Dah hampir dengan tarikh hari raya buat aku teringat pada sambutan hari raya aku yang lalu.
Malam sebelum raya dah semestinya mengadap kuih raya untuk diisi dalam balang yang cantik sikit. Bila tetamu datang rumah baru nampak menarik kuih raya yang terhidang.
Kat luar rumah pula ada bakar lemang dan rebus ketupat. Semua sibuk dengan tugas masing-masing.
Raya tahun 2012 merupakan sambutan hari raya paling best bagi aku. Hari raya terakhir sambut bersama keluarga semasa aku berstatus bujang. Hehe.
Entah berapa buah rumah kami pergi waktu tu untuk ziarah sanak saudara sambil membawa hajat menjemput kenalan datang ke majlis perkahwinan aku.
Gambar Kenangan Raya dari Samsung Galaxy S
Rasanya hari raya tahun 2012 baru aku mula rajin ambil beberapa gambar kenangan hari raya menggunakan smartphone Samsung Galaxy S. Sebelum ni memang tak pernah ambil gambar semasa beraya.
Dari siang beraya sampai ke malam asyik ambil gambar je. Kenangan terindah setahun sekali berkumpul bersama.
Tapi rasa rugi betul sebab sebelum ni tak guna dengan sebaiknya smartphone Samsung milik aku untuk rakam kisah kemesraan hari raya.
Banyak moments indah tak dapat disimpan sebagai kenangan.
Berkongsi cerita kita pergi beraya kat mana, dapat berapa banyak duit raya dan sebagainya.
Waktu malam pula kat kampung aku biasanya tak ramai yang datang beraya. Kalau ada pun cuma saudara mara yang datang dari jauh untuk ziarah.
Bila takde aktiviti nak dibuat, lepak jela kat rumah mengadap
Memandangkan Hari Raya 2013 tahun ni aku beraya dengan isteri, balik kampung nanti kena beraya sakan pergi ziarah rumah orang.
Sambil-sambil tu nak kenalkan wife aku pada saudara mara yang tak berkesempatan datang majlis kahwin kami tahun lepas.
Isteri : “Abang! First time raya tahun ni nak balik kampung siapa dulu?”
Suami : “Balik kampung abang dulu, lepas tu baru balik kampung sayang. Kita gilir-gilir.”
Isteri : “Sayang ok je..”
Hidup orang berkahwin ni kena sentiasa berkorban luangkan masa bersama dengan ibu bapa dan keluarga di kampung. Tambah-tambah bila dah ada satu lagi keluarga iaitu keluarga mertua, tiap-tiap tahun kena bergilir-gilir untuk balik beraya.
Sementara ibu bapa kita masih ada, kita usahakan jela untuk luangkan masa dan hargai setiap saat indah bersama mereka.
Jom tengok Samsung Raya TVC yang menarik ni sempena kempen “
Alangkah bestnya kalau aku dapat beli bermacam-macam barangan Samsung seperti dalam TVC tu untuk hadiahkan kepada mak abah aku.
Ada TV Samsung, Peti Ais Samsung, Mesin Basuh Samsung. Mesti hari raya tahun ni akan jadi lebih bermakna buat mak abah aku.
Untuk mudahkan berhubung dengan mak abah aku, aku ada bagi mereka phone Samsung Coconut E1195. Nak belikan Samsung Galaxy S4 memang mereka tak reti nak guna.
Dapat phone boleh buat panggilan pun dah cukup buat mereka. Boleh call anak-anak bila rasa rindu. Macam tu lah mak abah aku, tak pernah kisah tentang gadget-gadget terkini yang canggih.
Sempena hari raya yang bakal tiba ni kalau boleh dapat sebuah Samsung Galaxy Camera memang best lah. Boleh guna untuk ambil gambar raya, rakam video raya, share gambar baju raya dan lain-lain.
Saat-saat gembira menyambut hari raya pun boleh dirakam dan akan menjadi satu bahan kenangan yang sangat bernilai.
Semoga kita semua dapat menyambut hari raya tahun ni dengan sempurna. Balik kampung nanti pandu kereta hati-hati. Semoga Allah lindungi kita semua daripada sebarang kecelakaan. Paling penting… Dulu, kini dan untuk detik yang bakal menjelang, hargailah saat bersama keluarga.
Apakah makna Hari Raya bagi anda? Kongsikan di Samsung Portraits of Raya dan anda berpeluang menang hadiah Samsung Family Movie Treats berupa 4 keping tiket wayang beserta popcorn dan air.
Seronok
Sekarang ukannya beraya bersama SAMSUNG tapi bersama keluarga….tercinta.
Hari raya adalah monentum yang bagus untuk mengabadikan kebersamaan bersama keluarga sebab pasti banyak sanak keluarga yang jauh pada datang dan berkumpul tu.
Mari abadikan kebersamaan dan kemesraan dengan Samsung Galaxy :smile:
Assalamualaikum.. taniah bro. sheila dah pernah godek2, seriously terbaik!
Assalamualaikum bro. good luck. wahwah sheila dah pernah try godek2 samsung galaxy camera. seriously sangat terbaik. huwaaaa nak beli, tapi kena menabung dulu. hehehehhe :)
dkna pakai 3310i jer.. nak amek gambar pon tak de kamera heheee
mmg nampak meriah. comel2 jer belake seme =)
done like bro…good luck
good luck bro! tak sabar jugak nak balik kg beraya. tahun ni dah dapat smbar DSLR. kena ambik gambar byk2 hehehe..
Kalau tak menang. Aku tak tau nak kata apa. hehehe
Gud luck anarm..semoga angan-angan dan impian tu akan tercapai..hehe
wahhhh meriah bergambar lah tahun ni ya hehe
Seronok raya , boleh kumpul duit raya untuk anak…hehe
Good luck..
:)
Klik satu
gud luck bro :)
saya hanya ada peti ice samsung jer….handphone samsung belum nak beli lagi…ingat nak beli camera samsung…ada suggest tak, nak yg murah-murah jer….hehe
Tak reti sangat bab kamera ni.. Tapi kalau nak yang murah2 biasa akan cuba survey di internet dulu.. Tempat survey dah semestinya di Superbuy.my, Lazada.com.my dan kedai2 online yg lain.. atau terus compare harga kat website Pricepanda.com.my..
semoga berjaya..ramai gak yang join benda ni..hehehe
sedih aku bila tgk video tu, rindu kat arwah mak tetiba dtg..
waktu arwah ada tak banyak ambil gambar sebab zaman tu kami tidak mampu untuk ada kamera..
so kalau mereka yg ada kamera canggih2 tu sekarang silalah rakam potret ibu bapa dan ahli keluarga anda sebanyak mungkin.
Orang dulu2 memang tak banyak ambil gambar.. Harga kamera mahal.. Tapi kalau ada 1-2 potret pun kira dah ok dah, cuma kena simpan dan jaga elok2 gambar tu.. Bila teringat pada arwah, boleh tengok balik gambar..
Raya tahun ni aku nak ambil gambar banyak2.. Moments indah di hari raya tak selalu dapat kita rasa.. Kena gunakan masa tu sebaik mungkin dan rakam setiap saat yang penting..
bestnye raya dia.. blh dtg nt.. kekeke
Raya bersama keluarga paling seronok dan indah. Dapat jumpa ibubapa, adik beradik dan saudara mara.
beraya di kampung mmg terbaik lah..!
Yeahh! Memang terbaik beraya kat kampung.. Tahun ni aku beraya di 2 kampung.. Raya ketiga balik beraya kat Kelantan.. Dah lama tak rasa suasana raya kat Kelantan..
suka aku tengok gambar rumah lama tu macam rumah orang tua aku dulu – dulu
Aku pun suka tengok rumah lama macam tu.. Susah nak jumpa.. Sebab tu aku ambil gambar.. Untuk disimpan..
seronoknya beraya sebab dapat jumpa saudara mara. good luck!!
eh kita nampak ada buah epal yg dah tergigit la hehe ada org xpuasa ke??
Buah epal tu memang macam tu. Takde sape2 gigit.. Hehe..
Wah..meriah sungguh..
Seronok raya di kampung macam ni..suasana hari raya terasa kemeriahannya..
Suasana hari raya di kampung memang tak sama dengan raya di bandar.. Di kampung lebih rasa kemeriahan dia..
best ramai cam ni
best kalo raya
ramai famaly cam ni
seronok ramai2 macam nie
best nyer ramai family
Wow…rumah antic bro…cantik…!
Kat Perak memang banyak rumah2 antik macam tu..
Epal tu siap censored lagi ya.
Epal tu memang kena censored.. Takut Samsung marah.. Hee..
Meriah betul raya lu brother kat kg
Seronok kan dpt beraya dgn mak abah n family kita
Meriah jugak la raya kat kampung.. Memang seronok dapat beraya dengan mak abah n family.. Cuma raya tahun lepas tak amik2 gambar sangat.. Kalau tak memang dah masuk semua gambar kat dalam entri ni.. Haha..
i like!
apasal apa epal dgn samsung tuuu…aikkk
Masa ambik gambar phone tu tengah makan epal.. Terambik gambar epal sekali.. Dah censored dah gambar epal.. Hehe..
wah iklan hari raya by samsung…
Best jugak iklan raya Samsung buat..
memang seronok la beraya kt kampung macam…kenangan bergambar mesti tak lupa
Raya tahun lepas tak banyak amik gambar.. Menyesal plak rasa.. Raya tahun ni nak amik gambar banyak2..
Waaaahh.. seronok nampak bro beraya kat kampung. Jangan lupa abadikan bersama Samsung!!
Memang seronok beraya kat kampung.. Dah lama tak balik kampung ni.. Tak sabar nak balik raya..