AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Santai » Kematian Achik Spin Mengimbau Kenangan Lama

Kematian Achik Spin Mengimbau Kenangan Lama

18/04/2010 Anarm 46 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Balik daripada Event Nuffnang di Times Square petang semalam, aku terkejut bila terbaca tweet tentang kematian Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari. Innalillah..

Allahyarham meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas).

achik spin kemalangan

Achik Spin Meninggal Dunia Dalam Kemalangan

Menurut berita daripada Mstar Online:

Allahyarham yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas setelah melanggar papan tanda dan beliau meninggal dunia di tempat kejadian sebelum api marak membakar kereta MPV yang dipandu Achik ekoran kejadian malang itu.

Mayat Allahyarham dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini, malam ini.

Serius aku rasa macam sedih jugak la sebab lagu-lagu nyanyian Allahyarham sering mengingatkan aku kenangan-kenangan ketika zaman aku bergelar student dulu.

Bagi korang yang menuntut di universiti/kolej mesti tau kan macam mana kehidupan seorang student. Hiburan tiap-tiap hari adalah daripada Winamp dan senarai lagu-lagu yang wujud dalam komputer ataupun PC / laptop.

Walaupun kat kolej aku dulu ada bahan-bahan hiburan yang lain, tapi dengar lagu kat laptop tetap terbaik bagi aku. Pejam mata pon boleh rasa terhibur berbanding tengok movie kat TV yang sekarang ni banyak aksi-aksi yang tak sepatutnya ditayangkan untuk tontonan umum.

Lagu-lagu Allahyarham Achik Spin yang paling buat aku rasa sedih, yang ada lirik “Bola-bola api”. Aku tak tau tajuk lagu tu sebab aku kurang berminat sebenarnya dengan lagu-lagu genre macam tu.

Tapi kawan-kawan se-asrama dengan aku memang gilakan lagu tu. Bangun tidur je terus ON laptop play lagu “Bola-bola Api”.

So, hari-hari aku terpaksa la tahan telinga dengar jugak. Sampai dah rasa kebas telinga, nak keluar segala tahi telinga.. dan tak disangka-sangka aku pon terjoin sekali menyanyi lagu tu dengan diorang time tengah mandi beramai-ramai (bilik air berasingan) sebelum ke kelas.

Sekarang ni aku rasa rindu sangat-sangat dengan kawan-kawan seperjuangan kat kolej dulu. Masing-masing dah sibuk dengan hal sendiri.

Ada yang dah berkahwin, ada yang dah jadi suami orang, ada yang dah jadi isteri orang, ada yang dah jadi artis, ada yang dah jadi businessman, macam-macam lagi.

Walaupun aku ni tergolong dalam golongan orang yang tersisih, errr.. maksud aku (explain kejap) setiap pelajar kat U atau kolej mesti ada geng dan group masing-masing kan?

Aku ni jenis suke dok sorang-sorang. Kalau ada yang ajak join, baru aku join. Tapi bukan jenis tak suka bergaul ye. So, aku ni ibarat ada atau takde, sama je. Macam tak diperlukan sangat.

Aku sangat berterima kasih dan hargai kawan-kawan yang sudi ajak aku lepak sama-sama tengok bola (walaupun aku tak minat), ajak karaoke, main snooker, ajak overnight sampai ke pagi pergi kacau anjing pastu lari lintang pukang sebab kena kejar, yang sudi percayakan aku untuk luah masalah dan rahsia diorang, yang sudi dengar aku luah masalah aku, yang sudi bersengkang mata tolong aku buat assignment, yang baik hati nasihatkan aku time aku terbuat jahat, yang belanja makan minum, yang sudi pinjamkan komputer dan laptop untuk aku buat assignment, yang sudi pinjamkan baju untuk aku pakai sebab aku malas nak basuh baju aku.

Kenangan tu aku akan ingat sampai bila-bila. Kenangan paling manis dalam hidup aku. Terima kasih kawan-kawan! Korang memang terbaik ahh..

Korang ingat lagi ke tak aku ni, tu semua aku tak kisah. Yang pasti aku akan ingat korang yang dah banyak berjasa kat aku, ingat sampai akhir hayat aku. Terima kasih banyak-banyak, kawan.

Dunia semakin hari semakin hampir ke penghujung. Begitu juga dengan kita. Usia semakin hari semakin meningkat.

MATI ITU PASTI! Tak kira sama ada kawan-kawan, sahabat handai, sanak saudara, adik beradik, haiwan peliharaan, kerusi meja, laptop komputer, semua benda bernyawa dan tak bernyawa dalam dunia ni akan menghadapi tua dan mati.

Bagi insan yang telah meninggalkan dunia ini, tangan ditadahkan dan doa diutuskan semoga semua yang telah tiada tu akan dimasukkan dalam golongan-golongan hambaNya yang beriman dan bertakwa. Semoga tenang dan aman di ‘sana’. Al-Fatihah!

Amin! Amin! Amin! Bagi yang masih bernyawa, teruskan hidup macam biasa. Jangan ditangisi orang yang dah pergi. Lebih baik sedekahkan mereka doa-doa daripada ayat suci Al-Quran untuk bekalan mereka di akhirat kelak, dan juga sebagai bekalan amalan kita sendiri.

Semoga hidup kalian diberkati dan dirahmati Allah.

Allahyarham Achik Spin mengajar aku erti kehidupan, persahabatan dan juga kematian.

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Santai Keyword : achik spin, kemalangan

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Doktor Cakap Sakit Gigi Bahaya
Next article:
10 Sebab Kenapa Anarm Menggunakan Internet

46 Comments

  1. baBy gUrL says

    23/09/2010 at 4:46 PM

    ..uM,,cMoGE ARwaH aChik spIN dicuCuRI RAhmat…..
    minAt gleW kat acHik spIN…
    XSnGKe Dye yUnk pEgI dlU..
    XLeYh PCAYE !!!!!!!!
    CeDiEH,,,, :ermm:
    uM..P PepEPon oRg YunK iDoEP aKn kEMbalI..
    SEmUa nYe kNyAtaaN..
    KpDE isteri acHik SPin lax..
    besabar lah ea..

    Reply
  2. putri says

    28/06/2010 at 8:00 PM

    moga arwah dicucuri rahmat..moga di tempat kan di kalangan orang yang beriman..amin.. :angel:

    Reply
  3. [email protected] says

    04/05/2010 at 5:00 PM

    aku xleh dima pmegian dy!! aku syg dy cm aku syg membe2 aku!da byk kali aku mnagis hnye kerna achik!!!!aku pmint abisan dy!!! aku nk jmpa dy tp x tercapai!!np!kpd fmly [email protected], aten mgucpkan tkziah… :sad: :sad:

    Reply
  4. titan says

    20/04/2010 at 1:20 PM

    saecara jujurnya, aku terkejut dan sedih..

    Reply
  5. wazy says

    20/04/2010 at 12:17 PM

    Al-Fatihah untuk arwah Achik
    .-= Post terbaru wazy di blog beliau.. Driver Checker 2.7.4 =-.

    Reply
  6. kertaz says

    19/04/2010 at 9:54 PM

    Al-fatihah buat arwah.. :sad:
    Time aku kecik2 dlu banyak gak aku layan lagu si achik spin ni.. Tmbah2 lagi lagu duet ngan si nana.. :whistle:
    .-= Post terbaru kertaz di blog beliau.. HWM BlackBox – CPU Information Utilities =-.

    Reply
  7. nuaeman says

    19/04/2010 at 1:56 PM

    Sama jugak seperti aku.. memang tak layan lagu dia tetapi sedih dengan berita kematiannya ini.. alfatihah kepada Allahyarham.. moga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..
    .-= Post terbaru nuaeman di blog beliau.. Negara Kita Negara Orang =-.

    Reply
  8. broSKL says

    19/04/2010 at 1:57 AM

    alfatihah di ucapkan pada allahyarham achik spin.. :cwy:
    .-= Post terbaru broSKL di blog beliau.. How to make bullet with photoshop CS4 =-.

    Reply
  9. Wan Perlis says

    19/04/2010 at 1:27 AM

    masa kat kolej aku amat tak suka kpd mereka yg buat megi pastu bekas tinggal seminggu tak basuh.
    letak bawah katil ja.
    .-= Post terbaru Wan Perlis di blog beliau.. Perspektif Aku Tentang Isu Pembuangan Bayi =-.

    Reply
  10. Encik One says

    18/04/2010 at 11:13 PM

    sedih plak aku baca entri.. bukan stakat sedih sbb arwah tp sedih juga baca story demo pasal kawan2 tu.. oh kenangan T_T

    Al-Fatihah buat arwah
    .-= Post terbaru Encik One di blog beliau.. Nak hantar SMS tapi kehabisan kredit? Ini penyelesaian’nya =-.

    Reply
    • Anarm says

      19/04/2010 at 12:56 AM

      @Encik One,
      hahaha.. ade kenangan yg sama ko?

      Reply
  11. rtyi says

    18/04/2010 at 6:40 PM

    sedih gile aq rasa mcm x cye je aq bru tgk die kat tv tba2 die meninggal dunia…… :sad:

    Reply
  12. Piston Pecah says

    18/04/2010 at 2:55 PM

    aku pon gitu..sapa tak pernah layan lagu dari arwah kan..lagi-lagi bila digandingkan dengan siti nordiana(nana)..zaman-zaman remaja dulu memang hitz mereka berdua nih….nak buat macam mana kan.dah tiba ajalnya,maka kita hanya mampu sedekahkan Al-fatihah dan doa agar roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman…

    juga takziah pada keluarga arwah..semoga tabah menghadapi segala yang telah berlaku,
    .-= Post terbaru Piston Pecah di blog beliau.. [Filem] Hooperz – Lelaki Pon Boleh Tengokkan? =-.

    Reply
    • Anarm says

      18/04/2010 at 6:00 PM

      @Piston Pecah, amin amin amin..

      walaupun ada sesetengah orang tak suke dengan arwah, hope takde timbul isu2 kutuk mengutuk macam yg terjadi kat arwah Din Beramboi baru2 ni.. publisiti murahan is a bullshit.. yg buat isu tu korang adalah taik lembu.. hormatilah orang yang dah takde..

      Reply
  13. ZatyAlYA says

    18/04/2010 at 2:24 PM

    ACHIK….
    dia terbaek…
    smoga roh nya dicucury rahmat..
    amin…
    :wink:

    Reply
  14. zida says

    18/04/2010 at 2:17 PM

    syahdu T_____________T
    .-= Post terbaru zida di blog beliau.. Revolusi Kecanggihan Telefon Bimbit : Dulu dan Kini =-.

    Reply
  15. Amir says

    18/04/2010 at 2:17 PM

    lagu bola2 api tu Paling Comel.. aku sedih baca entri ni n komen2 kat atas tu. dulu aku membesar dgn lagu2 achik spin ni. masa zaman sekolah dulu. kakak aku minat gile dgn dia…mesti dia pun terkejut dgr berita ni… T_T

    yang pergi tak kembali. dari Allah kita datang kepadaNya kita kembali.

    Al-Fatihah

    Reply
    • Anarm says

      18/04/2010 at 2:28 PM

      @Amir, aku pon membesar dengan lagu2 SPIN.. sebab tu rasa macam sebak je..

      Reply
  16. x-po says

    18/04/2010 at 2:17 PM

    kawe tkt boh…kawe byok doso

    Reply
    • Anarm says

      18/04/2010 at 2:27 PM

      @x-po, kawe pon banyok doso.. :dizzy:

      Reply
  17. eiyda says

    18/04/2010 at 12:54 PM

    semalm ms tgk rancangan Galaksi…pengacara si pe ek nm pompuan tu awek si nabil tu lupe dah..erma kan..die der cakap achik spin meninggal lam kemalangan..huhu agak terkejut ekceli…skang ramai lak artis yg meninggal..huhu..semua da ketentuan Allah kan..semoga rohnya dicucuri rahmat..Amin..

    Reply
    • Anarm says

      18/04/2010 at 1:57 PM

      @eiyda, amin.. amin.. amin.. :cwy:

      Reply
  18. apiih says

    18/04/2010 at 11:17 AM

    al-fatihah buat arwah,walaupon aku jarang dgr nyayian die dlu,tapi ade la jugak kenangan-kenangan lagu dia dlu yg mengingatkan aku kepada seseorang :sad:
    .-= Post terbaru apiih di blog beliau.. 25 Facebook Tips/Trick =-.

    Reply
    • Anarm says

      18/04/2010 at 1:56 PM

      @apiih, mu jiwang karat! hak3.. :lol:

      Reply
  19. Luth Textile says

    18/04/2010 at 10:09 AM

    ermm.. nak buat mcm mana dah sampai masa..

    Reply
  20. nizam6281 says

    18/04/2010 at 9:52 AM

    Al fatihah..Aku ingat ape lah yang dilink laptop tu
    rupanya contest tu..cess

    Semakin Ramai kan artis yang meninggal dunia..
    mulai dari yati(klau tak silap) kemudian din kemudian achik

    erm..Semoga rohnya diempatkan di tempat orang yang beriman
    .-= Post terbaru nizam6281 di blog beliau.. THE LARGEST BLOGGERS’ GATHERING : MALAYSIA BOOK OF RECORD(FULL EVENT) =-.

    Reply
    • Anarm says

      18/04/2010 at 1:56 PM

      @nizam6281, sambil2 sedih, contest tetap jalan.. kah3..

      Reply
      • nizam6281 says

        18/04/2010 at 2:50 PM

        @Anarm, haha..hilang feeling aku nak sedih..huhu
        hang memang nak menang eh? :angel:
        .-= Post terbaru nizam6281 di blog beliau.. THE LARGEST BLOGGERS’ GATHERING : MALAYSIA BOOK OF RECORD(FULL EVENT) =-.

        Reply
        • Anarm says

          18/04/2010 at 5:57 PM

          @nizam6281, lol.. kalo dah join contest tu maknanya nak menang laa.. sape tanak menang barang baek.. dah la aku bengang diorang yg menang laptop kt event nuffnang semalam.. haha..

          Reply
          • nizam6281 says

            18/04/2010 at 6:36 PM

            @Anarm, hhaa
            ohh semalam eksyen tanak daftar hak3..kan da nyesal hak3
            eh hang banyak dapat blog awek ea?
            hehehe

            Reply
            • Anarm says

              19/04/2010 at 12:58 AM

              @nizam6281,
              bukan eksyen.. malas.. tambah dengan kepenatan menunggu tren KTM
              yg lembab nak mampos.. blog awek? huhu.. :biggrin:

              Reply
              • nizam6281 says

                19/04/2010 at 1:18 AM

                @Anarm, hehe ala aku tahu hang ada url blog awek2 hehe
                korang buat pe ek semasa ketiadaan ke..haha

                Reply
  21. zik says

    18/04/2010 at 7:31 AM

    al-fatihah kepada arwah…
    .-= Post terbaru zik di blog beliau.. Petua awet muda bagi lelaki =-.

    Reply
  22. zahida says

    18/04/2010 at 7:08 AM

    anarm,

    mendengar luahan hati awak, kita ni sama.

    kawan awak yang bessar punyyeer tu dah berpunya ke. ahak.

    Reply
    • Anarm says

      18/04/2010 at 1:54 PM

      @zahida, dah berpunya dah.. hehe.. sempat lagi tanye.. keh3

      Reply
  23. Khai says

    18/04/2010 at 4:43 AM

    mmg sedih beb…. sangat sedih.. mmg lagu2 dia masa dgn SPIN dulu menjadi teman aku masa zaman berchenta time sekolah dulu..

    AKu rasa macam x boleh terima dia dah takde.. tiada lagi suara semerdu dia. tp aku kene terima juga.. Kena.. itu hukum dan kehendak Allah..

    Achik…. damailah kamu di sana…

    Reply
    • Anarm says

      18/04/2010 at 1:53 PM

      @Khai, sama la kita bro.. huhu.. semoga arwah damai di sana.. insyaallah..

      Reply
  24. yonna says

    18/04/2010 at 3:51 AM

    sedih kan T_____________T

    spin ni aku layan zaman2 aku sekolah dulu nu. masa form 3. siap beli kaset semua. vcd dia lagi. mmg layan la lagu diorang. kalau karoke pun, mesti pilih lagu Achik & Nana. dan lagu Spin yang paling paling paling aku suka sampai sekarang adalah lagu Malam Semakin Dingin. sedih bila dengar balik.

    semoga dia ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman. amin.

    ***

    aku ni tacing je kalau org buat entry pasal kawan2 :D hihi berair dah air mata td hahaha. konon2 feel ah. tp mmg, kawan susah senang la kita akan ingat sampai mati. biarpun diorang tak ingat kita lagi :)

    chill ok bro!
    .-= Post terbaru yonna di blog beliau.. Pernah Rasa Tak? =-.

    Reply
    • Anarm says

      18/04/2010 at 4:15 AM

      @yonna: lagu achik aku layan bola2 api tu satu je.. yg lain2 aku tak tau lagu dia.. haha.. ko pon nangis? wakakaka.. takpe2, bleh cuci mata skit.. hehe..

      tu baru cite pasal kawan.. kalo cite pasal mak ayah lagi kuat kot aku nangis.. yg tu lagi sensitif.. huhu..

      orait.. chill.. chill.. chilli boh.. :lol:

      Reply
  25. syahirul says

    18/04/2010 at 3:48 AM

    Al-Fatihah buat arwah achik.. moga rohnya tenang di sana..

    erm, ko ada kenangan mcm ni eh dgn lagu arwah.. sampai leh ingat semua balik.. aku teringat gak ttg kenangan lama bila ko cite ttg kenangan lama.. adoi.. pjg utk distorykan.. sambung lain kali le waktu gath nanti…
    .-= Post terbaru syahirul di blog beliau.. Gathering terbesar blogger Malaysia =-.

    Reply
    • Anarm says

      18/04/2010 at 4:10 AM

      @syahirul: sebab lagu arwah tu la aku rasa rapat dengan kawan2.. siap nyanyi sama2 dlm bilik air, gelak sama2.. pastu lama lepas tu masing2 dah ada geng sendiri, dah jumpe kawan, dh jumpe awek.. so aku sorang2 layan emo, layan petik gitar, lompat2 dlm bilik dgr lagu.. jadi terasa skit la drpd asal semua rapat pastu last2 jadi tak rapat.. nasib baik awek aku still dengan aku.. :wub:

      Reply
  26. fifie ierina says

    18/04/2010 at 3:45 AM

    salam anarm..

    menitis juge air mata saya mendengarkan bacaan surah al-fatihah yang sangat merdu nie..

    saya harap awak tenang ya.. saya tau awak tengah sedih sebab baca tweet awak.. saya pun ikut sama sedih ble menyelami isi entry nie, kerana saya juge teringatkan kisah saya semasa belajar di kolej.. kepahitan terlalu banyak, tp kepahitan itulah yang telah mengajar saya menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik.. semoga awak juge akan menjadi seorang hamba Allah yang soleh dan berguna utk masyarakat..

    amin-amin ya rabbal alamin…
    .-= Post terbaru fifie ierina di blog beliau.. Continuation to My Birthday Entry =-.

    Reply
    • Anarm says

      18/04/2010 at 4:00 AM

      @fifie ierina: waalaikumsalam..

      tu la.. best je dengar bacaan ayat tu.. nanti next post nak cerita tentang bacaan ayat al-Quran plak lah.. hehe.. dah tenang dah sekarang ni.. time tgh taip tadi je yg teremosi skit.. yela, sambil taip sambil ingat balik kenangan lama pastu tulis kenangan tu kt entri ni.. sebab tu ternangis.. huhu..

      kepahitan dan kemanisan tu dah lumrah kehidupan.. kalau semuanya manis je, rasanya tak seronok jugak.. kadang2 yg pahit tu pulak boleh jadi manis.. alhamdulillah sebab Tuhan bagi semua ni dalam hidup kita.. kalau takde pahit manis, rasanya tak banyak bende yg kita bleh belajar tentang kehidupan.. indahnya kehidupan! :happy:

      Reply
  27. Fazreen says

    18/04/2010 at 3:40 AM

    Jgn kata ko sedih..aku pun terharu sebak baca ni
    .-= Post terbaru Fazreen di blog beliau.. Dear Blogger You Need to Involve In Offline Event Too =-.

    Reply
    • Anarm says

      18/04/2010 at 3:50 AM

      @Fazreen: dari tadi aku teringat benda ni lepas dgr cite Achik meninggal.. asalnya aku nak post pasal event nuff tu je.. niat nak pinjam gambar2 kt blog shah.. taip punya taip punya taip ntah camne tak pasal2 jadi entri nih.. aku pon tak paham.. adoiii~ :sideways:

      Reply
      • Azizuan says

        21/04/2010 at 2:21 AM

        @Anarm, mistik tuh bro..jangan main2..haha
        .-= Post terbaru Azizuan di blog beliau.. Beautiful Blogger Award From Yatie =-.

        Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy