Minggu lepas aku tamatkan plan internet Maxis Broadband yang lama untuk tukar kepada plan baru Maxis Broadband.
Aku tukar plan sebab plan Maxis Broadband yang lama memerlukan aku bayar sebanyak RM138 sebulan manakala plan yang baru aku hanya perlu bayar RM98 sebulan.
Oleh sebab nak jimatkan wang, aku pergi la tukar plan internet di Maxis Centre, The Gardens (tingkat 3 bangunan sebelah Mid Valley).
Plan baru yang aku langgan tetap sama seperti plan yang lama iaitu dengan kadar bandwidth sebanyak 6GB sebulan, cuma dengan modem yang berbeza. Modem Maxis yang lama, Huawei E220 ditukar dengan modem baru, Huawei E1762.
Tapi sekarang ni aku rasa sangat sangat kecewa dengan Maxis Broadband.
Plan Maxis Broadband
1. RM100 untuk activation + Percuma Modem E1552 (3.6 mbps)
2. RM100 untuk activation + RM100 untuk Modem Huawei E1762 (7.2 mbps)
Aku kecewa dengan Maxis Broadband sebab time guna plan Maxis Broadband yang lama, aku takde alami apa-apa masalah untuk layari internet. 2 tahun aku gunakan Maxis Broadband, sangat puas hati. Speed semasa layari internet, terbaik! Speed aktiviti ‘sedut-sedut’ pon memang terbaik!
Tapi, lepas tukar plan yang baru ni dan guna modem baru, aktiviti aku di dunia internet tak dapat diteruskan. Modem dapat connect internet, tapi bila nak buka apa-apa laman web, speed dia lebih teruk daripada broadband yang dah habis bandwidth / exceed limit.
Kurang nikmat hidup bila internet bermasalah macam ni. Nak buka laman web Google pon tak lepas. Pakai Google Chrome yang laju tu pon loading tak siap-siap, asyik tunjuk web putih kosong.
Aku sempat habis makan nasik sambil layan movie tapi web tak siap-siap loading jugak.
Buat Aduan kepada Maxis
Aku dah buat aduan kepada pihak Maxis. Aku dah call dia punya helpline di talian 1-800-82-2000, dan juga dah buat aduan berkenaan masalah internet aku ni melalui @MaxisListens di Twitter.
Dia minta screenshot yang tunjuk status ‘Network Readings’, minta lokasi dan alamat penuh tempat aku biasa guna broadband. Aku dah bagi semua maklumat yang diperlukan.
Beberapa hari yang lepas aku terima panggilan daripada Maxis bagitau memang ada masalah pada network. 2-3 hari lepas tu, terima panggilan lagi bagitau network kat rumah aku dah diupgrade.
Yang bestnya, TETAP TAK BOLEH MAIN INTERNET!
Maxis Centre The Gardens, Mid Valley (Photo credit: ez-photo)
Semalam, aku pergi ke Maxis Centre The Gardens tu untuk tanya lagi secara direct tentang masalah aku ni. Diorang test connect internet pakai modem aku. OK. Boleh je main internet kat situ.
Aku pon try juga connect pakai laptop aku. Takde masalah.
Cuma yang menjadi masalah sekarang ni, aku boleh je surf internet dengan puas hati kat rumah time guna plan Maxis Broadband yang lama. Bila tukar ke plan yang baru, terus tak dapat surf internet. Padahal aku guna online di lokasi yang sama, iaitu RUMAH AKU!
Diorang cakap mungkin masalah network. Mungkin tengah upgrade. Tapi macam yang aku cakap tadi, Maxis ada call bagitau network area rumah aku dah diupgrade. Setahu aku, bila dah upgrade, network akan jadi bertambah baik, bukan bertambah teruk.
Masalah Network Maxis Broadband
Kenapa semasa guna plan Maxis Broadband yang lama, boleh je main internet tanpa sebarang masalah network?! Bila dah tukar dan guna plan baru ni, boleh pulak timbul masalah network! (DI LOKASI YANG SAMA)
Petang ni, lepas habis kerja aku akan ke Maxis Centre tu lagi untuk tutup akaun Maxis Broadband. Maxis Centre kat situ je yang paling dekat dengan rumah aku.
Semalam tak boleh nak tutup sebab system down. Staf Maxis kat situ bagitau, “system down dari pagi sampai sekarang“. Time aku tanya tu kalau tak silap aku lebih kurang pukul 7:15 PM. Diorang buka kedai rasanya pukul 10:00 AM. System down sampai pukul 7:15PM. 9 jam tuuu!!
Lepas aku balik, tak tau la sistem dah ok ke belum.
Aku rasa Maxis perlu perbaiki lagi tahap sistem diorang. Tak patut kot company besar yang sediakan perkhidmatan kepada orang ramai mengalami system down untuk jangka waktu yang lama. Mungkin perlu upgrade sistem yang lebih canggih atau ambil pekerja yang lebih mahir untuk tangani masalah tu.
Harap-harap petang ni sistem dah ok untuk aku tutup akaun Maxis Broadband. Hari ni cukup 7 hari tempoh percubaan bagi Maxis Broadband yang baru aku langgan minggu lepas. Nak guna main internet dalam rumah pon tak boleh.
Better aku tutup jela akaun tu daripada biarkan RM200 hangus macam tu je. RM200 guna buat beli spender ada jugak faedahnya. Petang ni kalau system down lagi, next entri adalah entri maki hamun Maxis!
Lepas ni nak pakai internet mana pulak ye? Streamyx masih tak diperlukan lagi. Buat masa ni hanya perlukan penggunaan broadband.
Terima kasih kepada @AmanFirdaus sebab bagitau lokasi dan masa berurusan Maxis Centre The Gardens. Hidup Amanz Network!
Update: Dah terminate akaun Maxis Broadband. Siang tadi try online guna Maxis Broadband kepunyaan seorang rakan. Tiada sebarang masalah network di lokasi yang dilaporkan. Boleh je main internet dengan senang lenang. So, apakah sebenarnya punca masalah Maxis Broadband aku tak dapat main internet?
hahahhaha… kalau tak pun connection manager yang lama awak tak uninstall dulu kot, sebab tu bercangah dengan connection manager versi baru …. saya rasa pun macam tu jugakk..
tapi takpe kalau dah terminate..
all the best
@wahakim98, connection manager takde kaitan langsung dgn masalah ni.. kalau manager yg lama still ada pun, bila cucuk broadband baru dia akan keluar notification suruh uninstall yg lama dan install yang versi baru.. so, takkan timbul masalah pada manager.. yang pasti, Maxis suxx! :whistle:
@Anarm, Memang, maxis suxx forever! Masalah aku pulak berkaitan dengan pelan dia, kata dalam risalah, kota sebanyak 8 gb, siang 4 gb dan malam 4 gb. tapi kota aku dah sampai 4 gb ja, dah hbis, jadi 4gb yg satu lagi tu wat pa?…aku nat terminate pun kena tunggu setahun..adui
Mungkin awak tak setting betul2 apn network maxis ……dan satu lagi ,selalu clearkan flushdns untuk speedup connection, just taip cmd di run , taip ipconfig/flushdns ,ok. done. mungkin ko guna proxy atau macamx2 …banyak sangat heheh
@wahakim98, apn network maxis dah set betul dah.. dah check banyak kali.. flushdns pun dah buat banyak kali.. proxy atau sebagainya tu tak pernah guna.. tapi takpe la.. dah tak kisah sebab dah say goodbye to maxis broadband..
pok mertua kawe buat perjanjian dgn maxis utk sewa tapak pencawang. Dh masuk 2 tahun x bayar dapat dh cuba hubungi byk kali… x jawab .. dh bertukar pegawai.. smpai skrng x tahu status sbb 2 thn kebelakangan ni htr surat utk stop… x jwpn.. mcmmn boleh tlg.. kalu mahu buat pengaduan mcmmn..
:smile: :dizzy:
hi,
aku pn xpuas hati ngan maxis broadband tuh.. tp kes aku len sdkit..aku xpuas hti dgn pihak maxis broadband yg tersilap bg info.. kes aku begini….
perkara ni berlaku 2bln yg lepas…aku pg maxis center kat area batudh terminate akaun lme aku yg msih pkai plan RM78 tu.. then aku tukar kpd yg lebih murah, iaitu RM48…tp kadar bandwidth akaun lme and yg bru nie ttp sme, 1.5GB… aku xplgkan modem sbb pekerja kat maxis center tu ckp aku xperlu plgkan modem sbb aku dh tamat tempoh kontrak… mrka cma bg aku simcard broadband bru dan dlm msa 2jam bru sim tu dpt guna…
tp yg mengejutkan aku ialah, akaun lme aku masih active dan bil aku tertunggak smpai RM150+!! mcmna perkara ini bleh terjadi sedangkan aku tlah pg ke maxis center utk terminate akaun broadband aku yg lme tu..
aku ade kol pihak maxis customer service, diorg ckp aku kna plgkan modem brulah akaun tu bleh terminate… xpasal2 aku kna langsaikan hutang broadband tu..huhuh..
@Maxcy, lagi naye kena macam tu.. maxis customer service memang ramai cakap diorang tak cekap.. aku pernah pergi tanya kat 2 lokasi maxis centre.. yang sini cakap macam ni, yang centre satu lagi tu cakap lain pulak.. tak tau mana satu betul.. info tak sama.. menyusahkan pelanggan..
yang pasal hutang broadband ko tu, aku rasa nak taknak ko kena bayar jugak.. diorang memang takkan setel macam tu je kecuali ko bayar habis semua hutang.. lepas tu, bertukarlah ke internet provider yang lain..
aku punya duit sepanjang tempoh trial dulu pon diorang tak bayar balik.. diorang janji nak pulangkan balik duit lepas aku terminate akaun.. tapi sampai sekarang tak dapat2.. menipu je kerja diorang..
@Anarm,
ee..teruknyer! :angry: tu lah… mnyusahkan customer btol… aku dh bincang ngan dad aku..nsb dia nak tlg settlekan hal nie.. kebetulan cuti semester dh nak bermula..sng ckit nak pg maxis center uruskan hal nie… :ermm:
@Maxcy, mesti ada gaduh2 mulut nanti kat maxis centre tu.. hehe.. tapi takpe la.. sekurang2nya kita luahkan rasa tak puas hati kita.. mana la tahu kot2 orang kat maxis centre tu akan mengalah.. semoga berjaya menegakkan keadilan.. :wink:
@Anarm,
haha..lebih krg cmtu lah.. adelah brtekak ckit..:P btul tu… harap2 pihak maxis dpt tingkatkan lg kualiti service diorg.. :ermm: hehe..thnx..u too.. :tongue:
Dulu aku guna broadband celcom..line hampeh! skrg aku tukar g maxis.. lagilah hampeh!! Terpikir nak tukar g digi.. baca2 komen org kat forum pon 2×5 hampeh!! benci aa mcm ni,, :angry:
hahaha…..samalaaa kita……..aku pon bru tukar lam sebulan camgitu sbb pakej lma mahal tapi servis terbaek !!!……..skrg nie nak bukak 2 web page pon, siap boleh pegi makan kenduri blom tentu load hahaha………dlu mmg best……rasa macam nak pegi kt center tue and ckp……aku nak modem lama aku balik hahahaha
lagi satu aku tk suke bila bila dashboard pkai kbps instead KB/s (aku bedal install mobile partner)……macam nak menipu jer…….kira nak kasi nampak speed bnyk ler padehal kbps jer
memula aku pon pelik speed dasyat gak tapi tk load2…….alih alih sbb kbps jer hahahaha
:cheerful: tak payah guna brodband apa2 pun memang mendukacitakan, lebih baik guna streamyx combo, line sentiasa ok, bayar pun murah .
aku pun alami kejadian yg sama sejak daftar maxis broadband 05/03/2010 ari tu….ada ke patut diorg kata aku dah lebih kuota padahal br seminggu daftar….n suruh + 1gb lg = rm 28 utk sebulah….WTH…diorg ingat aku cop duit agaknya…menyesal x sudah…dahla plak langsung x dpt nak berhubung dgn dunia luar sejak pakai maxis boradband ni…ari ni aku akan pergi menamatkan riwayat hidup maxis broadband tu…bubai la
memang byk masalah skrg ni..aku beli bulan 4 tahun lepas,time promo tu..modem yg kecik ni r.. mula2 pakai ok je..pastu jadi sengal..tibe2 download rate 0.. kdg2 rasa cam cepat je bandwidth dia habis..memg r 1.5Gb je tapi cam pelik gak..habis jimat dah pakai.. aku pun rasa nak terminate gak..baik blogging kat CC je time cuti sem nanti.. :getlost:
nasib baik ko cite pasal ni, anarm. aku baru nak terminate yg pakej lama (RM138) kpd yg baru ni (RM98). tapi terfikir gak 2 hari lepas, risau kalau speed drop byk compare dgn yg skang ni.
btw, ko dah guna 2 tahun maxis bb….ada dpt x rebet RM20 sebulan? skang aku cuma bayar RM118 sebulan. plan asal 3GB tapi tahun lepas dpt upgrade percuma ke 6GB. juz nak tau :)
@Amirez, yg upgrade dr 3gb ke 6gb tu ade dapat.. aku guna berape bulan je pastu dapat free upgrade jd 6gb.. seronok.. tapi tak pernah plak dapat rebet.. bayar sama je 138..
nyesal aku tukar plan baru.. terus takleh main internet dah kt umah.. skrg dah takleh online macam dulu.. dah tak pakai internet.. damn ahhh :getlost:
@Anarm, owh, kenapa aku dapat rebet tu ek? masa operator tu call pun dia tak ada bagitau.
ntah2 modem rosak? tapi mustahil lak sebab try tempat lain boleh kan? pelik
modem dia yg bermasalah…aku penah je tukar modem…nak tukar modem selalu. :P
wah, modem baru ko tu macam lebih kurang membe aku punye je… aku rase salah modem kot.. sbb line aku pun slow gak.. hahaha… :getlost:
@Pisyek, ye kot.. aku online guna modem member aku, yg pakej lagi satu, takde masalah pulak.. pelik betol..
hmm, aku tak tahulah sampai biler tenet kat malaysia ni nak maju cam kat jepun. laju.hahahahaha.
@lizz, tu la pasal.. setahu aku negara lain siap ada yang bagi internet percuma.. kt Malaysia, dah la slow, harga pulak cekik darah.. huh..
Saya dulu sebulan pun tak sampai guna maxis ni, nasib baik takde contract…..
Sekarang guna Yes, mahal tapi setakat ni takde masalah kalau area KL.
Kalau nak bergerak ke mana-mana, saya ada Celcom Broadband. Susah hidup takde broadband kalau dah jadi blogger ni.
agaknya dah bikin riba’ (tetiba) dengan perniagaan mereka. sesuka hati nak bagi pengguna rasa senang dan sesuka nak bagi rasa susah.
setiap sen yang dibelanjakan adalah HAK kita sebagai pengguna.
aku tak pernah pakai maxis bb tapi kununnya pelanggan setia celcom bb. lokasi sekarang di kampung, maxis langsung tidak menampakkan 3G nya (pinjam modem maxis kawan). hanya celcom 3G yang “memerintah”.
masalah-masalah macam ni boleh bikin sakit jantung! huhu.
salam..
Dulu aku pernah pakai Maxis (mcm marxist plak he he), tp memang dr awal dh tak ok. Aku terminate dan guna Celcom.. boleh tahan la (kadang2 tu ada juga down). Yang takde masalah cuma streamyx.
Terima kasihlah, at least lepas ni kalau aku ada masalah tau lah aku macamana nak buat.
Rasanya mana-mana pembekal perlu perbaiki perkhidmatan pelanggan saya sudah merasa dari dail up hingga broadband, masalah utama adalah liputan, khidmat pelanggan dan kelajuan yang tidak menentu.
Untuk tahun 2011 sudah dua kali Streamyx offline dan mengharap Celcom 3G lagi teruk tidak stabil hendak buka blog pun ber jam
@akubiomed, dail up? yg bunyi teett teett teeet time nk connect tu ke? hahaha.. classic..
alhamdulillah. nasib ko berkongsi cerita ni.
aku baru je bercadang nak keluar gi maxis kat KLCC tu tukar plan yang baru. aku pun guna modem yang lama tu.
nak tukar sebab plan sekarang mahal sikit, so tak jadi lah, aku kena fikirkan balik
@wandisini, aku dh menyesal tukar.. kalau pkai je plan lama tu mungkin masalah ni tak timbul.. dan aku boleh main internet macam biasa.. tp nasik dah jadi bubur.. :cwy:
Aku dari dulu aku tak suka maxis..
aku pakai celcom..
tapi aku selalu call customer line maxis..
aku dapat bezakan ketara,
servis support celcom jauh lebih baik dari maxis..
bangga aku pakai celcom..
orang celcom layan aku cam raja..
aku pegi dealer diorang layan dengan baik,
pergi branch layan dgn baik..
customer careline layan dengan baik..
dengan maxis, aku call customer careline dgn 10 kali..
baru laa dapat cakap dgn operator..
ini pengalaman aku la..
@Jaws, customer careline tu aku tak kisah sgt sebab aku tak pernah pon call careline seblom ni sebab takde masalah langsung dgn internet.. ni baru 1st time aku call careline.. tak puas hati sgt2 sebab intenet aku.. seblom ni internet maxis memang superb kt umah aku.. setakat nk donlod fail 2, 3, 4GB tu takde hal.. lepas tukar plan baru je terus jadi masalah takleh surf intenet.. :angry:
tukar broadband lain je,lagi senang :biggrin:
Ada gak Maxis broadband tapi simpan,pakai masa outstation je. Kat area aku,maxis mcm siput,huhu
erm… pakai lah broadband… lagi cepat dr yg lain…hehehe..murah pulak tu…just xbole bwa ke mana2 jer…hehe
Aku dah guna Maxis nyer broadband ni
sakit hari gak nak tunggu habis loading walaupun hanya bukak web google
mungkin maxis kena buat sesuatu untuk pakej baru ni
kalau tak semua pelanggan yang sedia ada bertukar provider lain
@wazy, pakej baru ni memang byk masalah ke? ari tu aku gi maxis centre buat report, ade nampak org lain pun bermasalah jugak dengan modem diorang.. xtau la masalah modem atau masalah network.. tp kes aku ni, network rasanye takde masalah langsung..
ape kata guna wifi booster.. hehe.. tak salah kot kalau guna line yang org takde letak password.. :whistle:
aku mase pakai wimax dulu selalu gakla aku call dorang,bgtau macam2 problem, terus aku dapat waiver 2 bulan…2 bulan tu la aku pakai internet free, hehehe…tapi nak dapat macam ni mmg kena gasak sket dorang ni, sebelum pakai macam2 janji bila dah pakai bykla masalah…siap engineer wimax datang rumah aku check ade prob ke tak…so, aku cadang ko claimla waiver utk hari2 yg ko xdpt nak connect internet,tak taula dengan maxis boleh dapat ke tak…klu masih teruk jugak aku tunggu artikel maki hamun ko…ekekeke :tongue:
@MokhZam, aku dah terminate akaun broadband aku semalam.. dapat refund RM200 sebab tutup akaun seblom tamat tempoh trial (7 hari).. skrg aku dah takde internet kt umah.. demm :angry:
eh bro..asal tak pakai screamyx je? walaupun internet kat msia ni tak best tapi screamyx stil terbaik..
try yes atau p1 pulak la..mane la tau ok nanti..hehe
@fitri, streamyx masih takleh guna lagi.. hidup org bujang.. kejap2 pindah rumah.. jadi keje plak aku nk pindah2 streamyx sekali.. dh la ramai ckp servis streamyx lembab nk mampos..
yes, p1, coverage takde.. intenet malaysia macam haram!!
pakai yes je la..hehe
jarang maxis ni ade masalah kan, masalah modem ke line ni? tp nmpk mcm line, dgr cite huawei dah nak gantikan cisco, heheh :P
@suffer8zine, xtau la masalah ape.. seblom ni aku guna ok je.. 2 tahun guna takde masalah.. lepas tukar plan baru (sebab murah skit dr plan lama) terus timbul masalah.. diorang ckp masalah network.. tp yg aku pelik smpai skrg, time aku guna plan lama ok je.. tukar baru, terus jd masalah network.. camsial..
@Anarm,
mybe maxis sabotaj tu x bg guna plan murah
cara mereka tangani masalah customer tu yang mesti kene upgrade…sekadar screenshot pelbagai tak cukup kan…testing dari tempat mereka pon mungkin time-time gitu,dalam keadaan ok..mungkin bro kene buat video kot…rasa macam melampau pulak kan,terpaksa bersusah payah untuk mereka… terlalu ikut prosedur yang dah lapok tu…
tolonglah upgrade cara tangani masalah customer…jangan bagi jawapan yang terlalu lapok…zaman dah berubah,dunia semakin maju… teknologi canggih,diupgrade ke tahap yg terkini pon,pasti ada kelemahannya..
@Piston Pecah, customer support macam nak tak nak je layan aku..
Broadband yang pernah aku try Celcom jeklah
Maxis ?
Tak tahu plak
Tapi lepas ko buat entri macam ini kompem nanti diorang terus kasi full support hahha
Macam case Syah kata Nuffnang Racist tue :P
Takpon macam case MrKay dengan Streamyx . So ko bagi jek link post ni kat diorg
Nanti sampai HQ sekali ko punya entri ni up.
Kalau kena Saman 6 juta eden tak tahu lalallaa :biggrin:
@Nizam6281, maxis broadband terbaik kot seblom ni aku guna.. sedut apa2 laju je.. ramai yg tak caye bila aku tunjuk donlod speed pkai IDM.. tp tu la, lepas aku tukar plan baru je, terus ade problem.. tak tau la kenape.. aku dh terminate dah semalam.. :cwy:
pakai la unifi, laju kot, huhu
@Anip, unifi sesetengah tempat je ade.. area umah aku takde.. kalo tak, takde la susah sgt nk pilih ISP mane nk pkai..
:biggrin: :biggrin:
pakai maxis lagi ke? moga2 pasni masuk google lepas la ek..ekeke
kesian dengar kisah ni, seksa oo takleh online
aku pakai celcom broadband, setakat ni ok lagi..
@zuls, tu la pasal.. buat masa ni, kene #mobileoffice jela.. esok lepak amir.. huhuu
sabar je la jawabnye..hehe :happy:
aku pakai je broadband celcom yg ofis bagi…save bajet bulan2…hihi :whistle:
@Sky0ne, kat ofis aku internet pon boss takde bagi.. cisss..
rumah sy guna wimax jerrr….xp diorang kasi broadband wimax free woo…leyh guna kat mane2 jerr…sng xpyah bwk menda gedabak tu…
cuba try. :whistle:
@anajoe, nak jugak try wimax.. tp area rumah takde coverage lagi.. tanye org wimax, diorang pon tak tau bila coverage nk smpai kt area umah sy.. :cwy:
@Anarm, saya dulu nak register wimax diorang kata area rumah saya takde coverage.. tapi saya subscribe jugak dan diorang kata kalau takde coverage boleh ambil balik duit.. saya pun testla wimax tu.. dan saya dapati are rumah saya yg dikatakan takde coverage wimax sebenarnya boleh je konek internet.. mmg hairan bin pelik..
wakakaka…rm200 beli spender..
@eone02, RM200 buat beli spender, banyak tuuuu bleh dapat.. 1 hari bleh tukar spender 7 8 kali.. kah3.. :lol:
apa leh buat, pakai Unifi x pon Celcom, :biggrin: bagi aku broadband yang lama tu ok lagik walaupon bentuk dia ghey skit+ besar sedikit daru yang baru
Huawei tu brand China
@Mr.kroit, seblom ni 2 tahun aku pkai modem gedabak tu, ok je bleh main internet.. tukar modem baru, terus takleh main internet.. demmit..
@Anarm, takkan masalahnya modem yang baru tu kot?
@serol, ntah.. aku pon xtau.. tp aku try guna modem member aku bleh je main internet kt umah.. modem yg baru amik tu je xleh main internet..
ntah2 lepas ni dia kasi alasan sama gak.. sistem down.. tujuan dia xnak kasi kau close akaun.. hehe.. samapai ko dah malas nak jumpa dorg lg.. :silly:
cuba la try broadband yg lain.. kalo boleh cari yg takde contract.. sng nak cancel kalo ade ape2 masalah..
@Ezany-Kun, kalau sistem down lagi memang aku maki hamun la dalam entri lepas2 ni..