Kenapa Perlu Jumpa Doktor?

Bila kita diserang sakit, kita sepatutnya jumpa dengan doktor untuk periksa penyakit apa yang dah serang kita. Ada sesetengah orang tak suka jumpa doktor. Mungkin sebab takut jarum la, takut makan ubat ke, atau sebagainya. Ini termasuklah AKU! Haha..

Aku tak suka jumpa doktor bila sakit ke demam ke. Sebabnya? Bila aku berada di klinik atau hospital, kepala otak aku mula terbayang JARUM!

Kenapa perlu jumpa doktor

Aku ni boleh dikatakan macam dah fobia dengan jarum. Puncanya, masa darjah 5 dulu aku pernah ditahan kat wad selama 18 hari gara-gara dalam kaki aku ni (bahagian lutut) dah dimasuki kuman. Aku tak tau macam mana kuman tu boleh lepak dalam lutut aku.

Time tu hari-hari doktor cucuk lutut aku dengan JARUM BESAR untuk sedut lendir beserta nanah yang disebabkan oleh kuman tu.

2 hari lepas, kepala aku ada rasa sakit-sakit. Berdenyuuttt semacam je. Siap muntah-muntah lagi sebab berdenyut dan pening.

Siang tadi dah kurang sikit rasa sakit tapi bila bangun je rasa pening nak muntah. Tapi aku gagahkan diri jugak pergi klinik mintak MC. Bila doktor tengah check, aku dok fikir kena migrain ke senggugut ke ape kan.

Rupa-rupanya, TEKANAN DARAH TINGGI. Huh! Bahaya tu. Nanti kena pergi lagi sekali klinik tu untuk check tekanan darah. Doktor kat situ cun. Hehe..

Kepala otak aku ni kadang-kadang memang ada rasa sakit-sakit tapi sekejap je lepas tu hilang. Sebab dah kerap sangat, jadi malas nak jumpa doktor. Kenapa perlu jumpa doktor? Sekarang baru sedar.

Walaupun kita rasa sakit tu sikit je, atau sakit biasa-biasa macam makan ubat terus baik. Tapi, kita tak tau punca atau kesan pada penyakit tu. Korang pernah dengar istilah ‘penyakit berpakej’? Daripada satu penyakit boleh menjadi 2-3-4 penyakit dalam satu masa. Sebab tu dipanggil ‘pakej’.

Korang jagalah kesihatan baik-baik. Kalau demam sikit pon, pergi la jumpa doktor, check, sebelum sakit tu merebak atau jadi bertambah teruk. Sama juga halnya bila sakit gigi.

Tak payah nak tahan tahan makan ubat ke apa ke. Terus jumpa doktor gigi biar dia setelkan. Tubuh badan kita ni nak pakai lama. So, kena la jaga baik-baik. Kalau tak jaga baik-baik, nanti kita juga yang sengsara. Tak gitu?

17 Comments

  1. aku taw sbb2 ko kena darah tinggi..ko kurang tido

    aku pon jrg gak nk jumpe doktor..ntah..nk kata takut x jugak..tp kdg2 kalo pegi alih2 panadol gak yg dibaginya..sbb tu la mls nk jumpe doktor..pastu kdg2 tu doktor mcm xtaw aku sakit ape..lagi terok

    last2 aku biar je smpai sakit ilang..kadang2 tu search kt google simptom2 sakit ape

  2. aku alergi dengan klinik kerajaan. mungkin sebab menda sama ulang2 dalam hidup aku. semua negative.hahahaha!!!tu yg trus gi swasta if ape2, mahal sikit tp aku sanggup dr aku bermaki makian ngan doc ke sape2 dalam klinik/hosp kerajaan -..-

  3. kebanyakkan orang jumpa doktor untuk dapatkan MC. haha, aku plak suka jumpa doktor kumpul ubat. padahal susah nak makan ubat. dah baik, main campak je ubat2 tu. :P

  4. Sakit ringan-ringan yang kita selalu dapat seperti demam tu sebenarnya simptom atau tanda2 je..penyakitnya mungkin ringan juga tapi mungkin berat sebabnya doktor kena diagnos berdasarkan simptom-simptom lain juga. sebab tu betul untuk pergi ke klinik dan dapatkan rawatan. apapun, doktor hanya ikhtiar, selebihnya Allah Maha Penyembuh :)

  5. orang da lali dah ngan jarum2 ni..huhu..dulu setiap bulan ke klinik/hospital…siap kn masuk darah lg…tangan ni da hancur dh.tapi dulu la..skang tak dah.heeee…ada darah tinggi bahaya tu…kn salu follow up…kena jaga makan ek…senaman…kurangkan mkn masin2.. :cheerful:

  6. hmm klw demam n sakit2 biasa ni pi jer bawak klinik.. tp klw sakit.. berulang2 kali ni better bawak ke pakar terus..

  7. sebenarnya boleh check online doktor yang merawat anda, dapatkan nama dan graduate mane dan cari dalam direktori MMC- malaysian medical council- masukkan nama dan registration dia.

  8. Kadang2 kesibukan itu membataskan sy utk pergi jumpa Dr bro..Ye la sakitringan2 je mcm demam…tapi kalau berat tu kena la jumpa..leh kelem MC…hehe

  9. sama macam orang rumah aku je bro.kalau anak aku kena suntik,mesti dia pejam mata dan paling tempat lain.haha :D

    lepas kebah dari demam minggu lepas,memang berterima kasih jugak pada ubat doktor ni.apapun semua tu datang dari Allah s.w.t jugak :D

  10. ni ape kes muda2 dh kena tekanan darah tinggi….bahaya tu….dak opis org, tetiap pagi kena pergi cucuk ambk darah…ni mesti kes makan tak jaga….jaga la kesihatan tu…kalau sakit, diri sendiri yg susah takpe..ni orang lain pun susah..isshh3…pasni nak suruh doc cucuk kamu tetiap hari…kah3

  11. Saya selalu kalau ke klinik yang pertama kali selalu memerhatikan lesen ‘practitioner’ tapi klinik swasta susah hendak cakap kerana doktor part time pun ada. Sebagai pesakit macamana kita hendak tahu doktor yang merawat kita itu bertauliah?

    Saya rasa kalau ke klinik kerajaan lebih sesuai sekurang-kurang kalau diagnos masih boleh lagi doktor yang merawat di dakwa.

    • @akubiomed, seumur hidup baru sekali je pergi klinik swasta.. biasa pergi klinik kerajaan je.. klinik swasta kalau ikutkan ok jugak cuma kos rawatan tu lebih sikit la kan.. dari segi doktor bertauliah tu aku tak tau macam mana.. tapi rasanya doktor klinik kerajaan memang bertauliah..

    • @akubiomed,

      susah nak tahu doktor tu bertauliah ke tak, bukan boleh tengok or terpampang sijil diorang..antara mereka je yang tahu..kalau yang kerajaan bertauliah la..tapi ada juga yang baru(housemanship)..so banyak juga yang buat mistake..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *