AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Blogging » Jika Dunia Tanpa Blogger, Apa Akan Jadi?

Jika Dunia Tanpa Blogger, Apa Akan Jadi?

11/06/2011 Anarm 37 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Pernah tak korang terfikir jika dunia tanpa blogger, apakah kesannya kepada hidup kita sekarang? Maksud BLOGGER mengikut pandangan aku adalah blogger ni seseorang yang berfikir, seorang penulis, seorang pembaca, pengkritik, pendengar, penerbit, pekerja, seorang guru, promoter dan sebagainya.

Apa agaknya akan berlaku jika dalam dunia ni tiada orang yang macam tu?

Jika Dunia Tanpa Blogger

Sebagai seorang blogger, kita lakukan banyak perkara berbeza setiap hari. Ada blogger yang menyampaikan maklumat, ada blogger yang mengajar orang lain, ada yang berbincang tentang sesuatu topik, ada yang bekerja menjual produk dan lain-lain lagi.

Aku gembira dengan hidup sebagai seorang blogger yang aku jalani sejak mula-mula blogging dulu sehinggalah ke hari ini.

Blogging dah menjadikan aku seorang penulis, seorang pembaca, seorang pengkritik, promoter macam kat shopping mall, juga dapat berkongsi pendapat dan idea dengan pembaca, berkongsi ilmu pengetahuan, mengajar orang, menyampaikan info tentang sesuatu perkara dan sebagainya. Aku cukup puas dengan apa yang aku buat sekarang. Aku dah jadi seorang blogger yang berjaya!

Berjaya tu bukannya menjadi terkenal dalam dunia blogger, atau dapat buat duit dengan blog, tapi berjaya dapatkan kepuasan melalui blogging. Itu juga satu kejayaan!

Semua ‘manusia’ adalah blogger kerana masing-masing buat apa yang seorang blogger buat. Jika dunia tanpa blogger, mungkin tiada kehidupan dalam dunia ni.

Tiada sebarang maklumat disebarkan, produk-produk tak terjual, ilmu pengetahuan tak dapat disampaikan, perbincangan susah nak dibuat dan macam-macam lagi. Hidup manusia akan jadi rumit dan ramai yang akan berputus asa dengan kehidupan.

Bila kita dah masuk ke dalam dunia blogger, dah jadi tanggungjawab kita untuk buat kerja-kerja blogging. Kalau kita berputus asa dengan blogging, sama juga macam kita berputus asa dengan kehidupan kita.

Jadi, jangan sesekali putus asa dengan hidup kita. Jalankan tanggungjawab kita semua sebagai seorang blogger dengan penuh dedikasi sampai kita dapat apa yang dipanggil KEJAYAAN!

Apa pendapat korang?

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Konteks Sebenar Hidup Seorang Blogger
  • Hidup Seorang Blogger dan Cabarannya

Kategori : Blogging Keyword : HIDUP SEORANG BLOGGER, jika dunia tanpa blogger, kejayaan dalam bidang blogging, kepuasan memiliki blog, peranan blogger dalam kehidupan, tangggungjawab blogger

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Aiskrim Milo Buatan Sendiri
Next article:
Pengajaran Dari Drama Nora Elena (TV3)

37 Comments

  1. Juan says

    16/06/2011 at 6:35 PM

    dunia akan jadi sunyi dan sepi

    Reply
    • titan says

      17/06/2011 at 2:30 PM

      @Juan, mana boleh sepi maa..kita masih boleh main galah panjang dan teng teng apa. hehe.. :devil:

      Reply
  2. wazy says

    16/06/2011 at 12:57 PM

    Dunia tanpa blogger,mesti suram je kan,lagi pun blogger ni lebih pantas dari wartawan hiburan dan sebaginya

    Reply
  3. Junaidiey says

    16/06/2011 at 6:00 AM

    setiap yang tindakan ada pro dan kontra nya tersendiri.
    begitu juga bloggers.. apa2 pun.. bloggers penyeri alam maya :lol:

    Reply
  4. Faisal Abdullah says

    15/06/2011 at 10:58 PM

    Menarik apa yg dikongsikan..tapi ptg tadi dah buka page ini tapi skrg baru sempat baca…hehe…..btol tu,kejayaan bukan diukur dari fames or x fames kita atau byk @ tidak kita blh buat duit dari blog..yg penting adalah kepuasan….terlalu leka mencari glamour dan duit,kadang kalanya membuatkan kita terlupa objektif sorg blogger

    Reply
  5. titan says

    15/06/2011 at 4:42 PM

    dunia tanpa blogger? emmm…aku selalu menunggu hari itu tiba.. :cool:

    Reply
    • Adam Roslan says

      16/06/2011 at 12:21 AM

      @titan sebab nak main galah panjang :)

      Reply
  6. reezluv says

    14/06/2011 at 10:25 PM

    takde blogger?adeh..rasanya sunyi sepi ar FB kot..:D

    Reply
    • Anarm says

      15/06/2011 at 12:39 AM

      @reezluv, lama2 FB jadi macam myspace.. hehe..

      Reply
      • reezluv says

        15/06/2011 at 12:52 AM

        @Anarm, yelah..takde blogger..maka takde le Nuffnang,Advertlets..sebab mereka la ramai dah bloggers…:D

        kalau tak, semua takut nak berblogging..sebab kena tulis BI :tongue:

        Reply
  7. syahrilhafiz says

    14/06/2011 at 12:57 PM

    apa kau rasa bro waktu aku 1st blogging dulu pakai nickname bdk SkemA tuh
    dari situ la minat aku mula timbul lepas baca entri dikalangan kita
    i’m appreciate that..:D so mcm entri aku dulu gak la tulis lebih kurang ni
    world without it is empty kan?

    Reply
    • Anarm says

      15/06/2011 at 12:38 AM

      @syahrilhafiz, bdk SkemA tu ko ke? aku dah tak ingat dah.. tp nickname tu aku ingat la.. cepat masa berlalu.. huhu..

      Reply
      • syahrilhafiz says

        15/06/2011 at 6:14 AM

        @Anarm, lulz, tak pelah..buat apa nak jadi orang lain..jadi diri sendiri kan bagus :whistle: :whistle:

        Reply
  8. Ezany-Kun says

    14/06/2011 at 12:07 PM

    info dari blogger kdg2 lbh cpt daripada berita.. :w00t:

    Reply
  9. Puteri Balqis says

    13/06/2011 at 6:37 PM

    Kalau tidak ada blog akan sunyi dunia siber :biggrin: …. Sekarang budak darjah 6 pun dah ada blog…

    Reply
    • Anarm says

      14/06/2011 at 12:44 AM

      @Puteri Balqis, betul tu.. budak darjah 6 pon dah pandai buat blog sendiri, main2 code html, macam2 lagi lah.. hebat budak2 sekarang..

      Reply
  10. zool says

    13/06/2011 at 12:35 PM

    ntahlah. kalau dunia tanpa blogger mungkin tetap berjalan seperti biasa.. medium lain yang akan jadi wacana utk kongsi maklumat ni

    Reply
    • Anarm says

      14/06/2011 at 12:39 AM

      @zool, medium lain tu rasanya mungkin tak sehebat keberkesanan menggunakan medium blog.. kan? kan?

      Reply
  11. matlumatjawatankosong.co.cc says

    12/06/2011 at 9:44 PM

    blogger for money :lol:

    Reply
  12. h3r0 says

    12/06/2011 at 1:08 AM

    Aku suka jadi seorang blogger…
    Kongsi sesuatu yg berguna kadang2 menjadi aku lebih puas…

    Lagi pandai bila dah baca blog orang lain yang hebat.. :w00t:

    Reply
  13. akubiomed says

    11/06/2011 at 9:31 PM

    Blog sekarang pun sudah tidak ubah macam website. Blog ini lebih mudah kerana tidak perlu mengikut hukum. Kalau tulis syok sendiri tiada siapa halang :-)

    Reply
    • Anarm says

      11/06/2011 at 9:46 PM

      @akubiomed, sbb konsep blog memang macam tu.. tapi blog ade feed.. senang nak tau bila ada update.. website plak tak semua yg ade feed..

      Reply
  14. SyazwanSarawak says

    11/06/2011 at 7:36 PM

    +1 entri ni :wink:

    Reply
    • Anarm says

      11/06/2011 at 7:57 PM

      @SyazwanSarawak, entri blog ko tu, blog aku harga RM47,108.29.. hehe.. lepas aku tinggal komen kat situ, dia keluar page “This Account Has Been Suspended”.. apsal?

      Reply
  15. wandisini says

    11/06/2011 at 7:05 PM

    terus bersemangat bila aku baca tulisan anarm ni

    Reply
    • Anarm says

      11/06/2011 at 7:44 PM

      @wandisini, bagus!! teruskan semangat tu.. sampai peroleh kejayaan dalam arena blogging.. (^_^)/

      Reply
  16. Ahmad Fikrizaman says

    11/06/2011 at 12:35 PM

    dapat idea nak tulis something dalam blog la pulak lepas baca ni.. huhu.. terfikir lepas komen kat blog affan, bila baca artikel ni teringat balik.. tajuk lebih kurang la pulak..

    Reply
    • Anarm says

      11/06/2011 at 7:30 PM

      @Ahmad Fikrizaman, baca entri blog orang lain memang boleh bagi idea untuk kita tulis kat blog kita.. nak kupas lagi entri kat blog orang tu pon boleh.. yg kita baca tu mungkin pendapat blogger tu je.. kita boleh tulis balik topik yg sama tapi dengan konsep pandangan kita pulak..

      affan pernah tulis gak ke pasal topik ni? nak terjah blog dia kejap.. huhu..

      Reply
  17. Sabahan Bloggers Club says

    11/06/2011 at 7:33 AM

    Salam.
    Ya. Blogger kena terus menulis walaupun blog itu tidak berjaya. Kena fikirkan strategi lain supaya blog boleh berjaya dan jangan putus asa. Di dalam dunia blogging sekarang, ada beribu-ribu blog baru setiap hari dan persaingan semakin sengit. 3 tahun dulu, memang kurang persaingan.

    Reply
    • Anarm says

      11/06/2011 at 7:26 PM

      @Sabahan Bloggers Club, betul sangat2.. ingat lagi masa mula2 start blogging dulu, 3 tahun lepas, memang persaingan kurang.. sekarang ni blog dah tumbuh macam cendawan.. hari2 ada je blog baru muncul.. info penuh sana sini.. senang nak cari maklumat.. blog copy paste pon banyak.. yang tu jenis bersaing cara kotor.. haha..

      Reply
      • Sabahan Bloggers Club says

        12/06/2011 at 11:25 PM

        @Anarm, Semua nak cepat dan nak kejar traffik. Ramai juga yang tak tahu rasanya blog copy paste tu boleh di ambil tindakan tutup. Blogspot saya banyak yang dicopypaste dan saya dah banyak buat report. Cuma letih ler nak buat selalu.

        Reply
  18. Pejuang Kesenian Extreme says

    11/06/2011 at 6:17 AM

    Saya suka jadi blogger sebab dengan berblogging menjadikan saya seorang yang berilmu dan mempunyai pengetahuan yang luas..Ilmu yang adakalanya tidak akan didapati daripada dunia offline..

    Juga menjadikan saya seorang yang bijak untuk menilai.. :cool:

    Reply
    • Anarm says

      11/06/2011 at 7:21 PM

      @Pejuang Kesenian Extreme, sokong sangat2 dengan pendapat ko.. like!

      Reply
  19. hana says

    11/06/2011 at 12:47 AM

    erm..
    jd blogger ke arah kebaikan..
    jgn sebarkan fitnah sudeh…
    =D

    Reply
    • Hanis says

      11/06/2011 at 5:18 AM

      @hana,

      a’ah. betul tu.
      jadi blogger yang lebih bijak dari media perdana yang ada.
      lebih telus, matang dan punya lebih kesabaran.

      Reply
  20. Jaws says

    11/06/2011 at 12:28 AM

    hahaa.. skang byk company gunakan blogger sebagai agen promosi mereka..
    kos lebih rendah tapi tepat sampai ke audien..

    Reply
    • suffer8zine says

      11/06/2011 at 7:13 AM

      @Jaws,
      setuju sgt2 la, tapi biasa la, setaip kebaikan ade keburukan

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy