“Jom aktifkan Mykad“, kata kawan aku beberapa tahun lalu. Masa tu aku tak pernah dengar tentang aktifkan mykad dan untuk tujuan apa. Jadi, aku malas sangat nak layan dan malas nak ambil tahu.
Beberapa hari lepas aku keluar jumpa dengan pelanggan simkad ONEXOX yang aku jual. Tengah rancak berborak tiba-tiba keluar topik tentang aktifkan Mykad. Aku terus tanya dia lebih lanjut memandangkan dia macam tahu banyak tentang hal nak aktifkan Mykad ni.
Rupanya-rupanya benda yang sama macam kawan aku ajak dulu – “Jom Aktifkan Mykad“.
Mungkin ramai lagi yang masih tak tahu Mykad atau Kad Pengenalan kita boleh dijadikan sebagai Kad Diskaun / Kad Ganjaran semasa membeli-belah. Lepas tu boleh dapat hadiah melalui mata ganjaran yang terkumpul. Menarik kan? Aku pun baru tahu.
Tapi, nak dapatkan fungsi Mykad sebagai kad diskaun tu kena lah aktifkan Mykad dulu.
Aktifkan Mykad Untuk Diskaun dan Ganjaran Membeli-Belah
Tujuan aktifkan Mykad ni adalah untuk program ‘Mykad Smart Shopper’ yang merupakan satu program affiliate terkini yang bergerak di bawah rangkaian Affiliate Junction. Program yang dibangunkan secara istimewa ini khusus untuk rakyat Malaysia.
Program Mykad Smart Shopper diuruskan oleh I Synergy Universal Sdn Bhd, sebuah syarikat yang berstatus MSC di Malaysia serta mendapat sokongan daripada pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Multimedia Development Corporation (MDeC).
Matlamat program ni adalah untuk menawarkan diskaun istimewa kepada pengguna dan juga peruncit.
Tahukah anda Mykad kita sebenarnya mempunyai pelbagai fungsi kegunaan bukan hanya sebagai kad pengenalan diri, malah boleh digunakan untuk lesen memandu, passport, kad ATM, Touch N’ Go, kad diskaun, loyalti dan lain-lain.
Mykad Smart Shopper adalah aplikasi Mykad yang ke-50. Jom aktifkan Mykad anda.
Kelebihan MyKad Smart Shopper
Antara kelebihan yang boleh kita dapat daripada Program Mykad Smart Shopper ni adalah seperti berikut:
- Pengaktifan MyKad untuk jadi Kad Diskaun adalah PERCUMA.
- Tiada yuran tahunan dikenakan seumur hidup.
- Tak perlu bawa kad tambahan, hanya tunjukkan Mykad saja.
- Dapat mata ganjaran yang tiada tempoh luput.
- Dapat tebus hadiah daripada syarikat berdasarkan mata ganjaran terkumpul.
- Aplikasi Mykad Smart shopper dapat memberi panduan, maklumat dan lokasi setiap kedai yang terlibat dalam program ini.
Jom aktifkan Mykad anda sekarang untuk menikmati pelbagai diskaun yang tersedia melalui program MyKad Smart Shopper. Untuk aktifkan Mykad boleh buat secara online melalui laman web www.aktifmykad.com.
Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad
Contest ini dianjurkan oleh Blog Coretan Anuar ditaja oleh www.aktifmykad.com
Baru tahu mykad bleh dapatkan duit sjumlah tu. Hehe tq!!! Smoga terus success
Baru tahu mykad bleh dapatkan duit sjumlah tu. Hehe tq!!!
gud luck admin….harap berjaya dalam contest ini ye…seminggu je lagi keputusan akan keluar
ikhlas – Bakul2011
http://www.bakul2011.com
Makin ramai yang join contest seo Jom Aktifkan Mykad. Moga entri berada dikedudukan yang baik.
kontes seo sedang marak ya kat malaysia semoga berjaya bro anarm
semoga berjaya :)
Jom kasi aktif blog sekali. Dah lama kawe relax2 tak promote blog sbb sibuk giler. Skrg ni lah masa menyibuk kat blog orang lain. Btw, ada tak yang masih pakai IC lama lagi?
Jom sama-sama kita meriahkan lagi contest yang hebat ini , selamat berjaya bro :-)
Penyertaan dr blogger hebat nih! Semoga anda berjaya.
belum confiden nak guna my kad untuk banyak fungsi sebenarnya,takut mykad ada problem
saya masih lagi tak guna mykad untuk fungsi lain. old timers
menariknya contest Seo ni, mesti ramai yang join.
Salam buat Anarm, apa khabar sekarang. Semoga sihat sejahtera hendaknya. Jom sama-sama pakat aktifkan mykad dan ikiti program mykad smart shopper. Semoga berjaya dengan Contest SEO Jom Aktifkan mykad.
hari ini aku baru tulis.
lambat dah nak kejar nih.
haha..
goodluck Anarm . jom singgah entri saya jugak :)
mykad juga boleh menjana pendapatan rupanya :)
Memang bagus kalau All in 1 dibuat penggunaan MyKad ni, tapi kena selalu beringat la sebab kalau hilang, habis semua….
xpernah tukar IC dari 1996… mycard yg baru baru ada function semua ni kan. hee….
Integrate kan MyKad jadi multipropose memudahkan urusan.
1 kad untuk semua urusan.
Belum terlewat untuk join kan.
Best.
Integrate kan MyKad jadi multipropose memudahkan urusan.
1 kad untuk semua urusan.
wahhh…join jgk ke.. habis la …. hahaha… btw, semoga berjaya…
Alamak..makin senang nak shopping ni..huhu..
otai dah turut serta..abis la ke laut entri aku
Haha.. Mana ada otai.. Entri aku pun kadang2 banyak jugak yang ke laut.. Entri ni pun taktau lagi apa nasib..
aku pernah dengar jugak benda ni.. macam best jer.. aku nak try lah.. aktifkan mykad tu free je kan?
Yup.. AKtifkan Mykad free je.. Aku pun rasa macam nak buat jugak nanti..