Kemalangan Jalan Raya Balik Kampung Raya Cina

Perjalanan aku dan isteri tercinta balik kampung semalam ambil masa lebih kurang 13 jam dari Kajang sampai ke Pasir Mas, Kelantan. Sepatutnya 7-8 jam je boleh sampai.

Cuti Tahun Baru Cina 2013 ni ramai yang balik kampung menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya. Laluan alternatif yang ada pun penuh sesak dengan kereta.

jalan jem balik kampung raya cina

Dalam perjalanan balik ke kampung semalam kitorang bertembung dengan beberapa kemalangan jalan raya. Ada juga kemalangan mengakibatkan terkorban nyawa.

Jalan raya jadi sesak disebabkan pengguna jalan raya yang lain sibuk jadi pemerhati sambil perlahankan kenderaan masing-masing. Kereta-kereta yang berada di belakang jadi tak boleh bergerak bila yang di depan perlahankan kenderaan.

kemalangan jalan raya
Kemalangan jalan raya semasa pulang ke kampung

Aku tak faham kenapa setiap kali berlaku kemalangan orang Malaysia kita ni suka sangat nak tengok. Kemalangan berlaku di seberang jalan pun sibuk nak tengok jugak.

Eksiden di seberang jalan tapi jalan sebelah lagi yang jadi sesak. Tak ke pelik tu. Sibuk nak ambik gambar nak update kat blog atau laman sosial kot..

hentian gua musang
Singgah Hentian Gua Musang untuk rehat sekejap

sekitar hentian gua musang

Alhamdulillah perjalanan balik kampung semalam takde berlaku apa-apa yang tak diingini pada kitorang. Selamat sampai ke kampung.

Rasa mengantuk sangat-sangat sebab jalan jem. Dah la malam sebelum bertolak tu aku tak tidur. Banyak air minuman tenaga aku dah minum tapi tak hilang juga rasa mengantuk. Sampai rumah mertua aku terus tertidur.

Esok lusa pulang ke Kajang semula aku rasa jalan akan jem lagi sebab semua orang dah habis bercuti dan nak balik ke rumah masing-masing. Harap-harap tak tersangkut dalam jem yang teruk lagi. Penat giler..

13 Comments

    • @titan, Diorang berebut nak cepat sampai balik kampung kot.. Takpun sebab jalan jem teruk lepas tu diorang hilang sabar, terus memotong.. tau2 ada kereta datang dari arah bertentangan.. Tak sempat elak, eksiden pun berlaku..

  1. dah menjadi kebiasaan rakyat malaysia bila ada eksiden semua pakat nak tolong tengok..kalau kat highway, eksiden arah utara, yang jem arah selatan..arah utara tu elok je tafik lancar..haha

  2. Saya memang merasa pelik kenapa ada orang suka sangat memperlahankan kereta bila ada sesuatu kemalangan malahan berhenti untuk keluar melihat,saya memang tidak senang dengan tabiat ini terutamanya jika ada urusan penting tetapi disebabkan kereta didepan sudah berbaris perlahan,kita terpaksa ikut rentak,cuba bayangkan bila anda terlepas penerbangan dan terpaksa membayar denda atau bila anda ke pusat temuduga dan terlepas peluang untuk mendapat sesuatu pekerjaan…..!Apa…anda rasa…?

  3. Saya memang suka tgk kemalangan,kalau yang dasyat tu lagi best,tak tahulah kenapa memang habit la dari zaman bujang dulu,susah nak buang. :cool:

    • @akubiomed, Betul juga tu.. Aku pun camtu gak kadang2.. Haha.. Tapi semalam tak amik tau sangat sebab fikir nak sampai cepat je kat kampung.. Tengah sedap pecut laju tiba2 jalan jem pulak.. Sakit hati betul..

  4. situasi kebiasaan pd rakyat malaysia. curiosity yg tinggi dan sibuk nak jd penyiasat.

    bro anarm tak perlahankan kete ke utk amik gambar? :)

Leave a Reply