AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Blogging » Kemaskini Google PageRank Disember 2013

Kemaskini Google PageRank Disember 2013

07/12/2013 Anarm 30 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Google PageRank dikemaskini juga akhirnya setelah berbulan-bulan tanpa sebarang update. Dah check PageRank terkini blog masing-masing? Blog yang PR meningkat naik tu mesti tuan dia rasa seronok je kan. Ada juga blog yang PR jatuh merudum.

Jangan patah semangat. Teruskan usaha untuk tingkatkan kualiti blog supaya dapat nilai PR yang lebih baik.

Blog Anarm.Net pula nampaknya masih kekal dengan PR2. Nasib baik PR tak jatuh. Kalau jatuh, nak naikkan balik mungkin susah sikit kot.

Google PageRank dikemaskini pada 6 Disember 2013

Kemaskini PageRank bulan ni memang tak disangka-sangka. Aku ingatkan Google akan update PageRank pada tahun 2014 sebab dah lama sangat tak update. Rupanya tarikh 6 Disember 2013 dipilih. Dapat tahu semalam pun selepas blogger pakar SEO beritahu melalui PM group #TeamWork di Facebook.

Google PageRank pada dasarnya adalah satu gred yang ditetapkan oleh Google untuk laman web dan blog dalam skala antara 0 hingga 10 yang bergantung pada jumlah backlink dan kualiti setiap link dalam content sesebuah blog.

Google PageRank dan SERP

PageRank adalah salah satu perkara yang penting. Bila kita tahu apa itu PageRank, kita akan faham bagaimana PageRank sesebuah blog dinilai. Semakin tinggi PageRank sesebuah blog bermakna semakin bagus prestasi blog tu.

Walau bagaimanapun ia bukan satu-satunya faktor dalam menentukan kedudukan SERP blog kita di enjin carian.

Dengan nilai PR yang tinggi, content blog kita ada kelebihan diindeks dengan cepat. Kadang-kadang banyak blog yang PR rendah menunjukkan SERP lebih baik daripada blog PR tinggi, namun ianya tak stabil berbanding blog yang PR tinggi. Blog tu berada di atas pun kerana content yang fresh tapi lama-kelamaan akan turun juga.

PageRank hanyalah sebahagian daripada algoritma SERP. Blogger perlu sentiasa tumpukan pada enjin carian (SERP) dan bukannya PageRank. SERP yang baik akan menerima trafik yang baik daripada enjin carian selagi ada content yang bagus, link yang berkualiti, teknik SEO yang betul dan kata kunci yang disasarkan sentiasa dicari.

Google PageRank blog Anarm.Net

Untuk check PageRank terkini blog boleh ke laman web PRchecker.info atau boleh juga install extension atau addon di browser yang anda guna. Bagi pengguna Google Chrome, extension PageRank Status mungkin berguna.

Ada tips untuk naikkan nilai PageRank? Atau tips yang berguna untuk SERP? Mungkin boleh kongsikan di ruangan komen.

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Blogging Keyword : apa itu pagerank, blogger pakar seo, cara pagerank dinilai, entri blog berkualiti, google pagerank, google serp, jumlah backlink, kata kunci seo, kemaskini pagerank disember 2013, laman web prchecker, nilai pagerank sebuah blog, pagerank status, search engine result page, teknik seo, tips pagerank blog, tips serp untuk blog, trafik dari enjin carian

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Misteri Rumah Hantu Villa Nabila
Next article:
Lawak Ke Der 3 Dibawakan oleh ESCAPE

30 Comments

  1. Azhara says

    16/12/2013 at 7:05 AM

    Boleh tanya sedikit..faktor utama apa pagerank naik? updatepun jarang, hanya sedikit refresh artikel. saya punya blog dari 0 naik langsung ke 2 (alhamdulillah :) percaya tak percaya). terima kasih

    Reply
  2. Rina says

    11/12/2013 at 11:25 AM

    Huh… blog saya belum dapat PR sama sekali, ya sudahlah
    Good luck dapat PR2, semoga pada update mendatang bisa nambah

    Reply
  3. papa mifz says

    10/12/2013 at 2:11 PM

    blog den jatuh satu anak tangga…huhu

    Reply
  4. sukma says

    10/12/2013 at 10:10 AM

    Alhamdulillah…PR saya naik ke PR 1….setelah lebih setahun aktif di blog….

    Reply
  5. hatiputera says

    09/12/2013 at 1:44 PM

    PR blog aku telah jatuh satu tangga ke PR1 nasib tak jatuh ke PR0

    Reply
  6. hannyabdullah says

    09/12/2013 at 12:54 PM

    tengok ramai dok check..sis yang baru berpindah ke WP ni pun check gak lah..terpanjat akak sb diarymama terus melonjak ke PR2..

    Alhamdulillah sb belajar gan sifu2 cam Anarm, eizil dan Kid di Akademi Denaihati. Nanti ajar lagi kay..

    Reply
    • Anarm says

      09/12/2013 at 2:30 PM

      Alhamdulillah.. baru pindah ke WP terus naik PR2 memang bagus tu.. Lepas ni bagi naik PR5 pulak.. wow!! hehe..

      Reply
  7. akubiomed says

    09/12/2013 at 12:39 PM

    Blog sendiri jatuh satu anak tangga. Sedih lah.

    Reply
  8. yusri says

    08/12/2013 at 10:13 PM

    Salah satu web saya dah naik dari PR1 ke PR2. Alhamdulillah. Harap-harap serp pun akan menjadi lebih baik selepas ini.

    Reply
  9. Hairul Azni says

    08/12/2013 at 10:58 AM

    Salam Anarm..
    Alhamdulillah..blog saya naik setingkat PR..nak kena tambah usaha lagi la ni untuk tambah angka pagerank tu lagi..

    Reply
    • Anarm says

      08/12/2013 at 7:20 PM

      Waalaikumussalam.. Lebihkan fokus pada menulis entri2 yang original, berguna dan banyakkan backlink berkualiti.. InshaAllah boleh tambah angka pagerank nanti..

      Reply
  10. jaakechik says

    08/12/2013 at 10:20 AM

    Dah check jugak… Blog saya naik ke PR-2… alhamdulillah… btw saya ada cilok dua ketoi ayat en.anarm di entry ini. mohon halalkan yekk.. dah beri backlinks. (^_^)

    Reply
    • Anarm says

      08/12/2013 at 7:18 PM

      Tahniah.. Ok la tu dah naik ke PR2.. Mesti rasa lebih bersemangat nak blogging.. :)

      Reply
  11. AUC says

    08/12/2013 at 10:15 AM

    sama PR2 jg lagi :)

    Reply
  12. Bahrain says

    08/12/2013 at 9:51 AM

    tahniah!..

    Reply
  13. Denaihati says

    08/12/2013 at 9:33 AM

    Blog Travel Denai.my melompat dari PR0 jadi PR2 hope next jade PR4 pulak .. yg penting tulis entri berkualiti dan backlinks kepada blog yg PR lebih bagus tanpa harap mereka backlinks balik .. begitu juga komen kat blog PR bagus dan jangan harap komen balasan sebab Pagerank bagus oneway bukan 2 ways

    Reply
    • Fadhil Husin says

      08/12/2013 at 10:42 AM

      Ooo. begitu caranya. terima kasih @denaihati buka rahsia sikit.

      Reply
  14. titan says

    08/12/2013 at 2:14 AM

    dua-dua penting maa. hehe

    Reply
    • Anarm says

      08/12/2013 at 9:33 AM

      Betul tu.. Dua2 penting..

      Reply
  15. anuar says

    08/12/2013 at 12:59 AM

    Terima kasih di atas perkongsian info.. Lepas ni saya pun nak cek PR blog saya… Hehehe..

    Reply
  16. cikgu naman says

    08/12/2013 at 12:52 AM

    dari 2008 tak berganjak nilai 2 ambo..hehe

    Reply
    • Anarm says

      08/12/2013 at 9:19 AM

      Samo la ambo pun.. PR2 jugok tak naik2..

      Reply
  17. ejam says

    08/12/2013 at 12:17 AM

    PR blog aku masih kekal di tampuk lama…uhuk uhuk..
    Kena kerja kuat lagi ni..

    Reply
    • Anarm says

      08/12/2013 at 9:09 AM

      Sama la kita.. PR tak naik, tak turun.. Sama2 kita usaha naikkan PR untuk next update nanti..

      Reply
  18. Farzli says

    08/12/2013 at 12:13 AM

    same laa… tetap pada pr2.. seb baek tak turun

    Reply
    • Anarm says

      08/12/2013 at 9:05 AM

      Next update kena bagi naik PR tinggi sikit.. Baru bertambah semangat nak blogging..

      Reply
  19. penaberkala says

    07/12/2013 at 11:43 PM

    masih lagi di PR2, tak naik tak turun
    bro, agak-agak klu pindah dari blogspot to dot com ada effect tak?

    Reply
    • Anarm says

      07/12/2013 at 11:52 PM

      Pindah dari blogspot ke dot com memang akan ada effect.. Ranking akan jatuh sekejap sebelum dia naik balik menjadi lebih bagus (bergantung pada cara kita optimize blog)..

      Reply
  20. terbaek network says

    07/12/2013 at 11:33 PM

    wah mantaplah hehe

    Reply
    • Anarm says

      08/12/2013 at 9:04 AM

      Belum mantap lagi ni.. PR5 kot baru bleh panggil mantap.. Hehe..

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy