WordPress.org secara rasminya telah melancarkan WordPress versi 3.4 “Green” dengan fungsi-fungsi baru yang memudahkan lagi pengguna WordPress melakukan ubahsuai pada rekabentuk theme blog. Kemaskini baru WordPress 3.4 “Green” ni juga termasuk peningkatan yang ketara untuk custom headers, Twitter embed, dan caption gambar.
Perubahan paling besar dalam WordPress 3.4 adalah pada fungsi ubahsuai rekabentuk theme yang membolehkan kita bermain-main dengan pelbagai rupa dari tetapan theme tanpa dilihat oleh pelawat blog. Lebih kurang macam edit theme guna Firebug kot.
Bagi theme WordPress yang menyokong fungsi baru ni boleh tukar warna, background, tajuk dan gambar header.
Fungsi baru WordPress 3.4 juga memudahkan kita masukkan Twitter embed ke dalam entri. Untuk image caption pulak dah support HTML, boleh buat teks italic, bold dan boleh masukkan link sebagai credit kepada mana-mana blog atau orang yang ada dalam gambar. Baguslah! Dah lama aku nak buat macam tu kat image caption.
Korang dah update belom WordPress 3.4 kat blog korang? Rasa-rasa ada bug lagi tak?
wah..macam best jer ni…hehe…tapi nak upgrade kena tanya pihak server hosting dulu tak?..ker boleh upgrade jer?..hehe..
byk juga kelebihan nya….kena try ni…
Semakin menarik WordPress skrg ni tapi aku dah lama tinggalkan hehe
semoga aktiviti blogging menjadi makin rancak selepas ini :smile:
xupdate lagi ni..boleh buat lepas ni..thanks bagitau=)
saya dah update ke dua2 blog , lepas update wordpress , dpt email update theme pulak , so okey :)
Saya dah update,tapi belum explore lagi apa yg berubah dalam dashboard.
Belum test power WP 3.4. Baru nak aktif blogging semula.
salam admin..
sy masih blajar lg utk memahirkan wp..
betul ke jika guna self host wp senang ke hack..?
bg tips sikit bro….nak buat cmana?
@annisa, bukan self host wp je yang senang atau berisiko kena hack.. web Google sekalipun, atau Facebook, Blogspot, Twitter dan macam2 lagi tetap ada risiko kena serangan hacker jugak.. cuma bagi web2 besar macam tu diorang ada tenaga kerja yang pakar dan sistem yg kuat untuk elak serangan hacker..
untuk self host wp pulak, tak perlu risau sangat dengan hacker.. yang penting kita buat backup web dan blog kita setiap hari atau setiap minggu.. pastikan juga plugin, script wordpress dan lain2 setiasa dikemaskini ke versi yang paling latest sebab biasanya hacker dapat pecah masuk wp kita melalui semua tu yang tak dikemaskini.. username juga tukar gunakan nama yang unik, password pulak kalau boleh gabungkan nombor, huruf dan simbol untuk lebih kuat.. lagi panjang lagi bagus..
kalau ada masalah kena hack, cara paling senang nak selesaikan masalah tu, contact je hosting provider dan diorang akan restore balik jadi seperti asal gunakan backup yang diorang buat.. tapi kadang2 hosting provider pun tak sempat nak buat backup.. sebab tu kita pun kena buat backup kita sendiri..
wah menariknya..tapi saya masih belum bertukar kepada WP..huhu…takpela…kan ?
@spudin, kalau dah sampai masa rasa nak bertukar ke WP nanti, jgn segan2 bertanya kalau ada sebarang masalah.. :wink:
makin laju. JUST LIKE ME! dia kata..haha
serius rasa lain guna WP 3.4 ni..
@syahrilhafiz, yup.. betul tu.. rasa laju je klik2 dalam dashboard..
yg menarik leh papar tweet terkini tanpa shortcode dan plugin..hebat2 :)
@Jebeng Otai™, tu laa.. bertambah best blogging guna wordpress..
habis hilang iklan kat bahagian footer dan header. nasiblah aku save dulu..tak pasal-pasal..kena cari balik code iklan tu. haha..
@titan, default theme hilang ar..buatchild theme..selamat :w00t:
Macam menarik…
Tapi macam biasa kena tunggu version 3.4.1 atau 3.4.2 baru buat.
Takut tak suitable dengan theme yang sedang digunakan
Sudah dapat notis untuk menaik taraf tapi belum buat lagi tetapi membaca beberapa fungsi baru yang diperkenalkan ia menarik. Kalau perasan blogspot pun sudah lama mempunyai fungsi berkenaan tanpa perlu pengubahsuaian kod hanya drag dengan mouse sahaja.
@akubiomed, taktau pulak sebab dah lama tinggalkan blogspot..