Kemaskini WordPress Versi 3.3.2

WordPress.org baru sahaja melepaskan versi baru WordPress 3.3.2 yang dikemaskini dan dibuat penambahbaikan dari segi ciri-ciri keselamatan.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat, terdapat tiga (3) external libraries yang dimasukkan ke dalam WordPress menerima kemaskini keselamatan iaitu Plupload, SWFUpload dan SWFObject.

Kemaskini WordPress 3.3.2

Terdapat juga beberapa kemaskini lain yang telah dibuat pada versi WordPress 3.3.2 ni. Maklumat tentang kemaskini WordPress 3.3.2 ni boleh dilihat dalam halaman change log yang telah disediakan.

Blog-blog yang menggunakan WordPress boleh upgrade versi WordPress blog masing-masing kepada versi WordPress yang terbaru. Download WordPress 3.3.2 atau upgrade melalui Dashboard → Updates.

Tapi aku rasa versi WordPress yang baru biasanya akan ada beberapa masalah mungkin dari segi plugin yang berlaku conflict dan tak berfungsi dengan baik atau sebagainya. So, aku nasihatkan tunggu dulu beberapa hari sebelum upgrade. Biar otai-otai yang pakar dalam WordPress cuba try test dulu.

P/S: Tengah ‘google’ cari maklumat tentang WordPress 3.3.2 mana tahu ada beberapa orang yang mengalami masalah dengan kemaskini WordPress versi baru ni.

14 Comments

  1. huhu aku dah update dah, takpe kalo plugin tak compatible, sebab biasenye dalam 2-3 hari lepas tue akan ade update untuk plugin yang tak compatible tue plak.. memang rutin diorang.. haha, keje kite tekan butang update jer.. :D

  2. ..selepas dua minggu, barulah kami update Wordress, beri masa dulu untuk versi terbaru diseraskan dengan plugin sedia ada.

  3. Aku sekarang masih belum update ke 3.3.1 pun. hahahaha.. nama je designer, tapi tak up to date.. semuanya masalah tak compatible dgn plugin.. joomla pun guna 1.5 je.. :whistle:

  4. Biasanya 1-2 minggu lepas WP update baru aku upgrade. Sebab baru2 ni byk plugin tak compatible. Hehe.

    • @Baloot, boleh pulak aku tertekan button UPDATE NOW tadi.. dah terpasang wordpress baru kat blog ni.. adehh.. harap2 takde apa2 masalah.. malas pulak nak downgrade balik.. :dizzy:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *