Minggu lepas Yahoo Mail aku kena serang dengan “Jin Pakai Toncit”. Aku ternampak email notification di browser aku ada lebih kurang 1,000++ email.
Rasa pelik juga sebab biasanya paling banyak pun ada berpuluh-puluh email je, lepas tu aku terus clearkan. Tak pernah lagi dalam masa 1 hari aku terima 1,000 email.
Aku bukannya popular pun macam blogger popular tu sampai orang nak hantar 1,000 email kat aku.
MAILER-DAEMON Yahoo Mail
Ada 1 email aku dapat daripada Kakak aku dia tanya “Virus ke ni?” Dia reply selepas terima email daripada aku yang mengandungi link agak mencurigakan.
Bila tengok banyak giler email MAILER-DAEMON, aku syak mesti akaun email aku ni dah hantar banyak email tanpa kawalan. Kena hack dengan spammer kot, atau mungkin juga virus!
MAILER-DAEMON ni biasanya email yang tak lepas nak hantar kepada seseorang. Dia akan patah balik ke inbox penghantar email. Entah berapa banyak email spam dah dihantar guna alamat Yahoo mail aku.
Kepada rakan-rakan yang ada terima email mengarut daripada aku, minta maaf banyak-banyak. Kalau email tu mengandungi link, tolong jangan klik link tersebut untuk keselamatan!
Email tu sebenarnya bukan aku yang hantar. Jin pakai toncit yang hantar. Aku minta maaf sekali lagi.
Yahoo Mail ni dah lama sebenarnya aku tak guna tapi aku masih buka setiap hari tengok email-email yang masuk.
Kebanyakannya adalah email daripada spammer yang rajin mempromosi produk kuat tenaga batin, pil viagra, barang baik, dan lain-lain. Aku tak layan pun.
Aku lebih suka guna Gmail daripada Yahoo mail.
har3.. jin pakai toncit? itu pasal ler aku memang susah nak bg
email kat org.. anyway lepas ni nak tgk cetakak limah 2
jin toncit bla bla bla…. :tongue:
hehe. nasib bukan jinbara :D
daemon ? macam doraemon je..hehe
kesian bro mendapat kejutan email begitu.Saya ada akaun email live yang menpunyai 10k email yang belum delete.sekarang takut nak bukak… :: :smile:
kalau compare gmail dengan yahoo..yahoo selalu kena dengan benda2 macam ni..sebab tu aku dah pakai gmail..malas nak pakai yahoo..hehehe
@hafizrahim, Aku pun dah tak pakai yahoo mail.. Gmail lagi best.. Load pun laju bila nak bukak..
aku hari-hari kena serang. haha
@titan, Kalau hari-hari kena serang tu maknanya seorang yang hebat!
Saya pun kena juga macam tu. Jin Pakai Toncit ni memang licik. Ntah dari lubang mana dia masuk. Cepat-cepat tukar password.
@Cikgu Hairul, Memang kena tukar password dah ni.. Buat password panjang2 sikit..
puas nak padamkan e-mail virus nie….
samolah..inbox email yahoo den bersepah email spam…huhu
bro jemput join contest den yer…:)
http://www.papamifz.com/2013/02/contest-kaca-mata-papamifzcom.html
@papa mifz, Email yahoo memang sesuai jadikan ladang ternakan spam.. Hehe..
In shaa Allah nanti akan join contest tu..
hahahaha…ni jin toncit kampung mana pulak ni serang email bro ni…
macam2 email masuk kat kotak yahooo..ada yg pakai nama gadis2 utk perangkap org2 “kuat” macam kita…hahahhaha
@hafizmd, Memang ramai “gadis” yang nak perangkap orang2 “kuat” macam kita.. Jangan dilayan.. Haha..
Memang kalau ada email yang mengandung link dan kita tidak tahu dan tidak mengenal siapa pengirimnya harus berhati-hati
biasa dapat tapi buat tak tau je
tau ni mesti jin pakai toceng punya kerja hehehe
selalu juga dapat email yang ada virus tu.. biarkan je jangan layan
Kalau dah sampai seribu parah gak tu,tak pernah dapat macam ni,sebab jarang guna yahoomail…guna unutk urusan pejabat jer :)
@azman, Memang parah.. Kali kedua dah rasanya yahoo mail aku jadi macam ni.. Password tak kuat lagi kot walaupun dah guna 18 character..
pernah kena tp pakai gmail la dulu. hack kot psl habis paswed sume depa tukar. xleh masuk kejap. hacker tu siap mintak duit lg drp email list. haha
@Faris Al-Muhandisu, Fuhhh.. Bahaya betul siap mintak duit dari mail list.. Password pun dia tukar.. Power betul macam mana dia bleh pecah masuk..
betul.. ymail ni mudah byk betul spammer.. asek dpt emel yg bukan2 je. kawan pun bukan ymail just nak tgk emel je.. segala urusan semua guna gmail.. lg selamat.. heh
@fariq, Betul Betul Betul.. Guna Gmail lagi selamat.. Dan lagi best daripada Yahoo Mail..
saya pon dah lama tak pakai yahoo mail.. buat pon sebab nak subscribe yahoo group. dulu lah… :)
@MK Kimi, Sama la kita.. Untuk subscribe yahoo group dan untuk chatting guna YM..
yahoomail aku pun kena hari tu..tak pasal2 orang sound aku balik..hahaha
@dhiyafaris, Aku pulak kena sound dengan wife aku sebab hantar email merepek.. Haha.. Takde buat apa pun, tak pasal2 kena sound.. Ish3..
@Anarm, bahaya2….so dah settle belum kes jin toncit ni bro?
Ada juga dapat email seperti ini apabila email penerima tidak wujud.
@akubiomed, Bila email penerima tak wujud memang akan dapat Mailer-Daemon macam tu.. Tapi kalau sampai 1000 lebih Mailer-Daemon memang pelik sangat2.. Bila masa pulak aku blast email banyak2..