AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Santai » Kemalangan Jalan Raya Balik Kampung Raya Cina

Kemalangan Jalan Raya Balik Kampung Raya Cina

09/02/2013 Anarm 13 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Perjalanan aku dan isteri tercinta balik kampung semalam ambil masa lebih kurang 13 jam dari Kajang sampai ke Pasir Mas, Kelantan. Sepatutnya 7-8 jam je boleh sampai. Cuti Tahun Baru Cina 2013 ni ramai yang balik kampung menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya. Laluan alternatif yang ada pun penuh sesak dengan kereta.

jalan jem balik kampung raya cina

Dalam perjalanan balik ke kampung semalam kitorang bertembung dengan beberapa kemalangan jalan raya. Ada juga kemalangan mengakibatkan terkorban nyawa. Jalan raya jadi sesak disebabkan pengguna jalan raya yang lain sibuk jadi pemerhati sambil perlahankan kenderaan masing-masing. Kereta-kereta yang berada di belakang jadi tak boleh bergerak bila yang di depan perlahankan kenderaan.

kemalangan jalan raya

Kemalangan jalan raya semasa pulang ke kampung

Aku tak faham kenapa setiap kali berlaku kemalangan orang Malaysia kita ni suka sangat nak tengok. Kemalangan berlaku di seberang jalan pun sibuk nak tengok jugak. Eksiden di seberang jalan tapi jalan sebelah lagi yang jadi sesak. Tak ke pelik tu. Sibuk nak ambik gambar nak update kat blog atau laman sosial kot..

hentian gua musang

Singgah Hentian Gua Musang untuk rehat sekejap

sekitar hentian gua musang

Alhamdulillah perjalanan balik kampung semalam takde berlaku apa-apa yang tak diingini pada kitorang. Selamat sampai ke kampung. Rasa mengantuk sangat-sangat sebab jalan jem. Dah la malam sebelum bertolak tu aku tak tidur. Banyak air minuman tenaga batin aku dah minum tapi tak hilang juga rasa mengantuk. Sampai rumah mertua aku terus tertidur.

Esok lusa pulang ke Kajang semula aku rasa jalan akan jem lagi sebab semua orang dah habis bercuti dan nak balik ke rumah masing-masing. Harap-harap tak tersangkut dalam jem yang teruk lagi. Penat giler..

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Anarm mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
  • Ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011
  • Balik Kampung Raya bersama Keluarga
  • Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H
  • Salam Aidiladha 2019

Kategori : Santai Keyword : balik kampung, eksiden, hari raya cina 2013, kemalangan jalanraya, kesesakan lalu lintas, Tahun Baru Cina, tengok kereta eksiden

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Selamat Bercuti Tahun Baru Cina 2013
Next article:
Sedapnya Ketupat Sotong

13 Comments

  1. titan says

    12/02/2013 at 4:33 PM

    aku sebenarnya tak berapa faham..asal balik kampung..mesti ada yang eksidenn..

    Reply
    • Anarm says

      13/02/2013 at 3:00 PM

      @titan, Diorang berebut nak cepat sampai balik kampung kot.. Takpun sebab jalan jem teruk lepas tu diorang hilang sabar, terus memotong.. tau2 ada kereta datang dari arah bertentangan.. Tak sempat elak, eksiden pun berlaku..

      Reply
  2. Sharafie says

    11/02/2013 at 8:46 PM

    dah menjadi kebiasaan rakyat malaysia bila ada eksiden semua pakat nak tolong tengok..kalau kat highway, eksiden arah utara, yang jem arah selatan..arah utara tu elok je tafik lancar..haha

    Reply
    • Anarm says

      13/02/2013 at 2:58 PM

      @Sharafie, Macam tu la yang buat jadi sakit hati.. Sepatutnya tak jem kalau ada berlaku kemalangan.. Dah semua sibuk nak tolong tengok, sampai jalan jadi jem..

      Reply
  3. galut says

    11/02/2013 at 7:52 AM

    Saya memang merasa pelik kenapa ada orang suka sangat memperlahankan kereta bila ada sesuatu kemalangan malahan berhenti untuk keluar melihat,saya memang tidak senang dengan tabiat ini terutamanya jika ada urusan penting tetapi disebabkan kereta didepan sudah berbaris perlahan,kita terpaksa ikut rentak,cuba bayangkan bila anda terlepas penerbangan dan terpaksa membayar denda atau bila anda ke pusat temuduga dan terlepas peluang untuk mendapat sesuatu pekerjaan…..!Apa…anda rasa…?

    Reply
    • Anarm says

      11/02/2013 at 8:16 AM

      @galut, Betul tu.. Orang takkan rasa selagi tak kena pada diri sendiri..

      Reply
  4. Aiman Aziz says

    11/02/2013 at 7:18 AM

    Biasalah fitrag manusia untuk ingin tahu :) Apepun Alhamdulillah selamat sampaii..

    Reply
  5. azman says

    10/02/2013 at 10:11 PM

    Saya memang suka tgk kemalangan,kalau yang dasyat tu lagi best,tak tahulah kenapa memang habit la dari zaman bujang dulu,susah nak buang. :cool:

    Reply
    • Anarm says

      11/02/2013 at 8:12 AM

      @azman, Aku pulak kurang berminat dengan eksiden kereta.. Kalau eksiden motor aku akan jadi eksited sikit.. Terbawak habit zaman bujang jugak ni.. Haha..

      Reply
  6. akubiomed says

    10/02/2013 at 3:43 PM

    Bukan perkara aneh untuk rakyat Malaysia mempunyai sifat ingin tahu. Perlahankan kenderaan ingin mengetahui apa yang berlaku.

    Reply
    • Anarm says

      10/02/2013 at 4:22 PM

      @akubiomed, Betul juga tu.. Aku pun camtu gak kadang2.. Haha.. Tapi semalam tak amik tau sangat sebab fikir nak sampai cepat je kat kampung.. Tengah sedap pecut laju tiba2 jalan jem pulak.. Sakit hati betul..

      Reply
  7. MK Kimi says

    10/02/2013 at 3:15 PM

    situasi kebiasaan pd rakyat malaysia. curiosity yg tinggi dan sibuk nak jd penyiasat.

    bro anarm tak perlahankan kete ke utk amik gambar? :)

    Reply
    • Anarm says

      10/02/2013 at 4:19 PM

      @MK Kimi, Terpaksa perlahankan kereta sebab kereta depan pun bawak perlahan.. Dah kereta tgh perlahan, sempat laa amik gambar eksiden tu.. HeHe..

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy