Awal bulan hari tu aku rasa macam kurang sihat. Badan sekejap rasa panas, sekejap rasa sejuk. Paling seksa waktu malam.
Rasa sejuk giler macam duduk dalam peti ais sampai kadang-kadang tu tak boleh nak tidur sebab sejuk sangat.
Beberapa hari lepas tu datang pulak batuk, selsema dan sakit kepala.
Paling aku tak suka bila selsema. Hingus penuh dalam hidung sampai susah nak bernafas.
Oleh kerana rasa tak tahan sangat dengan demam, batuk, selsema dan sakit kepala, aku pergi dapatkan rawatan di klinik.
Bila aku bagitau sakit kepala, doktor terus check tekanan darah. Memang tinggi bacaan dia sebab aku ada darah tinggi.
Seminggu lebih keadaan aku masih sama dengan demam, batuk, selsema dan sakit kepala yang tak baik-baik. Malah makin teruk walaupun hari-hari makan ubat yang doktor bagi.
Bila ubat dah habis, pergi klinik lagi untuk check dan ambil bekalan ubat baru tapi masih sama juga. Buat aku rasa lain macam pulak.
Adik aku (dia kerja jururawat lelaki) suruh aku pergi check darah. Aku pun pergi la sebab dah lama sangat demam tak kebah-kebah. Risau ada penyakit lain je.
Sampai klinik kesihatan, terus ambil nombor giliran dan pergi kaunter saringan untuk check tekanan darah sebelum jumpa doktor. Nurse di kaunter saringan tu bagi aku kertas merah dan suruh pergi ambil darah.
Cik nurse bagitau biasanya kalau demam lebih daripada 3 hari memang kena pergi klinik atau hospital untuk check darah.
Macam serius je sakit aku ni. Dapat kertas merah pulak tu. Orang lain aku tengok pegang kertas putih je. Aku sorang je masa tu pegang kertas merah.
Lepas dah ambil darah, kena bawa darah yang dah dimasukkan dalam botol kecil dan serah pada bahagian makmal untuk check.
Dah dapat keputusan ujian darah baru boleh pergi jumpa doktor. Bila doktor tengok keputusan ujian darah aku, dia bagitau darah aku dijangkiti kuman.
Sebab tu demam lama dan tak kebah-kebah.
Doktor bagi surat MC, suruh makan ubat antibiotik sampai habis dengan beberapa ubat lain dan berehat.
Lepas tu kena datang lagi check darah untuk tengok kuman sama ada dah kurang ataupun tak.
Alhamdulillah hari ni rasa dah semakin sihat walaupun badan masih rasa lemah-lemah. Batuk dan selsema pun dah kurang sikit. Sakit kepala kadang-kadang masih terasa lagi.
Paling best lidah aku dah boleh rasa makanan dan minuman. Dapat rasa masin, manis, pahit, masam. 2 minggu lebih makan dan minum tak rasa apa-apa langsung sebab demam teruk. Semua rasa tawar je.
Seksa jugak demam lama-lama ni. Sampai beberapa hari terpaksa MC, rasa tak best je.
Bila aku google tentang jangkitan kuman dalam darah, terbaca artikel yang beritahu jangkitan kuman dalam darah ni boleh membawa maut.
Rasa seram pulak.
tulaa kan, demam sekarang kena pegi check up takot ada penyakit lain
Saya pun mengalami masalah yang sama. Darah rendah. Pening kepala. Asyik muntah2. Xde selera makan.
sy mendapat tahu yg sy disah oleh doktor dgn penyakit ini…adakah penyakit ini membahayakn diri atau tidak…sy terkejut dpt skit ini kerana sy jatuh deman lebih dari 3 hari dn bdn semua sakit2,mkn x ada selera…….sy putus asa msa dpt tahu sy alami sakit ini..
Jangkitan kuman dalam darah ni ikutkan memang bahaya.. Kalau dah teruk boleh kena tahan wad.. Ada jugak kes kematian sebab dah tahap teruk sangat..
Tapi kalau dah dapat tahu kita alami sakit ni, ikut je nasihat doktor.. Kalau doktor cakap kena masuk wad, ikut je apa doktor sarankan.. Makan ubat yang doktor bagi untuk matikan kuman dalam darah.. Sebelum makan basuh tangan bersih2, dan selepas makan pun sama.. Elakkan perkara2 yang boleh buatkan kita dijangkiti kuman..
Setiap penyakit ada ubatnya.. Jangan putus asa.. Semoga cepat sembuh..
Betul ni, ada jangkitam kuman dalam darah perlu dapat perhatian segera atau dia akan jadi ke tahap septik yang membawa maut. anak saudara baru sahaja dimasukkan wad kerana simptom ini..ada dalam 19% juga tahap jangkita. alhamdulillah takda apa
Semoga cepat sembuh ye tuan.
Zaman sekarang demam kena terus pegi klinik,macam macam sakit sekarang ni,bahaya pulak tu..
Huhu..musim sekarang kan..macam-macam yang hadir menyapa..haha.. Mujurlah ambil langkah yang bijak..haha
yap.
demam nih..jangan wat main-main.
salah gaya..memang gol terus.
smoga cepat sembuh dan dijauhkan dpd penyakit yg serius..
Pernah alami macam ini juga dan dimasukkan ke wad selama seminggu
Semoga cepat sembuh dan diberi kekuatan serta kesihatan semula. Insya-Allah. :)
gua ni jenis yang rasa gerun juga nak ambil darah..hahaha
kena jaga kesihatan, alhamdulillah sihat dah
Insya-Allah moga diberi kesihatan yang baik. Darah yang dijangkiti kuman boleh merebak dan membahayakan organ jika tidak dirawat. Pelbagai teknologi tercipta kini namun tidak kurang virus baru juga ditemui. Moga semua dijauhi.
… seram juga bila bro mcm2 kena. saya doa kan juga
moga cepat sembuh dan baik sentiasa
Alhamdulillah beransur sihat
Semoga sembuh sepenuhnya dan kekal cergas Amin :)
moga cepat semboh bro !
Sekarang ini virus sudah mutasi dan simptom penyakit pun sudah berubah.