Jika Dunia Tanpa Blogger, Apa Akan Jadi?

Pernah tak korang terfikir jika dunia tanpa blogger, apakah kesannya kepada hidup kita sekarang? Maksud BLOGGER mengikut pandangan aku adalah blogger ni seseorang yang berfikir, seorang penulis, seorang pembaca, pengkritik, pendengar, penerbit, pekerja, seorang guru, promoter dan sebagainya.

Apa agaknya akan berlaku jika dalam dunia ni tiada orang yang macam tu?

Jika Dunia Tanpa Blogger

Sebagai seorang blogger, kita lakukan banyak perkara berbeza setiap hari. Ada blogger yang menyampaikan maklumat, ada blogger yang mengajar orang lain, ada yang berbincang tentang sesuatu topik, ada yang bekerja menjual produk dan lain-lain lagi.

Aku gembira dengan hidup sebagai seorang blogger yang aku jalani sejak mula-mula blogging dulu sehinggalah ke hari ini.

Blogging dah menjadikan aku seorang penulis, seorang pembaca, seorang pengkritik, promoter macam kat shopping mall, juga dapat berkongsi pendapat dan idea dengan pembaca, berkongsi ilmu pengetahuan, mengajar orang, menyampaikan info tentang sesuatu perkara dan sebagainya. Aku cukup puas dengan apa yang aku buat sekarang. Aku dah jadi seorang blogger yang berjaya!

Berjaya tu bukannya menjadi terkenal dalam dunia blogger, atau dapat buat duit dengan blog, tapi berjaya dapatkan kepuasan melalui blogging. Itu juga satu kejayaan!

Semua ‘manusia’ adalah blogger kerana masing-masing buat apa yang seorang blogger buat. Jika dunia tanpa blogger, mungkin tiada kehidupan dalam dunia ni.

Tiada sebarang maklumat disebarkan, produk-produk tak terjual, ilmu pengetahuan tak dapat disampaikan, perbincangan susah nak dibuat dan macam-macam lagi. Hidup manusia akan jadi rumit dan ramai yang akan berputus asa dengan kehidupan.

Bila kita dah masuk ke dalam dunia blogger, dah jadi tanggungjawab kita untuk buat kerja-kerja blogging. Kalau kita berputus asa dengan blogging, sama juga macam kita berputus asa dengan kehidupan kita.

Jadi, jangan sesekali putus asa dengan hidup kita. Jalankan tanggungjawab kita semua sebagai seorang blogger dengan penuh dedikasi sampai kita dapat apa yang dipanggil KEJAYAAN!

Apa pendapat korang?

37 Comments

  1. Dunia tanpa blogger,mesti suram je kan,lagi pun blogger ni lebih pantas dari wartawan hiburan dan sebaginya

  2. setiap yang tindakan ada pro dan kontra nya tersendiri.
    begitu juga bloggers.. apa2 pun.. bloggers penyeri alam maya :lol:

  3. Menarik apa yg dikongsikan..tapi ptg tadi dah buka page ini tapi skrg baru sempat baca…hehe…..btol tu,kejayaan bukan diukur dari fames or x fames kita atau byk @ tidak kita blh buat duit dari blog..yg penting adalah kepuasan….terlalu leka mencari glamour dan duit,kadang kalanya membuatkan kita terlupa objektif sorg blogger

  4. apa kau rasa bro waktu aku 1st blogging dulu pakai nickname bdk SkemA tuh
    dari situ la minat aku mula timbul lepas baca entri dikalangan kita
    i’m appreciate that..:D so mcm entri aku dulu gak la tulis lebih kurang ni
    world without it is empty kan?

  5. Kalau tidak ada blog akan sunyi dunia siber :biggrin: …. Sekarang budak darjah 6 pun dah ada blog…

  6. ntahlah. kalau dunia tanpa blogger mungkin tetap berjalan seperti biasa.. medium lain yang akan jadi wacana utk kongsi maklumat ni

  7. Aku suka jadi seorang blogger…
    Kongsi sesuatu yg berguna kadang2 menjadi aku lebih puas…

    Lagi pandai bila dah baca blog orang lain yang hebat.. :w00t:

  8. Blog sekarang pun sudah tidak ubah macam website. Blog ini lebih mudah kerana tidak perlu mengikut hukum. Kalau tulis syok sendiri tiada siapa halang :-)

  9. dapat idea nak tulis something dalam blog la pulak lepas baca ni.. huhu.. terfikir lepas komen kat blog affan, bila baca artikel ni teringat balik.. tajuk lebih kurang la pulak..

    • @Ahmad Fikrizaman, baca entri blog orang lain memang boleh bagi idea untuk kita tulis kat blog kita.. nak kupas lagi entri kat blog orang tu pon boleh.. yg kita baca tu mungkin pendapat blogger tu je.. kita boleh tulis balik topik yg sama tapi dengan konsep pandangan kita pulak..

      affan pernah tulis gak ke pasal topik ni? nak terjah blog dia kejap.. huhu..

  10. Salam.
    Ya. Blogger kena terus menulis walaupun blog itu tidak berjaya. Kena fikirkan strategi lain supaya blog boleh berjaya dan jangan putus asa. Di dalam dunia blogging sekarang, ada beribu-ribu blog baru setiap hari dan persaingan semakin sengit. 3 tahun dulu, memang kurang persaingan.

    • @Sabahan Bloggers Club, betul sangat2.. ingat lagi masa mula2 start blogging dulu, 3 tahun lepas, memang persaingan kurang.. sekarang ni blog dah tumbuh macam cendawan.. hari2 ada je blog baru muncul.. info penuh sana sini.. senang nak cari maklumat.. blog copy paste pon banyak.. yang tu jenis bersaing cara kotor.. haha..

      • @Anarm, Semua nak cepat dan nak kejar traffik. Ramai juga yang tak tahu rasanya blog copy paste tu boleh di ambil tindakan tutup. Blogspot saya banyak yang dicopypaste dan saya dah banyak buat report. Cuma letih ler nak buat selalu.

  11. Saya suka jadi blogger sebab dengan berblogging menjadikan saya seorang yang berilmu dan mempunyai pengetahuan yang luas..Ilmu yang adakalanya tidak akan didapati daripada dunia offline..

    Juga menjadikan saya seorang yang bijak untuk menilai.. :cool:

    • @hana,

      a’ah. betul tu.
      jadi blogger yang lebih bijak dari media perdana yang ada.
      lebih telus, matang dan punya lebih kesabaran.

  12. hahaa.. skang byk company gunakan blogger sebagai agen promosi mereka..
    kos lebih rendah tapi tepat sampai ke audien..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *