AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Santai » Kenapa Manusia Suka Menzalimi Haiwan?

Kenapa Manusia Suka Menzalimi Haiwan?

19/05/2010 Anarm 115 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Terdetik hati aku untuk tulis entri tentang “menzalimi haiwan” lepas baca artikel di salah satu blog yang aku follow. Blog kucing2terbiar.blogspot.com kepunyaan Papa Meow, seorang pencinta haiwan (animal lover).

Sanggup kutip kucing-kucing yang terbiar di celah-celah lorong, yang terbiar berpeleseran di kedai-kedai makan, dan merata-rata tempat lagilah. Malah ada jugak pelihara anjing comel yang diberi nama Aman dan juga Peace (Lagendary Dog), serta ada lagi anjing lain yang namanya aku tak ingat.

Korang tengok la sendiri artikel-artikel yang ada kat blog tu. Memang seronok tengok telatah kucing-kucing dan anjing-anjing yang ada dalam jagaan Papa Meow.

Keganasan Di Pusat Kurungan Haiwan DBKL

Dari apa yang aku baca di artikel terbaru blog Papa Meow iaitu “Keganasan Di Pusat Kurungan Haiwan DBKL”, ada yang menzalimi haiwan-haiwan dengan didera hingga mati dengan cara dijerut leher dan diheret sehingga mati, dilemaskan dalam air, diketuk kepala kalau tak mati, kemudian dihumban ke dalam lubang tak jauh dari situ. Ish ish ish..

Ada lagi ura-ura mengatakan walaupun pernah ditegur tentang isu ni, pihak terbabit tetap juga mengulangi perkara yang sama. Wallahualam.. Bukan berniat untuk memburukkan nama sesiapa, tetapi hanya sebagai renungan dan pedoman kita semua.

Panduan Menjaga Kucing! Klik Sini!

Jom tengok video isu penderaan haiwan. Dalam video ni ada komen-komen daripada Mazidul Akmal Sidek (360) tentang isu ni.

Video ni dah lama dah sebenarnya, tapi apa yang membuatkan aku tertarik ada pada hujung rakaman video di mana seekor anjing melintas jalan (highway) tapi kena langgar.

Kemudian datang seekor anjing yang mungkin kawan dia, heret anjing yang kena langgar tu ke tepi. Sanggup membahayakan diri sendiri dengan kereta-kereta yang lalu lalang.

Serius aku rasa sebak je tengok scene anjing heret anjing yang kena langgar tu. Tuan kereta yang langgar tu buat tak reti je.

Haiwan lagi bagus perangainya berbanding manusia sekarang ni, kan? Ada haiwan buang anak? Ada haiwan rogol anak sendiri? Takde kan? Manusia je buat tu semua.

Yang berlaku kejam terhadap haiwan pon manusia jugak. Manusia rogol kambing pon ada. Ishh.. Apa nak jadi hah?

Teringat dulu aku ada terbaca kisah seorang pelacur yang diberi ganjaran masuk syurga sebab bagi minum kepada anjing yang kehausan sedangkan pelacur tu setelah malaikat Jibril semak kitab amalannya, takde satu pun perkara baik yang pernah pelacur tu buat kecuali bagi minum sedikit air kepada anjing yang kehausan tu.

Subhanallah! Betapa besarnya kurniaan-Mu dan keluasan rahmat-Mu. Pelacur tu diampuni dosanya bukan kerana dia bertaubat, tapi kerana amalnya yg kecil je iaitu memberi minum kepada haiwan (anjing).

Sedangkan manusia zaman sekarang ni seronok sepak terajang dan menzalimi haiwan-haiwan yang ada tak kira kucing, anjing, kambing, lembu, dan sebagainya. Haiwan adalah untuk disayangi, bukannya untuk dizalimi ataupun diseksa.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah saw pernah bercerita,

“Pada suatu ketika ada seorang lelaki sedang berjalan melalui sebuah jalan, lalu dia merasa sangat haus. Lalu dia turun ke sumur untuk minum. Setelah keluar daripada sumur, dia melihat seekor anjing menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah kerana kehausan. Orang itu berkata dalam hatinya, Alangkah hausnya anjing itu, seperti yang baru kualami”. Lalu dia turun kembali ke sumur, dicedoknya air dengan sepatunya, dibawanya ke atas dan diberi minum kepada anjing itu. Maka Allah berterima kasih kepada lelaki itu (diterima amalnya) dan diampuni dosanya”.

Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah saw. Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan ini?” Jawab rasulullah saw, “Menyayangi setiap makhluk hidup (termasuk tumbuhan dan haiwan) adalah berpahala”.

Jangan menzalimi haiwan

Jangan Menganiaya atau Menzalimi Haiwan

Ustaz dan mak abah aku pon pernah bagitau, kalau kat dunia ni kita menganiaya atau menzalimi haiwan, nanti di akhirat kelak haiwan-haiwan yang pernah kita zalimi dulu tu akan balas balik apa yang kita dah buat kat dia.

Contohnya, kalau kita tunjal-tunjal kepala haiwan tu, nanti kat akhirat haiwan tu tunjal-tunjal balik kepala kita. Mungkin lebih dahsyat daripada apa yang kita dah tunjal-tunjal kat dia dulu. (Alamak.. Aku pernah jentik telinga kucing!)

Kadang-kadang di dunia pon Tuhan dah tunjukkan bukti balasannya tapi masih ada yang tak sedar.

Satu lagi video tentang kekejaman manusia terhadap haiwan. Dalam video ni tunjuk seekor kucing yang kehilangan kaki akibat dipotong oleh ‘seekor manusia’ gara-gara mencuri seekor ikan di sebuah restoren.

Patut ke manusia tu buat macam tu kat kucing? Video diambil daripada blog KakiMotong.blogspot.com. Video ni bukan 18SG. Bukan dirakam semasa kaki kucing tu kena potong, cuma rakaman kehidupan kucing tu selepas dijaga oleh owner blog KakiMotong.

“The greatnest of a nation and its moral progress can be judged by the way its animals are treated.”

~ Mahatma Gandhi
Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Santai Keyword : anak bulu, anjing masuk syurga, berbuat baik dengan binatang, DBKL, haiwan mangsa kekejaman manusia, haruan makan anak, kaki kucing kena potong, kempen bantah kekejaman terhadap haiwan, kes pembuangan bayi, kisah pelacur dan anjing, kucing haiwan kesayangan, kucing terbiar, lagendary dog, manusia kejam, menyayangi haiwan dapat pahala, orang rogol kambing, pembalasan hari akhirat, perkosa anak dara, wwf

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Selamat Hari Guru 2010 Kepada Semua Cikgu
Next article:
Membebel Sebelum Berundur Dari Dunia Blog

115 Comments

  1. ery farieha says

    21/07/2010 at 4:20 PM

    aku pon sayang haiwan weh
    lg2 kuceng!
    aku suke 2 blog tu ;)

    Reply
  2. acapz says

    21/07/2010 at 8:54 AM

    sbb mereka dengki ngn biantang. lawl. kaw2 bodo kn. xde kje namanye tu. kng depa jadi haiwan pula then kne dera bnda yg sama camne?. lol

    Reply
  3. hafizkhazali says

    18/07/2010 at 3:18 PM

    kesian dow kucing tuh…

    Reply
  4. liana adwiena says

    26/06/2010 at 3:27 PM

    kjmnyer org tu..
    aq rase org tu patut dimasukkan kedlm neraka…
    :angry: :angry: :angry:

    Reply
  5. MrSup says

    11/06/2010 at 4:59 PM

    uish..kejamm giler.. patut la manusia makin kejam.. mula2 buat kat binatang..pastu buat kat manusia plak.. tu yg byk kes bunuh membunuh sekarang ni.. tp video yg last mmg sedih sgt2.. kesian kucing tu.. :( T___T :cwy:

    Reply
  6. catzer says

    10/06/2010 at 4:53 PM

    sedih tul tgk video2 ni, aku sedih tengok kucing2 yg aku jumpa tak kisahlah kat mana2pun..tp nak bela sume aku sendiri pun tak mampu just bg jerk makan kalau aku jumpa kucing2 terbiar.aku ada bela seekor kucing itupun kucing yg aku selamatkan dr tuan yg bodoh biarkan kucing tu kena dera dengan budak2..huhuhuh

    Reply
  7. aktechpage.com says

    05/06/2010 at 3:44 PM

    Aku suka sangat kucing, tp aku x boleh pelihara kucing atas sebab2 tertentu…adalah 1 tanggungjawab yg besar utk memelihara seekor kucing…bg aku adalah lebih baik berbuat baik dgn kucing drpd menzalimi binatang ini tak tentu pasal, haiwan adalah makhluk uhan yg tidak mempunyai akal. Kita manusia ini yg mempunyai akal bertindaklah secara rasional.

    Reply
  8. aizuddin says

    04/06/2010 at 7:17 PM

    yang video kucing last sekali kesian gila..takkan lah setakat sekor ikan dah kena kerat kaki..kejam gila..aku rasa..zaman sekarang haiwan pun lebih sayangkan anak dari manusia yang suka buang2 anak tu..tak tau nak gelar diorang apa :sad:
    .-= Post terbaru aizuddin di blog beliau.. Oh! Dapat Surat Cinta Dari Google =-.

    Reply
    • liana adwiena says

      26/06/2010 at 3:31 PM

      diorang patut digelar haiwan..
      diorang memang x berperikemanusiaan btol..
      sanggup diorang potong kaki kucing tu…
      klu sekadar halau jer xper lagi..
      ni potong kaki kucing tu…
      aq hrp diorang akan terima balasan yg sangat burok…
      :angry:

      Reply
  9. Hafidz says

    04/06/2010 at 4:24 PM

    Manusia yang menzalimi haiwan adalah binatang!
    .-= Post terbaru Hafidz di blog beliau.. Seven Collar T-shirt – Wild Child (Here For You) =-.

    Reply
  10. suki says

    03/06/2010 at 5:00 PM

    ish..kejam gila sapa yang ptog kaki kucing tu

    kuat btul semangat kucing tu…ley adapt hidup dengan dua kaki je..nmpk macam kangaroo pulak
    .-= Post terbaru suki di blog beliau.. Pesanan Imam Al-Ghazali… =-.

    Reply
  11. datraveller says

    01/06/2010 at 1:13 PM

    nak wat camana..manusia memang macam tu. tu lom kena kalau haiwan makan manusia..disalahkan manusia la plak..
    .-= Post terbaru datraveller di blog beliau.. Love and Extra Passport Pages: Guest blogger: Dad =-.

    Reply
  12. Nadri says

    01/06/2010 at 11:32 AM

    sedih bila tengok haiwan diseksa tanpa belas kasihan..mgkn sebab itu ada pepatah yg mengatakan bahwa perangai manusia itu lebih buas drp haiwan… :devil:
    .-= Post terbaru Nadri di blog beliau.. Sudah Tersepit Diperkosa Pulak =-.

    Reply
  13. samanosuke_04 says

    01/06/2010 at 4:17 AM

    erk.. aku tak play pun mana2 video koo.. aku baca pun rasa jijik daa.. haha, tak sanggup aku tengok manusia yang perangai cam setan.. haha!

    Reply
  14. kulanz says

    30/05/2010 at 1:39 AM

    orang yg suka seksa haiwan ni tak tahu yang diorang akan dapat seksaan yg sama nanti.. tak perlu tunggu di akhirat, di dunia pun diorang akan dapat rasa balasan tu..
    .-= Post terbaru kulanz di blog beliau.. Kisah Malam Jumaat, Laman Web Lucah dan Perkara Halal Haram =-.

    Reply
  15. Sham Hardy says

    29/05/2010 at 12:56 PM

    jom kita buat team utk animal conservation..

    Reply
  16. blowie says

    29/05/2010 at 3:45 AM

    manusia rogol kambing? aku tak boleh bayangkan :P
    .-= Post terbaru blowie di blog beliau.. WiFi Percuma Didalam Train KTMB =-.

    Reply
    • Anarm says

      29/05/2010 at 7:33 AM

      @blowie, ko takleh bayang? jap aku tolong ko bayangkan.. NAH!

      ishh.. tak senonoh btol.. :face:

      Reply
  17. rahsia hebat says

    28/05/2010 at 11:44 PM

    kenapa manusia begitu kejam menghukum kucing yg tidak berdosa.. :ninja:

    Reply
  18. lazaac says

    28/05/2010 at 5:57 AM

    Ya Allah, kenapa la manusia begitu kejam… :pouty:
    .-= Post terbaru lazaac di undefined beliau.. Response cached until Thu 27 @ 23:20 GMT (Refreshes in 21 Minutes) =-.

    Reply
  19. dhiyafaris says

    27/05/2010 at 2:57 AM

    dayyyymmnnn..
    kalau bab2 haiwan ni aku lemah sikit…
    lagi2 kucing, tak sampai hati la tgk dorg kena dera/seksa…
    .-= Post terbaru dhiyafaris di blog beliau.. Wix Memperkenalkan HTML =-.

    Reply
  20. Izzat Aziz says

    27/05/2010 at 2:48 AM

    sedangkan manusia pun manusia anianya ni kan plak binatang.
    makhluk yang tak kan mengadu, tak kan ada ibu bapa yang saman ke makhamah
    lagilah kena dek manusia ni.

    selagi manusia ada, selagi tu ada haiwan teranianya. :angry:
    .-= Post terbaru Izzat Aziz di blog beliau.. Free tapi berkualiti =-.

    Reply
  21. MASOKIS says

    26/05/2010 at 7:23 PM

    Oh, senang je saudara anarm,
    tambahan pula memang mengikut citarasa rakyat malaysia..
    klu pakai broadband tu.. xperlu susah nak set apa2..
    hehe..sori sembang kat topix kucheng…
    masokis awal dah baca…
    tersentuh bila tgk video utube tu….

    Oshirix:
    semua dah ada…
    klu nak guna VPN pun senang…
    Oshirix jugak ada banggunkan apps tersendiri seperti.. easyimageshack, easyfilefilter,mailserver.. oshirix-samba..
    ada jugak apps yang diambil dari OSS dan dikumpil semula dan dibuat penambahbaikkan seperti..zekr, katoob,mimba….

    nak guna oshirix senang je.. lagi senang dari OS lain daripada pendapat saya… hardware pun mudah dikenal pasti sebab guna kernel terkini..

    ada byk desktop pilihan..lxde, gnome, kde dan lain2.. :-p
    .-= Post terbaru MASOKIS di blog beliau.. Oshirix Squeeze Preview [HD] =-.

    Reply
    • Anarm says

      26/05/2010 at 8:22 PM

      @MASOKIS, hehe.. tadek hal.. asalkan dapat info tentang linux.. keh3.. geram nk test oshirix lepas baca kt blog ko..

      Reply
  22. lizz says

    25/05/2010 at 3:49 PM

    sejujurnya, tak baca entry ni betul2 cuz tak mahu amik risiko sedeh kalau jumpa part2 yang orang buat kejam dekat kucing.huhuhu. gilalah ku sayang kucing.kat rumah je ada 5 kucing org buang ku bela. kenapalah ade orang sampai ati buang anak kucing wei? dasarlah manusia ni xreti nk berkasih sayang :(

    kucing ni xboleh cakap, tapi pernah sorg ustaz cakap. kucing ni Allah dah anugerahkan 1 perasaan yg mana bila dia nampak “someone” dan Allah akan beritahu kucng tu tu orang tu boleh jaga dia then Allah yg gerakkan hati kucing tu utk pergi ke org tuh. so, kalau ade kucing yg dtg umah, jaga if mampu cuz itu amanah Allah sbenarnya. pemberi rezeki. oh kucing, i love u! hehehe
    .-= Post terbaru lizz di blog beliau.. Entry Gampang. Bukan Senang Saya Nak Buat Entry Gampang Ni! =-.

    Reply
    • Anarm says

      25/05/2010 at 9:18 PM

      @lizz, yeke kucing camtu? waa.. bagus ahh.. tp dah lama dah tak buat aktiviti bela kucing sebab takde masa nak jaga.. kalau ade kucing datang umah pon just bagi makan je sambil gosok2 badan die time die tengah makan.. pastu suruh kucing tu gi main jauh2.. hehe..

      Reply
  23. Amirez says

    25/05/2010 at 1:12 PM

    ada 1 klinik haiwan terkenal kat ampang terima anjing ngan kucing yg terbiar atau sakit.
    doc mat saleh. bila kita hantar ke klinik dia..dia akan puji kita bersungguh sbb prihatin.

    tapi hakikatnya, kucing atau anjing tu akan dibunuh kalau takde market value lepas dirawat.
    pendek kata, kalau kucing atau anjing tu x comel, doc akan suntik ubat utk matikannya…

    pengalaman kawan yg hntr kucing sakit jatuh dari tingkat 3
    .-= Post terbaru Amirez di blog beliau.. Gadis Ditipu Pulih Dara =-.

    Reply
    • Anarm says

      25/05/2010 at 9:13 PM

      @Amirez, ada baik gak kucing/anjing tu dimatikan sebab takut populasi haiwan tu bertambah, nanti makin banyak plak haiwan terbiar dan terseksa.. lagipon tak ramai yg sanggup jaga binatang2 ni sume.. dgn cara mematikan melalui suntikan tu lebih bagus daripada diseksa sampai mati..

      Reply
      • Amirez says

        25/05/2010 at 9:51 PM

        @Anarm, kalau kucing/anjing tu sakit lagi walaupun dh bg ubat, mungkin suntikan utk matikan diorang tu adalah yg terbaik. tp kalau sengaja bunuh sbb takde market value walaupun dah sihat, itu mmg x patut macam yg klinik tu buat. mungkin jalan terbaik bg free je kat sape² yg nak

        Reply
  24. bdk_SkemA says

    25/05/2010 at 8:11 AM

    aduyai apa nak jadi sekarang entah lah..sebab tuh ada akal guna…

    Reply
    • Anarm says

      25/05/2010 at 9:10 PM

      @bdk_SkemA, yg ni kes di mana akal dipindahkan letak kat bontot.. camni la jadinya.. ekekeke..

      Reply
  25. neon says

    25/05/2010 at 7:12 AM

    hebat gile kalau orang chop kaki kucing tu..aku salute sebab hati dia batu

    Reply
    • Anarm says

      25/05/2010 at 9:09 PM

      @neon, tu la pasal.. jenis hati batu.. kering.. deym~

      Reply
  26. aman says

    24/05/2010 at 6:42 PM

    apabila duit dan keuntungan mendahului segala etika dan keperimanusiaan
    .-= Post terbaru aman di blog beliau.. WordCamp : Perkara Menarik Mengenai WordPress =-.

    Reply
    • Anarm says

      25/05/2010 at 9:09 PM

      @aman, duit dah menguasai manusia.. teruk teruk teruk..

      Reply
  27. MASOKIS says

    24/05/2010 at 5:03 PM

    Dalam oshirix dah ada banyak multimedia tool..
    siap bleh kalahkan ubuntu lagi…hehe..
    dalam gambar ni:
    http://img707.imageshack.us/img707/393/screenshotmasokisoshiri.png
    Ialah apps multimedia yang default. Dengan oshirix juga menggunakan kernel terkini… so masalah hardware xdelah sgt.

    Ubuntu dibuat dari debian…
    oshirix plak from scratch debian + kanotik = oshirix
    (xfaham ? rujuk

    Lagipun yang buat distro ni ialah rakyat MALAYSIA :D

    Reply
    • Anarm says

      25/05/2010 at 9:08 PM

      @MASOKIS, oit.. ko bleh sembang linux plak sini ek.. ni entri kucing, bukan linux la.. keh3..

      ubuntu best! :tongue:

      Reply
  28. din says

    24/05/2010 at 2:06 AM

    aku penah tengok video jepun bunuh kucing..perkhh menyirap rase nmak je tumbuk2 pompuan tu..xda nilai moral langsung.. :angry:
    .-= Post terbaru din di blog beliau.. AF8 Teori Konspirasi =-.

    Reply
    • Anarm says

      25/05/2010 at 9:07 PM

      @din, jangan ditumbuk.. kita wat upacara kekah.. haha.

      Reply
  29. Rjuna says

    24/05/2010 at 12:27 AM

    Best blog papa meow tu, ada entry laki menangis kucing dia mati, sebak plak aku

    ada jugak unit penghapus haiwan kat DBKL, aku baru tau..kot yer pon nak bagi mati jangan la seksa, bengap betul DBKL

    ok nak lawat blog kaki motong, Hero, abg juju datang, comel pulak Hero tu yg part last tu, cute :happy:
    .-= Post terbaru Rjuna di blog beliau.. (Diari Rjuna) Kawan yang Tersirat =-.

    Reply
    • Anarm says

      25/05/2010 at 9:06 PM

      @Rjuna, laki nangis? yg nama Tuan Kurus tu ke? memang btol2 animal lover tu.. aku blom sampai tahap tu lagi.. tp kalo bab2 seksa binatang ni memang rasa sebak gak laa.. nak nangis pon cover2 je.. hahahaha..

      Reply
  30. pauhputik says

    23/05/2010 at 11:11 PM

    hurm kawe mulo ajim jugok ngenak natang kucing neh

    pas boh kawe oyap kalu de mati kucing nie balas balik kito

    pah che che tu kawe x ngenak doh kucing

    insaf waso
    .-= Post terbaru pauhputik di blog beliau.. Bola (Kelantan vs Perlis) =-.

    Reply
    • Anarm says

      25/05/2010 at 9:04 PM

      @pauhputik, yakk.. jenis ngenak kucing jugok demo ni.. srupo la kawe pon.. hahaha.. nasib baik de insaf.. huhu

      Reply
  31. nadiah says

    23/05/2010 at 9:32 PM

    n3 yang menarik,sayangi lah apa jgk jenis haiwan jangan seksa dia tak baik tau…
    saya pernah terbaca satu n3 kat blog kawan,seekor kucing diseksa dengan dipijak perutnya sampai mati…
    menitik airmata ketika melihat gambar tu…kejam sungguh manusia sekarang…
    .-= Post terbaru nadiah di blog beliau.. SELAMAT HARI GURU =-.

    Reply
    • Anarm says

      25/05/2010 at 9:03 PM

      @nadiah, macam pernah tengok je gambar tu.. yg pijak dengan kasut tumit tinggi tu ke?

      Reply
  32. marki says

    23/05/2010 at 2:29 PM

    tak sanggup rasanya nk menzalimi haiwan..cuba bayangkan kita ditempat haiwan yang dizalimi tue..tapi orang2 yg suka menzalimi haiwan takkan terfikir sejauh itu,,
    .-= Post terbaru marki di blog beliau.. Bukti kejayaan MLM (Multi Level Markerting) =-.

    Reply
    • Anarm says

      25/05/2010 at 9:02 PM

      @marki, yg suke menzalimi haiwan tu jenis yg mementingkan diri sendiri kot sebab tak pikir tentang org atau haiwan lain.. agak2 boleh buat kawan tak?

      Reply
  33. luth textile says

    23/05/2010 at 1:53 PM

    adoi..kesianla pada binatang buat macam tu.
    aku tengok kucing/anjing kena langgar pon dah semacam ni nak potong kaki? ish kesian2..
    kekadang benda tu rumers ke tp taktau la btoi ke dak.. kita taktau kan..

    emmm.. anam mmg pecinta haiwan :heart: :heart: :heart: :heart: :heart:
    .-= Post terbaru luth textile di blog beliau.. Majoriti Rakyat Malaysia beli barangan tak berkualiti? =-.

    Reply
    • Anarm says

      24/05/2010 at 4:25 AM

      @luth textile, aku memang pencinta hewan.. haha

      Reply
  34. etomyam says

    22/05/2010 at 11:18 PM

    manusia jaman sekarang perangai udah teruk dari hewan…, makin bijak dan pandai jadi makin kejam :pouty:
    .-= Post terbaru etomyam di blog beliau.. Wanita Cantik Membahayakan Kesihatan =-.

    Reply
  35. nazra says

    22/05/2010 at 11:09 AM

    mgkin sbb haiwan ni xdpt nk mmbalas balik..xmcm manusia, bleh balas ngn kata2 atau pun tindakan…
    :sick:

    Reply
    • Anarm says

      22/05/2010 at 2:51 PM

      @nazra, sekarang ni tengah kecoh jugak kes penderaan ke atas harimau yg kene paksa jadi bahan cari duit oleh pihak A’Famosa Resort.. harimau tu bleh je ngap org tu.. tp mcm dah kene ubat pelali.. teruk btol perangai manusia..

      http://obefiend.blogspot.com/2010/05/save-tiger-save-world.html

      Reply
  36. lowongan kerja says

    21/05/2010 at 11:35 PM

    tak tahulah kenapa manusia macam tu.. tak ada rasa belas kasihan lagi kah?
    .-= Post terbaru lowongan kerja di blog beliau.. MINING LOADING MASTER /ASSISTANT LOADING MASTER =-.

    Reply
  37. Nadia Dizarch says

    21/05/2010 at 11:04 PM

    Kesiannya stray dogs semua tu…kejam lah diorang ni… :(
    kalau ye pun tak suka jgn lah bunuh kejam mcm tu. tak di sivik langsung.
    binatang lagi ada perasaan kasih syg dari manusia yg ada akal..em..
    .-= Post terbaru Nadia Dizarch di blog beliau.. TERGEMPAR! ‘Hari Melukis Nabi Muhammad’ bukan palsu. Nabi kita di hina terang-terangan di CNN!!! =-.

    Reply
  38. Wan Perlis says

    21/05/2010 at 10:23 PM

    tersentuh aku tgk video hero
    lahanat punya manusia tu, spesis apakah itu
    .-= Post terbaru Wan Perlis di blog beliau.. Facebook dan Mind Control ? =-.

    Reply
    • Anarm says

      22/05/2010 at 2:48 PM

      @Wan Perlis, spesis jahiliyyah kot..

      Reply
  39. mokteh says

    21/05/2010 at 9:20 PM

    aku ada seekor kucing
    aku suka buli dia
    kadang2 marah2 dia (saje suka2)
    zalimkah aku
    hoho
    .-= Post terbaru mokteh di blog beliau.. Manusia Zaman Millennium Semakin Buas =-.

    Reply
    • Anarm says

      21/05/2010 at 9:27 PM

      @mokteh, eee.. jahatnye.. nanti kucing tu balas balik.. die marah balik.. huhu.. :tongue:

      Reply
      • mokteh says

        21/05/2010 at 9:42 PM

        @Anarm,
        mana ada aku jahat~ tu marah2 sayang je tu
        haha~ tapi aku suka tgk muka kucing aku macam blur2 je bile kene marah :)
        .-= Post terbaru mokteh di blog beliau.. Manusia Zaman Millennium Semakin Buas =-.

        Reply
        • Anarm says

          21/05/2010 at 9:51 PM

          @mokteh, haha.. ade gak org mcm ko ni ek.. keh3..

          kucing ko bleh buat cmni tak? http://www.youtube.com/watch?v=3IjlzBeZP_g :cheerful:

          Reply
          • mokteh says

            22/05/2010 at 2:14 AM

            @Anarm,
            ah hahaha~ lawak gile~ tolonglah…ko kasi aku gelak tak hengat pagi2 bute ni~
            adeh…comel gile kucing tu..
            kucing aku tak boleh buat macam tu pun
            tp dia suka tidur terlentang macam org tidur
            pastu kaki belakang terkangkang yang depan pulak macam tangan kanggaru gayanya
            .-= Post terbaru mokteh di blog beliau.. Manusia Zaman Millennium Semakin Buas =-.

            Reply
            • Anarm says

              22/05/2010 at 2:46 PM

              @mokteh, kuci kuci kuci kuci.. keh3.. comel kan kucing tu.. hehe.. :biggrin:

              Reply
  40. wazy says

    21/05/2010 at 5:38 PM

    Hmm tatau la ape nak jadi dengan manusia sekarang,ade haiwan peliharaan macam kucing pun diseksanya,isk isk isk
    .-= Post terbaru wazy di blog beliau.. Helmet Bergaya Untuk Penunggang Motor =-.

    Reply
    • Anarm says

      21/05/2010 at 9:26 PM

      @wazy, entah la der.. nak kate tadek otak, ade.. nak kate tadek akal, akal ade.. tp tak reti nk guna untuk fikir.. padahal bende simple je pon.. tak paham btol aku..

      Reply
  41. zik says

    21/05/2010 at 4:07 AM

    sayangi haiwan peliharaan… jangan diseksa… kalau tak suka biarkan dia hidup bebas… :sideways:
    .-= Post terbaru zik di blog beliau.. Cara untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. =-.

    Reply
    • Anarm says

      21/05/2010 at 9:24 PM

      @zik, ayat komen ko ni sama macam ayat member aku penah ckp dulu.. member aku tu muka memang super ganas.. ganas giler ahh.. tp kalo dpt kucing, bleh tengok ganas die tu kejap je ilang.. dah jadi bunga2 plak.. :lol:

      Reply
  42. Roronoa Zoro says

    20/05/2010 at 9:25 PM

    sedih tgk kucing xde kaki… :cwy: :cwy:
    .-= Post terbaru Roronoa Zoro di blog beliau.. Episod Akhir Siri Doraemon – Part Akhir =-.

    Reply
    • Anarm says

      21/05/2010 at 9:21 PM

      @Roronoa Zoro, memang sedih.. tapi kucing tu hebat gak bleh hidup dengan 2 kaki je..

      Reply
  43. Mr Fathi says

    20/05/2010 at 8:39 PM

    tak sanggup aku nak tgk video tu…tapi aku faham apa yg ko nak sampaikan…

    dulu aku ada byk kucing…dlm 15+ gitu…sekarang dah kurang dah…dlm 10(byk gak la…) psal kucing2 aku sumer panjang umur…huhh
    .-= Post terbaru Mr Fathi di blog beliau.. [Video] Lin Dan,kau memang hebat!!! =-.

    Reply
    • Anarm says

      21/05/2010 at 12:32 AM

      @Mr Fathi, banyak giler kucing ko.. camne ko jaga? berak merata tak? haha

      Reply
  44. zuls says

    20/05/2010 at 6:19 PM

    manusia bukan sahaja menzalimi haiwan, bahkan hampir semua sekali, kereta,lif, tumbuh-tumbuhan, air laut, air sungai, semuanya nak dizalimi. termasuklah menzalimi diri sendiri..
    .-= Post terbaru zuls di blog beliau.. Income pertama nilainya 5 sen =-.

    Reply
    • Anarm says

      20/05/2010 at 8:11 PM

      @zuls, Ya Allah.. ape nak jadi dengan manusia sekarang ni?? makin lama makin teruk.. takleh ke buat elok2 sikit perangai tu? main blog ke, ade gak faedahnye.. daripada dok buat keje2 tak senonoh sume tu..

      Reply
  45. apiih says

    20/05/2010 at 4:35 PM

    aku suke kucing dan aku tidak akan khianati kucing…. :blush:
    .-= Post terbaru apiih di blog beliau.. Final Is Coming!! =-.

    Reply
    • Anarm says

      20/05/2010 at 8:10 PM

      @apiih, aku pon.. tapi kalo kucing tu cakar, aku jentik gak telinga die.. keh3.. :whistle:

      Reply
  46. cik kala says

    20/05/2010 at 10:44 AM

    aku dah tengok vids kucing tu… lepas tu aku pass kat kawan aku, dia sampai nangis depan pc…. huhu. aku bayangkan cemana laaa org tu tergamak kerat kaki kucing tu. memang takde perasaan betul…

    Reply
    • Anarm says

      20/05/2010 at 8:09 PM

      @cik kala, sebab tu aku ckp manusia dah makin teruk daripada haiwan.. jenis ade akal tapi letak kat bontot, camtu la jadinye.. huhu..

      Reply
  47. MrRollies says

    19/05/2010 at 11:48 PM

    aku sayang semua haiwan..
    kucing anjing semua sama..
    Semua haiwan ciptaan tuhan,,
    Aku tak sanggup tgk mereka disiksa.. :(
    .-= Post terbaru MrRollies di blog beliau.. Perangai Jiran Macam ****! =-.

    Reply
    • MrRollies says

      19/05/2010 at 11:50 PM

      @MrRollies, haitu ada orang majlis bandaraya bunuh anjing2 liar dengan kejam..kesian :(
      .-= Post terbaru MrRollies di blog beliau.. Perangai Jiran Macam ****! =-.

      Reply
      • Anarm says

        20/05/2010 at 8:07 PM

        @MrRollies, anjing liar kalo die kaco orang, memang patut dibunuh.. tp ada cara die.. mane bleh bunuh dengan kejam2.. kan? kan? :cwy:

        Reply
  48. eyra says

    19/05/2010 at 11:31 PM

    nak nanges boleh?

    Reply
    • Anarm says

      20/05/2010 at 8:06 PM

      @eyra, bleh.. bleh.. nangis laa.. nak pinjam bahu ke? keh3.. :whistle:

      Reply
  49. ..ein.. says

    19/05/2010 at 11:27 PM

    lama dh papa meow x update blog kan….tapi org plg sedih dgn entry yg kucing tuan kurus mati sebab kena mkn dgn ular…sedih bila tgk tuan kurus peluk kucing yg berlumuran darah tu…nnt klo dia nak pegi jenguk tempat papa meow tu ajk org sekali tau….
    .-= Post terbaru ..ein.. di blog beliau.. kaki rasa nak tercabut =-.

    Reply
    • Anarm says

      20/05/2010 at 8:05 PM

      @..ein.., ok2.. nnt kita deting sama2.. :tongue:

      Reply
  50. acaPAWN7 says

    19/05/2010 at 9:49 PM

    Erk, ade jugak yg kejam mcm ni..sayu aku tgk video tu, dah la aku mmg minat haiwan :cwy:
    .-= Post terbaru acaPAWN7 di blog beliau.. Get Portal on Steam for FREE until 24th May =-.

    Reply
    • Anarm says

      19/05/2010 at 11:00 PM

      @acaPAWN7, same la kita.. aku pon sayu gak.. sebak, sedih, marah, blur, sume ade..

      Reply
  51. Rara says

    19/05/2010 at 9:43 PM

    hihi makin ramai yang buat entri pasal Hero. kesian kan dia, harap one day boleh jumpa dia =(

    ni entri i pasal hero http://www.raracandyfloss.com/2010/05/menitik-airmata-masa-taip-entri-ni-sayunya.html
    .-= Post terbaru Rara di blog beliau.. Sinetron Cahaya, dua cewek satu cowok =-.

    Reply
    • Anarm says

      19/05/2010 at 10:59 PM

      @Rara, “Ha? YaAllah. Mana tangan dia?! Makkk tengok kucing ni takda tangan!”.. hehe.. kucing ada tangan ke? :lol:

      Reply
      • Rara says

        19/05/2010 at 11:02 PM

        @Anarm, hehe. memang panggil kaki yg dekat depan tu as tangan, sebab kadang² tengok meow makan diorang ambil pakai tangan :heart:
        .-= Post terbaru Rara di blog beliau.. Sinetron Cahaya, dua cewek satu cowok =-.

        Reply
  52. Piston Pecah says

    19/05/2010 at 1:24 PM

    entahlah apa nak jadi dengan dunia sekarang nih..macam-macam hal kita dengar setiap hari..
    mungkin satu petanda itu semakin dekat dan menghampiri..bila manusia tidak lagi mampu memberikan suatu keputusan yang waras dan berperikemanusiaan…
    .-= Post terbaru Piston Pecah di blog beliau.. [Contest] Key Kaspersky Internet Security 2010 Selama 1 Tahun =-.

    Reply
    • Anarm says

      19/05/2010 at 8:40 PM

      @Piston Pecah, manusia dah tak dapat berfikir dengan waras.. pelik btol..

      Reply
  53. eiyda says

    19/05/2010 at 11:55 AM

    erkk…….entry kucing lg> huhuh…tamau tgk dh.kang sedih lg.huhuhu………. :sad: :sad:
    owang pon sayangkn haiwan..nak2 kucing.sebb kt umh banyak kucing….walopon kekadang sakit ht bl kucing ni dok melilau kt kaki.tp xder lah sampi nk berlaku kejam.setakat.kuis2 ngan kaki tu ade lah..hohoh….
    hari2 umi rebus ikn bg kucing2 tu mkn…org cakap, kalo kt sayang haiwan ni.murah rezeki kn.huhu.
    mang tak ptt nk seksa2 haiwan.dorng pon der perasaan…walopon xder akal.hhuuh…T____T..haiwan pon makhluk Allah jugak…….xkirelah kucing ke, anjing ke, pe2 pon..kn….. :pinch:
    .-= Post terbaru eiyda di blog beliau.. eiyDa:: Kenapa perlu bersikap tidak jujur di alam maya? =-.

    Reply
    • Anarm says

      19/05/2010 at 8:37 PM

      @eiyda, sebut tentang akal, teringat 1 benda.. dulu ustaz owg penah ckp, binatang sebenarnya ada akal.. cuma kebolehan akal dia kurang sikit daripada manusia.. kalau binatang takde akal, lembu takkan makan rumput, dia gi makan dinding rumah orang.. rimau pon takkan makan daging, dia gi makan pokok kayu.. sebab ada akal tu la binatang dapat fikir benda2 yang patut dia makan, ikut naluri dia.. dengan akal fikiran jugak la binatang pandai berfikir untuk jaga anak, lindungi anak2 dia.. encik rimau nak cari mangsa pon dia guna akal untuk perangkap mangsa dia, pastu bleh makan.. binatang2 lain pon camtu jugak.. huhu..

      tapi yang kita bleh nampak sekarang ni, manusia dah semakin hilang akal sebab buat benda2 yang tak masuk akal.. :pinch:

      Reply
      • eiyda says

        20/05/2010 at 5:12 PM

        @Anarm, ooooooooo
        betul gak tu kan..huhuhu

        Reply
        • Anarm says

          20/05/2010 at 8:04 PM

          @eiyda, mentipoooo.. hak3.. :silly:

          Reply
      • azwan says

        25/05/2010 at 2:59 PM

        @Anarm, manusia dah semakin hilang akal sebab buat benda2 yang tak masuk akal

        aku sangat setuju dengan ayat tu. manusia semakin hilang akal. anak yang dilahirkan dibuang dan dihumban merata rata tepat. perangai lebih buruk dari binatang
        .-= Post terbaru azwan di blog beliau.. Sense of Humor =-.

        Reply
  54. Syafrizal says

    19/05/2010 at 11:13 AM

    Cuba bukak YouTube cari dokumentari Food Inc.
    lagi banyak kisah pasal kezaliman binatang
    .-= Post terbaru Syafrizal di blog beliau.. Reader Plus – extension Chrome untuk Google Reader =-.

    Reply
    • Anarm says

      19/05/2010 at 8:19 PM

      @Syafrizal, tak sampai hati plak nak tengok.. huhu.. nanti la kejap2 lagi kot2 hati aku jadi keras skit aku gi cari..

      Reply
      • Syafrizal says

        20/05/2010 at 12:22 AM

        @Anarm, memang berlambak sebenarnya… Pamela Anderson jadi aktivis boikot KFC kat US sebab KFC menzalimi ayam2 kat sana… dipijak dan dicampak macam tu je…
        .-= Post terbaru Syafrizal di blog beliau.. Radix Chicken House di Kota Bharu =-.

        Reply
        • Anarm says

          20/05/2010 at 8:04 PM

          @Syafrizal, pamela anderson? yang die berbogel tu ek? :w00t:

          Reply
          • Syafrizal says

            20/05/2010 at 8:32 PM

            @Anarm, hehe dalam video tu takde lak dia bogel.. tapi mmg dia ada kempen boikot KFC
            .-= Post terbaru Syafrizal di blog beliau.. Comment Luv – Mari kita tengok siapa bagi cinta =-.

            Reply
  55. syinrayafa says

    19/05/2010 at 8:43 AM

    yes !!! 1st komen…hahaha…

    terharu…baik sungguh hati papa meow ni……
    semua benda yang hidup terbuang sekarang sudah ada tempat penjagaan. sama gak dgn orang hisap dadah…. :cwy: :cwy: :cwy: :cwy: :cwy: :cwy:
    .-= Post terbaru syinrayafa di blog beliau.. Saya tiada idea untuk update blog, jadi saya buat entri ini. =-.

    Reply
    • Anarm says

      19/05/2010 at 8:17 PM

      @syinrayafa, hahaha.. bleh plak ko kaitkan dengan org isap dadah.. tapi yg pasti, haiwan takde yg isap dadah.. :lol:

      Reply
  56. Dauspozi says

    19/05/2010 at 7:55 AM

    Aku baru je dgr tazkirah kat Dewan pasal pelacur bg minum air tu… baru tau ek yg manusia skang dah transform jdik binatang… patut lah mat salleh ckp asal manusia daripada BERUK… huhu :devil:
    .-= Post terbaru Dauspozi di blog beliau.. 4 Drama Bersiri Terbaik Di Malaysia =-.

    Reply
    • Anarm says

      19/05/2010 at 8:16 PM

      @Dauspozi, manusia skrg byk yg dah transform jadi lagi teruk daripada binatang.. aku rasa binatang pon geleng kepala tengok perangai manusia zaman sekarang ni.. keh3..

      Reply
  57. Nizam6281 says

    19/05/2010 at 7:28 AM

    Ko nie berhati lembut rupanya ek Anarm
    Muka jek ganas hehe
    Dalam hati ada taman
    bukan taman lagi da…
    ada bunga..hoho

    Kejam sunggh sapa yang buat binatang camtu
    nanti kat akhirat ..haiwan ini akan tuntut balik semula..
    .-= Post terbaru Nizam6281 di blog beliau.. GROUP FACEBOOK YANG PALING BANGANG =-.

    Reply
    • Anarm says

      19/05/2010 at 8:15 PM

      @Nizam6281, aku ni lelaki yang penyayang.. hahaha..

      Reply
  58. Jaws says

    19/05/2010 at 7:04 AM

    hurm..
    tula..
    aku pun tak tau ape nak cakap..
    kenapa manusia semakin kejam terhadap haiwan…
    kesian kucing n binatang2 itu..
    semoga mereka bertaubat..
    .-= Post terbaru Jaws di blog beliau.. Kenapa Aku Benci ZonBebas.com?! =-.

    Reply
    • Anarm says

      19/05/2010 at 8:12 PM

      @Jaws, aku pon tak paham nape org kejam sangat dengan haiwan.. tambah2 dengan kucing.. kerap gak la tengok kucing kene sepak kt kedai makan..

      Reply
  59. syahirul says

    19/05/2010 at 4:43 AM

    kucing.. comel aje kan kalo bela.. ape la masalah depa ngan kucing… tu baru kucing, jinak lagi halal dipegang…

    dog? sama gak depa wat lagu tuh.. boleh kata semua haiwan ni depa layan mcm tu, cuba anak depa tu dibuat mcm tu amacam?

    kisah2 teladan mmg best, menginsafkan dan menunjukkan Islam ini mmg penyayang..
    .-= Post terbaru syahirul di blog beliau.. Hari bersejarah bersama Nuffnang =-.

    Reply
    • Anarm says

      19/05/2010 at 4:55 AM

      @syahirul, aku teringin nak bela anjing.. huhu.. kat opis aku ade anjing muka mcm scooby doo.. smart giler.. hahaha.. :lol:

      Reply
      • ma says

        20/05/2010 at 11:37 AM

        @Anarm,
        yes!mmg teringin nk bela anjing…tp apakan daya……… :angel:

        Reply
  60. Azizuan says

    19/05/2010 at 2:17 AM

    aku tengok kat facebook..binatang apa tah orang lapah kulit hidup2..siap londeh macam bukak baju..binatang punya manusia..busuk perut toi..
    .-= Post terbaru Azizuan di blog beliau.. Suratkhabar : Iklan Lebih Dari Berita =-.

    Reply
    • Anarm says

      19/05/2010 at 2:55 AM

      @Azizuan, huh.. hidup2 kena lapah kulit.. giler kejam.. makin teruk dah manusia sekarang ni.. ape nak jadi ntah.. :cwy:

      Reply
  61. Z.U says

    19/05/2010 at 1:44 AM

    ak ske sgt entri psl haiwan ni… thniah kpd pencoret blog… ak adalah amat x berkenan ngn manusia2 yg x taw hargai haiwan… mrke adalah makhluk tuhan jugak, yg ptut kte sayangi… akceli segelintir kwn2 ak adalah trgolong drpd pembenci haiwan… plg ketara skali pd kucing… nmpk kucing je, geli… mcm la pembersih sgt… kalo kucing dtg je kt kaki mrke, d’tendangnye… aishh~ ak kdg2 rse nek angin gk tp ak skdr mampu ‘pujuk’ blk kucing 2 dgn usap2 kple dier… bg ak, kucing ni makhluk istimewa… bkn kucing jela, sume haiwan atas mke bumi ni… so, sme2la kte menyayangi haiwan demi keseimbangan sistem ekologi alam… haha~ ttbe je…

    Reply
    • Anarm says

      19/05/2010 at 2:08 AM

      @Z.U, Aku pon suke kucing.. penah tengok ada manusia yg alim tapi bila berdepan dengan kucing, die buat kucing tu macam najis.. jijik.. siap tendang2 kucing tu suruh gi main jauh2.. terus hilang rasa hormat dengan org camtu.. kalau ye pon tak suke @ geli, apa salahnya halau dengan cara elok.. jangan la tendang2..

      Kucing tu merupakan haiwan kesayangan Nabi Muhammad saw.. dan juga haiwan yang paling disukai oleh sahabat Nabi iaitu Abu Hurairah (yg bermaksud bapa kepada kucing).. Nabi sendiri pon ade pelihara kucing..

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy