Aku ada terima email Jemputan ke Seminar MSMW 2013 yang akan berlangsung pada 27 dan 28 February nanti di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur. Dapat 2 seat percuma.
Tahun lepas dah pergi Seminar MSMW 2012 big boss belanja tiket. Tahun ni Alhamdulillah dapat pergi lagi. Tiket pun percuma lagi.
Kali ni mesti lagi best dan lebih mantap berbanding Seminar MSMW tahun lepas.
MSMW – Singkatan bagi Malaysia Social Media Week
2 seat percuma Seminar MSMW 2013 yang aku dapat, 1 seat untuk aku dan 1 seat lagi aku bagi kepada bro Fahmy Adam sebab dia je yang jawab bila aku tanya kat Facebook siapa nak tiket free pergi Seminar MSMW 2013.
Member-member lain macam sibuk je. Ada jugak yang cakap tak dapat pergi walaupun ada terima jemputan.
Mula-mula tu aku ingat nak buat contest kat blog ni dan bagi hadiah tiket kepada pemenang tapi rasa macam tak sempat nak menaip entri dan nak pilih pemenang.
Lagipun nak kena daftar nama cepat-cepat. Terlambat daftar nanti tak pasal-pasal seat habis tak dapat pergi Seminar MSMW 2013.
Seminar MSMW 2013
Sebanyak 10 sesi akan diadakan dalam Seminar MSMW 2013 nanti di mana agenda yang akan dibincangkan adalah berkaitan dengan strategi dan tips Social Media, Facebook, Twitter dan juga blog. Boleh tengok jadual di bawah.
Session 1 | Facebook, Twitter, Social Media – Where is the money |
Session 2 | Strategy to involve employees and outsourcing social media marketing – key points to consider |
Session 3 | Measuring and realizing returns on investment and effectiveness on social media marketing |
Session 4 | Innovative strategies to engage customer loyalty and enhance brand engagement |
Session 5 | Gen Y driving social media ahead, making micro blogs as a powerful tool of communication |
Session 6 | Social Media a game changer and a transformer |
Session 7 | Celebrities and fans engagement, breaking the glamour gap |
Special Session | The New Media – Politics customized through Social Media |
Session 9 | Changing trends and challenges – New Media VS Traditional Media |
Session 10 | Destination marketing through Social Media – SOCIAL TOURISM |
Speakers pun hebat-hebat antaranya Jojo Struys, Azman Ahmad (CCO Firefly), Chris Pile (CEO The Farm Digital), Althea Lim (Co-Founder Gush Cloud), Rafiq Razali (Country GM Groupon), Chris Wee (Head Strategy Says.my), Jason Lo (CEO Tune Talk), YB Khairy Jamaluddin dan ramai lagi.
Antara beberapa acara kemuncak dalam seminar/persidangan tu nanti:
- Live dengan Perdana Menteri pada 27 Feb di Berjaya Times Square. Jangan lepaskan peluang ni untuk melihat dan mendengar PM berucap
- Cabutan bertuah berkala dengan hadiah menarik – tiket penerbangan, gadget terbaru, tiket F1 dan banyak lagi
- Goody bag istimewa dengan banyak barang boleh dibawa balik! Rugi tak datang
- Makan tengahari dan minum petang disediakan (tahun lepas makanan dia memang sangat sedap)
Rasanya ramai lagi rakan blogger yang terima jemputan ke Seminar MSMW 2013 ni. Jom pergi sama-sama. Banyak ilmu tentang dunia social media boleh kita dapat kat seminar tu nanti.
Seperti kata bro Denaihati, kalau kita bersungguh-sungguh nak mencari ilmu untuk jadi seorang Blogger berjaya memang kena rebut peluang hebat ni yang hanya berlaku setahun sekali.
“Tuntutlah ilmu sehingga ke negara China tapi kita Blogger Malaysia tak perlu sampai sana. Pada 27-28/2 berbelas pakar sosial media dari berbagai negara akan berkongsi ilmu di msmw2013.
Kalau kita sungguh2 nak mencari ilmu utk jadi Blogger berjaya jangan lepaskan peluang sehebat ini yg hanya berlaku setahun sekali. Kalau bukan kita mengubah diri kita sendiri siapa lagi?
Alasan utk tak pergi memang banyak tapi alsan itu hanya utk sedapkan diri sendiri je” – Denaihati
“Take every chance and drop every fear” – Mark Zuckerberg, CEO & Founder of Facebook Inc.
ps: Tahniah kepada rakan blogger yang menang Malaysia Social Media Awards 2013.
Tahniah bro anarm mestilah telah dapat banyak bekal tambahan dalam dunia SMO dan SEO
singgah sini. nak tegur depan-depan malu :)
@innanie the lawyer, Tu la pasal. Segan nak tegur depan2. Hehe..
As-Salam. Dapat juga jemputan dengan 2 tiket percuma, tapi dah inform pada MSMW2013 tak dapat hadirkan diri kerana ada temujanji dengan doktor. Hmmm… kesihatan kalau tak bagus tak boleh juga dikompromi ..ye tak?
Walau akui apa yang dikata Bro Denaihati tu betul, namun kesihatan perlu diutamakan. Lagi-lagi apabila sudah ikat janji, dengan doktor pulak tu. ….
Tak hadir tahun ni. Tahun depan … adalah satu kemungkinan.
OK, jumpa nanti
Dapat jugak invitation untuk pergi ke sana tetapi belum tahu lagi sebab kerja.
Kalau ikutkan memang hendak sangat pergi untuk duduk mendengar perkongsian ilmu di MSMW 2013. Malangnya saya telah ambil banyak cuti untuk membantu persediaan perkahwinan 2 adik ipar. Terlepas lagi untuk tahun ke 2.
@akubiomed, In shaa Allah tahun ke 3 nanti boleh join..
yup den pun dapat email tuh jugak..sayangnya den tak dapat join sebab bekerja pada hari tersebut…huhu
@papa mifz, Boleh la try offer seat percuma tu pada kawan2 yang lain kot2 ada yang nak pergi..
ada jgk dapat 2 seat percuma tapi tak berkesempatan nak join :blush:
@Shahrul, Kalau tak sempat nak pergi mungkin boleh offer pada kawan2 yg lain kot2 ada yang nak pergi tapi takde tiket @ tak mampu nak beli tiket..
wah seronok nye. nak nak !! ^_^
@kecik, Ada lagi 2 tiket free nak bagi. Kalau betul2 berminat nak join seminar MSMW 2013 ni boleh send NAMA PENUH, NO. PHONE dan EMAIL. Send detail tu guna halaman ‘Hubungi’ kat blog ni (KLIK SINI).
Atau boleh send mesej di Facebook (KLIK SINI). :happy: