Setelah hampir setahun aku berkahwin semalam baru dapat Kad Perakuan Nikah. Ada kad macam IC ni senang sikit nak selit dalam dompet. Selama ni ke hulu ke hilir bawa surat nikah yang saiz dia boleh tahan juga besarnya. Lipat-lipat masuk dalam dompet, terus dompet jadi kembung. Kalau dompet kembung penuh dengan duit takpe jugak.
Kad perakuan nikah ni dah lama siap lepas aku dan wife kahwin tahun lepas cuma tak sempat nak pergi ambil. Nikah di Kelantan, buat kad ni pun di Kelantan. Aku dan wife pula jarang sekali balik kampung kat Kelantan.
Masa balik Kelantan dulu kitorang dah pergi pejabat agama nak ambil kad ni tapi time tu kad belum siap lagi. Dapat ambil sijil nikah je. Bila dah balik Bangi terpaksa la minta tolong adik ipar ambilkan kad perakuan nikah ni lepas tu minta dia poskan ke Bangi. Alhamdulillah, kad dah selamat sampai walaupun mula-mula tu rasa risau juga nak suruh dia pos. Takut hilang.
Nak Belajar Buat Blog? Klik Sini!
Teringat ada orang cerita kisah tentang pasangan baru berkahwin kena tangkap basah. Diorang belum ambil kad perakuan nikah. Bila dah kena cekup memang gelabah juga sebab takde bukti nak tunjukkan yang diorang dah nikah. Hehe. Rasa kelakar pula bila jadi macam tu.
Ada ke pasangan yang belum ambil kad perakuan nikah?
Nampak ensem tengok gambar aku pakai songkok. Haha..
Assalam sy pon dah lama kawin tapi belum ambik kad nikah atau sijil nikah…buat kt kelantan jgk,tp kerja kt kuantan..time balik kelantan,masa public holiday..so pejabat agama pon cuti…jadi ad plan nk suruh adik tlg ambilkan,tp x confirm boleh ke tak kalau wakil adik utk ambil..jadi bila baca blog ni,maknanya boleh la yer kalau wakil adik tlg ambilakn?
Waalaikumussalam.. Ikutkan tak boleh hantar wakil untuk ambil kad nikah. Kena ambil sendiri. Tapi boleh cuba. Bawa sekali surat wakil untuk ambil kad nikah tu. Kalau ada kenalan kat pejabat agama senang je boleh hantar wakil untuk tolong ambilkan.
Sesetengah pejabat agama tak benarkan wakil ambil takut kad tu hilang, dapat kat orang tak bertanggungjawab atau disalahguna.
salam bro….minta tolom cket..nikoh taon lepas lg tp xwat pom lg kad perakuan nikoh…nok kne wat d Kota bharu…nok tau…kne apply kt jabat gapo eh d kota bharu tu? keno bw dokumen gapo? kalu org lae yg apply utk kita bule k?
Waalaikumussalam.. nikoh setahun doh baru nok buat kad nikoh ko? hehe.. kad nikoh bleh buat kat Pejabat Agama Negeri Kelantan @ Pejabat Agama Jajahan Negeri Kelantan.. hok mano dekat lah.. senang nok gi..
Tengok kat website http://www.jaheaik.gov.my.. dalam web tu ado borang (.pdf) keno print pastu isi.. lepas isi bawa gi pejabat agama sekali dengan dokumen2:
– satu salinan (1) sijil perakuan nikah.
– satu salinan (1) kad Pengenalan suami dan isteri.
– dua (2) keping gambar berukuran pasport background biru (gambar laki pakai songkok/pioh, gambar bini pakai tudung/tutup aurat)..
Takpun try call pejabat JAHEAIK (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan) tanyo lagu mano prosedur nok buat kad nikoh.. Kawe tak berapo pasti prosedur dio sebab nikoh dulu pun tok imam tolong buat belako.. kawe gi ambik jah kad nikoh tu lepas siap..
Raso2 tokleh suruh orang lain tolong buat.. Keno gi buat sendiri & ambik sendiri jugok lepas siap.. Gapo2 try call JAHEAIK dulu lah.. Tanyo demo tu terus baru sedap sikit..
No. telefon JAHEAIK : 09-7443633 / 6221 / 6112 / 6121
untunla kad nikah keras….
kak sumi punya macam lesen punya…….hahahaha…..
tu kalu masuk mesin basuh hancurla………
confirm dkna boleh ngaku bujang sampai tahun depan sebab kad nie tak sempat siap..
*lama nak siap kad sedangkan cetak kat PNMB kl jer
Buat hari tu lebih kurang sebulan kot baru siap kad perakuan nikah ni..
Kad nikah tu jabatan agama islam kelantan jer buat ke semua jabatan agama negeri ada buat jugak?
Sekarang ni semua negeri dah pakai kad nikah macam ni.. Senang nak bawak..
Suami tak boleh tipu kata bujang lagi kan. Bagus Kad ni, saya lain sikit mungkin ikut Negeri kot.
Betul tu.. Setiap negeri kad nikah dia berbeza..
lepas ni tak perlu dah bawa sijil nikah kemana-mana hhehehe
calon xde lagi.. ada kat ic ngn lesen je.. kekekek…
Cecepat cari calon :P
Banyak juga prosedur nak kahwin ni ya. Semoga jadi inspirasi untuk blogger2 yang lain.
Prosedur nak kawin memang banyak.. Pening kepala jugak nak buat.. nak kena isi borang, nak kena sahkan borang, mintak tandatangan imam, dan lain2.. Sebab tu jabatan agama bagi tempoh yg panjang untuk kita uruskan semua tu.. Kena pandai uruskan masa untuk urusan permohonan kahwin dan urusan hari nikah, kenduri dan sebagainya..
Eloklah ada kad Perakaunan Nikah… Lebih mudah nak bawa ke mana-mana berbanding bawa Sijil Perkahwinan… Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 100
Di Indonesia belum ada card nikah tapi kalau buku nikah sudah ada. moga saja dibuatkan juga card nikah nie.. :smile:
He..23x mana tahu nie…
Yup tak amik lagi, bulan puasa ini baru turun Johor g Jabatan Agama islam.
Hari tue lepas nikah, dia just bagi sijil je.. dapat je terus liminate… dah la nak pic bersongkok, Bro mana pakai songkok… kopiah pakai la he..23x
Kad nikah ni sebenarnya lagi senang dan mudah. Boleh simpan letak belakang ic hehe. Tak yah susah-susah nak bawah sijil dah. Senang pakai ni..
kad nikah dulu dan sekarang jauh berbeza, now dah macam IC…
kad kahwin yang lelaki wajib pakai songkok dan pompuan wajib pakai tudung…….
sepesen nampaknya kad kita sebab isteri ore kelate…hehe
oooo umah kat kelantan kat ne? ambe pasir pekan
setelah hampir setahun baru ambik yer , lama tuh…huhu
yeah selain dari ic dan lesen kad ini jugalah yang sentiasa di beg duit
Bagus juga dah ada kad perakuan nikah ni,senang nak bawa ke mana-mana bagi yang dah berkahwin
lawa kad perakuan nikah ko..aku punya tak cun sangat..pahang punya
Kad tak cun takpe, asalkan isteri cun.. Hehehe..
kak jie tak ada kad mcm ni… ayorkkkk………….. takutnya nak pi holiday dok sebilik
hahahahaha
gurau je
Hahahaha.. Kak Jie takpe sebab dah lama kahwin.. Anak2 pun dah besar panjang.. yang baru2 kawin ni je yang perlu takut pi holiday dok sebilik.. Kang kena tangkap basah.. Hee..
Adik ipar yang kahwin di Melaka belum dapat walaupun sudah 3 bulan bernikah.
lawa kad nikah Kelantan. Kad nikah aku di Pahang tak lawa langsung. Printer yang print pun macam dah nak habis dakwat je, Nak tunjuk pun segan
Kenapa dia tak buat bagi sama je untuk semua negeri kat Malaysia?
cop halal bukan senang nak dpt heeee :smile:
ni kena apply kat pejabat agama ke mmg dapat bila dah kawin? aku tak dapat lagi ni…
Bila dah kawin memang akan dapat kad perakuan nikah.. Urusan nikah kahwin aku kat Kelantan.. Kat negeri2 lain tak pasti pulak prosedur dia macam mana..
Masa aku nikah dulu, lepas selesai akad nikah tok kadi bagi surat / sijil nikah sementara.. Lepas tu dia suruh datang pejabat agama (lebih kurang seminggu selepas nikah) untuk ambil sijil nikah original dan kad perakuan nikah.. Semua urusan buat kad ni tok kadi yang uruskan guna borang2 yang dah diisi sebelum kahwin tu..
Kalau belum dapat kad, boleh cuba call Pejabat Agama Islam Daerah tempat kita dinikahkan.. Biasanya sekejap je diorang proses buat kad ni..
belum buat lg kad ni walaupun dah 6 thn nikah..nk buat tp bila balik kelantan selalu kena hari cuti..huhu..
wajib ada songkok ehh?? hehe..
Tak wajib pun.. Entah kenapa aku rasa macam nak pakai songkok pulak masa ambil gambar tu.. Siap pakai kot lagi.. Dah rasa macam peguam syarie.. Haha..
itulah, aku ingat ustaz mana semalam..
haaaaa… betul ke bro nikah kat kelantan tu? tak menyeberang yea.. gurau je. hehehe..
penting kad nikah ni. kena bawa macam ic. lagi2 masa awal2 kawin. hehehe
Tak main laa seberang2 ni.. Hahaha.. Memang penting kad perakuan nikah masa awal2 kawin.. Kalau dah lama kawin tak kisah sangat pasal kad ni..
aku belum