Tahniah kepada Kumpulan SEPAH kerana telah berjaya menjadi Juara Maharaja Lawak 2011. Kumpulan SEPAH berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan juga sebuah trofi sumbangan Astro.
Lawak yang dibuat oleh 3 orang ahli kumpulan SEPAH iaitu iaitu Jep, Mamat dan Shuib memang kelakar betul. Dan akhirnya dapat jugak Shuib jumpa dengan Dafi. Haha.. Jutaan tahniah kepada Kumpulan SEPAH!
Memang betul apa yang orang cakap. Kumpulan SEPAH ni aku tengok macam bayangan Bujang Lapok (P.Ramlee, Sudin dan Aziz Satar). Jep jadi P.Ramlee, Mamat jadi Sudin, Shuib jadi Aziz.
Kalau kita tengok 3 orang ahli kumpulan SEPAH tu pon nampak macam Bujang Lapok. Jep dengan tubuhnya yang gempal macam P.Ramlee. Tubuh Mamat pulak tinggi lampai dan kurus macam Sudin. Si Shuib rendah dan kecil macam pelakon Aziz Satar.
Bujang Lapok generasi baru diorang ni.
Naib Juara Maharaja Lawak 2011 disandang oleh JOZAN, gabungan nama 2 orang lelaki stylo iaitu Johan dan Zizan. Lawak diorang pon boleh tahan jugak kelakar dia.
Paling lawak masa aksi berlari macam dalam video klip Hafiz AF. “Begitulah awan nano nano nano nano nano? nano nano nano nano nano nanaoooo..” Hahaha..
Watak Mail Lambung yang dibawa oleh Zizan dan watak Acai oleh Johan memang sangat-sangat berkesan sampai ramai peminat yang terbawa-bawa watak tu dalam hidup diorang.
JOZAN membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM250,000 dan juga trofi. Tahniah kepada JOZAN!
Tempat ketiga dalam pertandingan Maharaja Lawak dimenangi oleh Nabil yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM150,000 dan juga trofi. Lawak Nabil bagi aku kurang menyengat. Tapi dia best bro!
Walaupun sekadar mendapat tempat ketiga, namun begitu nyanyian dia bersama lalat-lalat memang best bro. Tahniah kepada Nabil dan lalat-lalatnya! Best bro..
Kumpulan JAMBU! Sekadar mendapat tempat keempat, membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi kemenangan.
Sedikit kecewa dengan kumpulan JAMBU sebab lawak diorang makin lama makin ‘berseni’ sangat. Peserta-peserta lain buat persembahan ada jalan cerita masing-masing. Tapi jalan cerita dalam lawak kumpulan JAMBU ni sedikit terabur sampai kadang-kadang aku tak paham langsung apa yang diorang buat atas pentas.
Nasib baik ada Zila Bakarin. “Sabuuunnn di bilik mandiiiii“.. Haha.. Tahniah juga buat kumpulan JAMBU!
Tahniah kepada semua pemenang Maharaja Lawak 2011. Korang memang CHAMPION!
Tak dapat kubayangkan kalau Amir dapat masuk final dan jadi salah seorang daripada pemenang. I’m sorry Amir. Huhu..
apapun nabil ‘juara’ maharaja lawak yang sebenar.tak caya,baca entri aku.haha…
bab sabun di bilik mandi tu memang tak boleh blah la..haha
aku sokong sepah, yeyyyy sepah menang :cheerful:
Tahniah buat Sepah :biggrin:
semoga lepas ni rezeki dorang semakin murah
kalau Amir masuk final..
tak tahulah apa dia nak buat..
dia dengan dunia dia.. :biggrin:
@Mus, asyik kelaut jela kot lawak dia.. haha
tu la kan…
lawak melayu asli…
tapi nabil dikira hebat jugak kot.. sebab dia calon perseorangan..
@Piston Pecah, betul tu.. susah kot nak perah idea lawak sorang2..
Kah kah kah, mereka ini MAHARAJA LAWAK. Tak berhenti gelak. ‘Manis tak kurma itu?’
Mereka semua ni memang raja lawak betul…. :)
Tahniah kepada kumpulan Sepah.
sebenarnya Nabil yg bawak balik plg byk duit :biggrin:
tahniah buat Sepah. fine fine fine fine…heheh
@Ekspresi Ruang, tu la.. dia makan sorang je hadiah tu.. yang lain2 tu kena kongsi..
@Ekspresi Ruang, Itulah kelebihan peserta solo sapu semua sorang. Tanniah kepada Sepah mungkin rezeki Shuib yang bakal menyambut cahaya mata sulung. Jozan yang disebut-sebut sebagai juara terpaksa akur dengan kehebatan Sepah
Kempat-empat telah melaksanakan tugasan yang diberikan dengan baik sekali