Google PageRank dikemaskini juga akhirnya setelah berbulan-bulan tanpa sebarang update. Dah check PageRank terkini blog masing-masing?
Blog yang PR meningkat naik tu mesti tuan dia rasa seronok je kan. Ada juga blog yang PR jatuh merudum.
Jangan patah semangat. Teruskan usaha untuk tingkatkan kualiti blog supaya dapat nilai PR yang lebih baik.
Blog Anarm.Net pula nampaknya masih kekal dengan PR2. Nasib baik PR tak jatuh. Kalau jatuh, nak naikkan balik mungkin susah sikit kot.
Kemaskini PageRank bulan ni memang tak disangka-sangka.
Aku ingatkan Google akan update PageRank pada tahun 2014 sebab dah lama sangat tak update. Rupanya tarikh 6 Disember 2013 dipilih. Dapat tahu semalam pun selepas blogger pakar SEO beritahu melalui PM group #TeamWork di Facebook.
Google PageRank pada dasarnya adalah satu gred yang ditetapkan oleh Google untuk laman web dan blog dalam skala antara 0 hingga 10 yang bergantung pada jumlah backlink dan kualiti setiap link dalam content sesebuah blog.
Google PageRank dan SERP
PageRank adalah salah satu perkara yang penting. Bila kita tahu apa itu PageRank, kita akan faham bagaimana PageRank sesebuah blog dinilai.
Semakin tinggi PageRank sesebuah blog bermakna semakin bagus prestasi blog tu.
Walau bagaimanapun ia bukan satu-satunya faktor dalam menentukan kedudukan SERP blog kita di enjin carian.
Dengan nilai PR yang tinggi, content blog kita ada kelebihan diindeks dengan cepat. Kadang-kadang banyak blog yang PR rendah menunjukkan SERP lebih baik daripada blog PR tinggi, namun ianya tak stabil berbanding blog yang PR tinggi. Blog tu berada di atas pun kerana content yang fresh tapi lama-kelamaan akan turun juga.
PageRank hanyalah sebahagian daripada algoritma SERP. Blogger perlu sentiasa tumpukan pada enjin carian (SERP) dan bukannya PageRank.
SERP yang baik akan menerima trafik yang baik daripada enjin carian selagi ada content yang bagus, link yang berkualiti, teknik SEO yang betul dan kata kunci yang disasarkan sentiasa dicari.
Untuk check PageRank terkini blog boleh ke laman web PRchecker.info atau boleh juga install extension atau addon di browser yang anda guna. Bagi pengguna Google Chrome, extension PageRank Status mungkin berguna.
Ada tips untuk naikkan nilai PageRank? Atau tips yang berguna untuk SERP? Mungkin boleh kongsikan di ruangan komen.
Boleh tanya sedikit..faktor utama apa pagerank naik? updatepun jarang, hanya sedikit refresh artikel. saya punya blog dari 0 naik langsung ke 2 (alhamdulillah :) percaya tak percaya). terima kasih
Huh… blog saya belum dapat PR sama sekali, ya sudahlah
Good luck dapat PR2, semoga pada update mendatang bisa nambah
blog den jatuh satu anak tangga…huhu
Alhamdulillah…PR saya naik ke PR 1….setelah lebih setahun aktif di blog….
PR blog aku telah jatuh satu tangga ke PR1 nasib tak jatuh ke PR0
tengok ramai dok check..sis yang baru berpindah ke WP ni pun check gak lah..terpanjat akak sb diarymama terus melonjak ke PR2..
Alhamdulillah sb belajar gan sifu2 cam Anarm, eizil dan Kid di Akademi Denaihati. Nanti ajar lagi kay..
Alhamdulillah.. baru pindah ke WP terus naik PR2 memang bagus tu.. Lepas ni bagi naik PR5 pulak.. wow!! hehe..
Blog sendiri jatuh satu anak tangga. Sedih lah.
Salah satu web saya dah naik dari PR1 ke PR2. Alhamdulillah. Harap-harap serp pun akan menjadi lebih baik selepas ini.
Salam Anarm..
Alhamdulillah..blog saya naik setingkat PR..nak kena tambah usaha lagi la ni untuk tambah angka pagerank tu lagi..
Waalaikumussalam.. Lebihkan fokus pada menulis entri2 yang original, berguna dan banyakkan backlink berkualiti.. InshaAllah boleh tambah angka pagerank nanti..
Dah check jugak… Blog saya naik ke PR-2… alhamdulillah… btw saya ada cilok dua ketoi ayat en.anarm di entry ini. mohon halalkan yekk.. dah beri backlinks. (^_^)
Tahniah.. Ok la tu dah naik ke PR2.. Mesti rasa lebih bersemangat nak blogging.. :)
sama PR2 jg lagi :)
tahniah!..
Blog Travel Denai.my melompat dari PR0 jadi PR2 hope next jade PR4 pulak .. yg penting tulis entri berkualiti dan backlinks kepada blog yg PR lebih bagus tanpa harap mereka backlinks balik .. begitu juga komen kat blog PR bagus dan jangan harap komen balasan sebab Pagerank bagus oneway bukan 2 ways
Ooo. begitu caranya. terima kasih @denaihati buka rahsia sikit.
dua-dua penting maa. hehe
Betul tu.. Dua2 penting..
Terima kasih di atas perkongsian info.. Lepas ni saya pun nak cek PR blog saya… Hehehe..
dari 2008 tak berganjak nilai 2 ambo..hehe
Samo la ambo pun.. PR2 jugok tak naik2..
PR blog aku masih kekal di tampuk lama…uhuk uhuk..
Kena kerja kuat lagi ni..
Sama la kita.. PR tak naik, tak turun.. Sama2 kita usaha naikkan PR untuk next update nanti..
same laa… tetap pada pr2.. seb baek tak turun
Next update kena bagi naik PR tinggi sikit.. Baru bertambah semangat nak blogging..
masih lagi di PR2, tak naik tak turun
bro, agak-agak klu pindah dari blogspot to dot com ada effect tak?
Pindah dari blogspot ke dot com memang akan ada effect.. Ranking akan jatuh sekejap sebelum dia naik balik menjadi lebih bagus (bergantung pada cara kita optimize blog)..
wah mantaplah hehe
Belum mantap lagi ni.. PR5 kot baru bleh panggil mantap.. Hehe..