Semalam aku ditahan polis dalam perjalanan pulang ke rumah lepas berpenat-penat pindah barang ke rumah sewa baru. Bukan ditahan di balai polis, cuma ditahan tepi jalan oleh 3 orang anggota polis bermotosikal yang buat rondaan pada malam tu.
Sebelum kena tahan polis aku dah rasa pelik apesal pak guard yang jaga pintu masuk ni tak angkat palang besi yang hadang jalan masuk ke perumahan. Biasanya bila aku balik dia angkat je palang tu bagi aku masuk, siap angkat-angkat tangan tanda bertegur sapa dan tanda ucap terima kasih, sama-sama.
Masa tu jugak ada kereta dari arah dalam nak keluar. Pak guard tu pun angkat palang besi tu. Aku agak mungkin pak guard tu nak bagi kereta tu keluar dulu kot.
Bila kereta dah keluar, aku pun terus masuk sambil angkat tangan dan senyum kat pak guard tu (rutin setiap kali lalu depan pos pengawal). Tiba-tiba…
# # # # # # # # #
Pin! Pin! Pin! (bunyi hon motor) | ||
AKU | : | “Mamat mana pulak main-main hon belakang aku ni?“ (Cakap dalam hati sambil toleh ke belakang, kemudian perlahankan motor dan berhenti sebab nampak polis bagi isyarat suruh berhenti) |
POLIS | : | “Nak ke mana ni?“ |
AKU | : | “Nak balik rumah, encik.“ |
POLIS | : | “Tadi bukan ko ke yang kelam kabut buat U-turn pastu masuk sini?“ |
AKU | : | “Eh! Bukan. Mana ada saya buat U-turn. Saya dari kedai 7E depan sana, lalu trafik light depan tu pastu terus belok masuk sini nak balik rumah.“ |
POLIS | : | “Yeke? Bukan ko ke yang buat U-turn tadi aku nampak?“ (Sambil pandang motor RXZ aku) |
AKU | : | “Saya tak U-turn tadi. Jalan dari 7E ke sini pun takde U-turn. Teruss je.“ |
POLIS | : | “Rumah ko kat mana?“ (Sambil pandang muka aku, kejap-kejap pandang motor RXZ aku pulak) |
AKU | : | “Kat sana. Blok yang hujung sekali kat sana tu.“ (Sambil tunjuk guna jari ke arah blok apartment tempat aku tinggal) |
POLIS | : | “Yeke bukan ko yang U-turn kelam kabut tadi?“ |
AKU | : | “Ya, encik. Saya takde buat U-turn pon tadi.“ |
POLIS | : | “Tu apa ko bawak dalam plastik beg tu?“ (Sambil muncung mulut isyarat tunjuk ke plastik beg yang aku sangkut dan pegang kat motor) |
AKU | : | “Roti dengan air yogurt beli kat 7E tadi nak buat sahur nanti.“ |
POLIS | : | “Ok. Takpe lah kalau macam tu. Dah, boleh pergi.“ |
AKU | : | “Ok. Terima kasih, encik. Assalamualaikum.“ |
POLIS | : | “Waalaikumussalam.“ |
# # # # # # # # #
Rupanya pak guard tu tak naikkan palang sebab dia nampak 3 orang polis tu tengah kejar aku dari belakang. Sebelum belok masuk nak balik rumah memang aku perasan kat seberang jalan besar ada 3 orang polis naik motor. Tak sangka pulak diorang syak macam aku ni dah buat kesalahan.
Lepas tu siap kata aku buat U-turn depan tu. Padahal terang-terang tempat U-turn ada betul-betul depan diorang. Aku pulak naik motor kat seberang jalan. Kalau aku U-turn confirm diorang boleh tangkap aku terus. Itu pun kalau memang betul aku ada buat salah.
Encik Polis Nak Duit Ke?
Bukan niat aku nak kata polis tu jahat sebab menuduh aku yang bukan-bukan. Tapi ada sesetengah polis memang suka tahan orang semata-mata untuk dapatkan duit.
Diorang akan cari jugak kesalahan kita walaupun kita tak buat. Tak kisah kesalahan pada diri kita atau pada motor kita. Lepas tu nak saman.
Semua orang taknak kena saman betul tak? Time tu la diorang bagi pilihan, kalau taknak kena saman, hulur-hulur la sikit duit baru diorang tak keluarkan saman.
Aku pernah hampir terkena sebelum ni. Kena tahan kemudian ‘polis tu’ minta IC dan lesen memandu.
Bila dia tengok alamat kat IC aku tertulis ‘BEREK POLIS’, terus cakap penuh lemah lembut je. Sebelum tu cakap bukan main kasar. Dia dah tau la tu aku ni anak pegawai polis. Hehe..
Tapi sekarang aku dah takde ‘kelebihan’ tu sebab IC dah tukar alamat. Abah aku pun dah pencen kerja polis. Huu.. Sedih.
Polis Malaysia Banteras Jenayah
Dekat-dekat nak raya dan sepanjang hari raya nanti, harap-harap pihak polis buat la kerja elok-elok untuk membanteras jenayah curi dan pecah rumah yang kerap berlaku sepanjang musim perayaan. Banyak rumah akan kosong sebab penghuni semua balik kampung.
‘Pemecah rumah’ seronok la boleh masuk rumah buat rumah tu macam rumah mak bapak dia punya.
p.s. “Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri” kepada semua rakan online / internet, rakan blogger dan juga semua anggota polis yang bertugas membanteras jenayah pada hari raya nanti. Banyak pahala diorang dapat sebab tolong jaga keselamatan di Malaysia ni, kan?
Aku pernah pula kena tilang dan sekarang jaid makin hati2 bawa kendaraan bermotor dijalan raya
Ic dan lesen ada alamat “berek polis” dah macam lesen besar ek.
buat masa sekrang bo belum jumpa lagi polis yang nak cari pasal dengan bro, jika ada.. rasanya tak lama kot polis tue he..23x
Silap2 jadi tajuk akhbar pula nanti.
Selamat hari raya ek
Muahaha..nakal polis tu..tersalah orag…mesti berdebar muka anarm kan..hehe
penah gaduh dengan polis. takde bukti aku wat salah..last-last gi balai. sampai balai..bila habis cerita..diorang lepaskan aku. bukti takde..ikut hati.nak je aku cepuk polis kat situ. terus aku sepak motor polis dan blah. diorang tengok aje. haha..
@titan, gengster jugak ko ni.. buatnya polis tu tangkap ko atas kesalahan merosakkan harta polis (sepak motor), tak ke naye.. haha..
@Anarm, hoho..dah tak kira dah masa tu. haha..
Pernah kene tahan beberapa org polis jugak. Perangai mmg kurang ajar sikit. Terus buat aduan kat BPA esoknya.
@dennis, wahh.. terus buat aduan BPA.. cerciter sikit macam mana cara nak buat aduan tu?
Selalu juga kena tahan tapi apabila ada sekatan jalan raya. Naik motor Yamaha RXZ boleh menimbulkan kecurigaan. Nasib badan.
@akubiomed, tu la pasal.. bila naik RXZ je orang ingat kita ni macam pesalah.. padahal bukan semua penunggang RXZ buat kerja jahat..
biasa la tu nak dekat raya ni :tongue:
@Shahrul, time raya memang musim pecah rumah.. bagus la kalau ada polis yang buat rondaan..
Owhh dah dapat dah erk rumah sewa baru, tahniah bro… bab polis tahan-tahan ni, tambahan bawa motor “panas” macam tu, biasalah tu bro… :D yang penting takder benda pepelik berlaku, tak perlu kot nak tuduh2 semua polis nak cari “makan” camtu, ada juga yang memang menjalankan tugas sebab semakin banyak kes skangni kan.
@Eizil, betul tu.. hanya sesetengah polis je yang buat kerja2 macam tu.. kalau tak, takde la banyak aduan dibuat tentang salahlaku anggota PDRM..
Dah biasa sangat dah nampak benda ni. Tapi tak pernah kena lagi sebab memang dah kenal dah dengan geng-geng polis ni. Diorang makan orang yang diorang tak kenal je. Haha.
@Fadzmie, ok la tu kalau kenal geng-geng polis.. takde la kita kena makan.. hehe..
setuju! awai bukan main ‘otai’ la cakap tu.. dah tengok ic, mula la.. sopan
huh saya bab polis ni, memang malas nak cakap banyak.. biar kita tahu undang2 dia pun tahu..so selamat hari raya bapak2 polisi :biggrin:
@syahrilhafiz, kalau kita tahu jugak pasal undang2, kita boleh tahu salahlaku yang sesetengah polis buat.. tapi ramai jugak yang tak tahu..
mmg tugas die bro..kalo die wat derk jer..mmg x aman la..huhu
Koq sama ya dengan Polisi Indonesia suka begitu, apa semua polisi di dunia itu sama seperti itu?
@Dadan, hanya sesetengah polisi sahaja yang seperti itu..
Bagus polis nie , dia tanya dulu kita ada buat kesalahan atau tidak .
@Touya, boleh dikatakan bagus jugak la polis yang tahan aku tu..
sebab motor RXZ tu yg diorang nak cari salah.. biasa yang bawak motor jenis tu kan kebanyakannye mat motor, tu yg diorang prejudis skit kot..
@Suraya, setuju sangat kak suraya~ pantang nampak anak muda (bukan anarm :D) terus tahan… tambah2 bawak moto kapcai macam tu..ehehe
Kena sentiasa berhati-hati lain kali. Jangan buat gerak geri yang mencurigakan. Kalau boleh dan sempat aritu, fotostat IC lama yang ada BEREK POLIS tu. hehehe
@halif, tak terfikir pulak nak fotostat IC lama.. hehe.. :tongue:
“bukan kamu ke yang lumba haram hari tu?,” sambil jeling pada no. plat motor..
tak pasal2 je. hehe
@ariff, tak takut.. sebab aku tak pernah lumba haram.. tengok orang lain lumba haram tu pernah la.. jadi penonton je kat tepi.. tunggu aksi eksiden.. part eksiden tu paling best tengok.. haha..
pernah kena saman ngan polis atas kesalahan yang direka cipta dan nampak jelas tak munasabah… biasalah, polis Malaysia
@azriMy, naye.. naye.. setakat ni aku tak pernah lagi kena saman atas kesalahan yg aku tak buat.. hampir terkena tu ada jugak, tapi aku lawan balik (secara baik) sebab memang rasa tak munasabah langsung.. dan aku hafal nombor polis yg ada kat uniform dia..
@Anarm, wah nice.. nak belajar ilmu baru.. baca nombor polis kat uniform tu untuk apa ye? ada prosedur untuk membuat laporan ke?
@azriMy, boleh buat aduan kat suruhanjaya integriti kot.. tapi belum tentu tindakan akan diambil.. paham2 saje lahh.. hehe.. :whistle:
Memang setuju dgn komen yang “bukan niat jahat” tu.
aku perasan dekat perkataan IC tu bila hover dia tunjuk kad pengenalan.. macam mana nak buat weh? sila ajar aku haha
@topo, benda tu plak yang ko tanya? LOL.. <abbr title="Kad Pengenalan">IC</abbr>
@Anarm, kahkahkah dah lama aku cari benda ni dulu.. pastu dah lupa.. aku nampak kat sini sebab tu aku tanya haha
@topo, patut laa.. haha.. satu lagi boleh guna “acronym title”.. tapi aku taktau apa beza “abbr” dengan “acronym” tu.. semua aku bantai letak “abbr” je..