tak pernah try lagi.. tapi bila fikir balik, baik botak je kepala ni tak payah pening2 cari shampoo yang sesuai.. sebab memang takde yang sesuai.. haha..
kepala botak ada beberapa penyebab termasuk pemakanan yang tidak seimbang.
@donnyien, sebab pemakanan yang tak seimbang tu mungkin salah satu faktor.. atau mungkin juga sebab hari2 pakai helmet naik motor..
ah
dulu ada la kelumumur nie
sekarang dah xde dah
jom melawat post pertama saya
:)
syampoo head and shoulders, hehe
@Juan, head and shoulders pun dah try.. habis 2 3 botol tapi kelemumur tak hilang2 jugak..
Jika di fikirkan penyebab kepala berkelemumur adalah disebabkan oleh kulit kepala kita menjadi kering,so mungkin kita kena cari minyak yang boleh mengekalkan kulit kepala kita sentiasa lembab….!Mungkin boleh cuba minyak kelapa dara bro….!
@galut, terima kasih atas tips tu.. nanti nak gi cari minyak kelapa dara tu..
salam..
ada la kurang mana-mana vitamin tu Bro
saya dulu gatal juga sebab bila mandi
pakai sabun je syampoo kepala..bila saya
bertukar ke syampoo betul setiap kali
mandi saya pakai..alhamdulillah,okey je :smile:
@Bro Zulkbo, alhamdulillah bro sesuai pakai syampu tu.. tapi aku ni dah macam2 syampu dah aku try pakai.. semua tak menjadi.. mungkin kulit kepala aku ni lain macam sikit kot..
@Anarm, kurang zinc & protein :)
aku tak caya. aku mahu gambar. tunjuk cepat. haha..
segan aku nak amik gambar. kacak sgt. hahaha
@Anarm, takde. nak gambar jugak. grr..
Kelemumur memang menganggu. Kalau botak sekali pun ia adalah penyelesaian sementara. Boleh mengunakan shampoo kelemumur yang mengandungi ZPT.
@akubiomed,
tp rasanya shampoo clear tu mmg berkesan utk kelemumur..
@akubiomed, dah penah try shampu yang ada ZPT tapi hasil tetap sama.. mungkin tak sesuai dengan kulit kepala aku.. mungkin jugak aku lebih sesuai dengan imej botak kot.. hehe..
mak aih sampai kena botakkan kepala ke? muehehehe!!! tapi memanglah, kelumumur ni sebab kulit kepala berpeluh, bila dah botak, kurang ah sikit.
@Lizz, ha’ah.. bila botak senang sikit nak buang kelemumur yang dah kering melekat kat kulit kepala..
aku pun pernah botakkan kepala untuk buang ketombe, tp bila rambut panjang dia dtg balik…skrg shempu je hari2 :smile:
@Shahrul, tapi ada orang cakap shampu hari2 tak bagus juga untuk rambut..