Sekarang ni ramai yang bersikap sombong dan menghina orang lain. Lebih teruk lagi bila ada yang menghina sesama muslim.
Sifat suka menghina dan merendahkan orang lain ni timbul bila adanya perasaan sombong dalam diri kita. Orang yang sombong ni diorang akan memandang rendah manusia lain kerana diorang rasakan ada sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka.
Lihat saja contoh sifat sombong yang ada pada Iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam. Tak cukup dengan kesombongannya itu, malah tidak menurut perintah Allah dan sanggup menghina Nabi Adam dengan mengatakan kejadiannya daripada Api itu lebih mulia daripada Nabi Adam yang dijadikan daripada tanah yang hina.
Macam tu la lebih kurang yang berlaku sekarang ni. Tadi aku ada terbaca tweet daripada rakan Twitter @HazwanArif tentang seorang hamba Allah yang menghina orang Kelantan melalui komennya di YouTube.
Walaupun rasa macam benda ni dah lama berlalu, aku buat entri ni sekadar untuk mengingatkan kita semua supaya jangan bersikap sebegini. Sikap sombong dan suka menghina macam inilah yang dilaknat oleh Allah.
Penyakit sombong boleh menyerang sesiapa saja, tak kira lelaki atau perempuan, golongan bangsawan atau bawahan, berjawatan tinggi ataupun pengemis tepi jalan, mahupun orang Kedah atau orang Kelantan.
Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah.
Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.
7 Jenis Sombong Yang Dilaknat Tuhan
Sombong kerana kelebihan seseorang dengan pengetahuan ilmunya
Baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada, dia menganggap orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya. Orang yang sombong seumpama ini hendak dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah.” (Hadis riwayat Muslim)
Sombong kerana kelebihan beribadat seseorang
Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka. Sedangkan mereka sebenarnya terpedaya dengan tipu daya syaitan.
Rasulullah SAW telah mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud:
“Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.“
Sombong kerana ego memperkasakan keturunan
Bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat. Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.
Sombong kerana berasa diri cantik dan sempurna
Malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.
Sombong yang berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah
Membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta BMW mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.
Sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri
Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca, kunyah besi, boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi, boleh dihempap badan dengan batu dan besi, atau sebagainya.
Sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia
Sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak parang dan dijilat api.
Oleh itu, hendaklah kita memeriksa diri kita betul-betul, lihat sama ada 7 perkara yang membawa kepada penyakit sombong ini ada pada kita atau tidak.
Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong ini hanya akan memakan diri. Tidak sekarang, mungkin di masa akan datang. Ubatilah sifat sombong itu dan jangan sesekali menghina orang lain kerana ianya sifat yang dilaknat oleh Allah.
Fikirkanlah..
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)
Sumber rujukan: hidayahnet
btol tu….
kita kena ingat kita ni semua hamba Allah S.W.T dan kita semua sama.
lagi satu kalau kita nak dihormati kita kena kenalah menghormati.
[bookmark] untuk santapan rohani kemudian hari
Aku bookmark. Penulisan yang menarik boleh dijadikan inspirasi :)
Insya Allah kita akan terhindar dari sifat sombong semacam ini, pasti bisa dan terima kasih atas artikelnya…
reading it untuk kali kedua.. sebagai pengingat diri yang alpa.
ske sgt bce entry ni. mmbri byk nsihat. tq
salam. saya suka berkongsi maklumat, info & sedikit ilmu yg ada. sama-sama berkongsi perkara yg baik. saya ada ambil quote drp blog saudara cut n paste ke FB. harap dihalalkan.
Nice entry. i really luv it
sombong, riak atau ujub itu mmg sangat bahaya. segala amalan akan jadi sia-sia walaupun ada sedikit rasa riak dalam hati.
Allah melarang kita untuk sombong:
”Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” [Al Israa’:37]
Allah mengingatkan bahwa manusia diciptakan dari air mani yang tidak berharga. Pantaskah manusia bersikap sombong?
”Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahwa Kami menciptakannya dari setitik air mani, maka tiba-tiba ia menjadi penantang yang nyata!” [Yaa Siin:77]
Nabi berkata bahwa orang yang sombong meski hanya sedikit saja niscaya tidak akan masuk surga:
Dari Ibn Mas’ud, dari Rasulullah Saw, beliau bersabda: “Tidak akan masuk sorga, seseorang yang di dalam hatinya ada sebijih atom dari sifat sombong”. Seorang sahabat bertanya kepada Nabi Saw: “Sesungguhnya seseorang menyukai kalau pakainnya itu indah atau sandalnya juga baik”. Rasulullah Saw bersabda: “Sesungguhnya Allah Swt adalah Maha Indah dan menyukai keindahan. Sifat sombong adalah mengabaikan kebenaran dan memandang rendah manusia yang lain” [HR Muslim]
Read more http://media-islam.or.id/2007/11/20/janganlah-sombong
saya tertarik dengan apa yang saudara catat ,sesungguhnya kehidupan kita tidak lah lama mana,bayangkan kasih Tuhan pada rasul kita,sehingga pengucapan syahadat di letak dalam pengakuan sesiapa yang mahu masok Islam.Sesungguhnya pengucapan yang diterima adalah dari apa yang dikurniakan pada manusia,pengakuan yang sebenar dan diucapkan.ramai manusia lupa tentang apa yang akan datang,tentang apa yang ada yang dikurniakan.contoh kalau ditakdirkan bodoh macam mana,walaupun setiap insan perlu berusaha memajukan diri, tidak menyusahkan orang,boleh membantu sekeliling kira cantik.Bayangkan pandai cakap saja buat tidak tahu..menyusahkan orang ,macam mana pula…komen saudara
godek2 entri lama… hehehe…
lawa la qoute berkotak tu.. pakai plug in apa eh?
manusia skrg mudah lupa diri…
padahal taraf semua sama je.. hamba Allah.. kan3
geram dengan pelajar. sombong sangat. kalau pandai sangatt..takkan sampai tak bawa buku ke sekolah. grr.. :angry:
biasa orang sebut bodoh sombong, orang bodoh n sombong pulak.
bagi aku orang sombong pun bodoh jugak sbb xtau n xfaham sombong tu sangat bahaya n perlu dijauhkan.
jangan takabbur nanti lebur.. anyway quote tu cantikla design dia. camna nak buat tu? design sendiri ke?
@alamonline, quote tu guna gambar sebagai background.. dan coding CSS..
orang macam ni lupa ukur baju dibadan sendiri. :blush:
terlalu banyak kes macam ni sekarang. entah, hina-hina orang tapi diri sendiri tak betul.
Kadang2 kita lupa, bila tengok benda yang lain dari kita cth, org yang berpenampilan menarik, lebih dari kebendaan dan sbgnya,… timbul iri hati dalam diri kita. Terus kita cop org2 tu semua berlagak, sombong, ego dan sbgnya. Personally, bagi aku, tanggapan kita terhadap orang itu yang perlu dititikberatkan terlebih dahulu supaya kita tidak cepat menghukum seseorang dengan sekali pandang, dan kalau ada terlintas perasaan sedemikian, patut kita ubati hati kita terlebih dahulu… IMO
Siapalah kita mahu menghina orang lain ? Allah. Allah. Allah.
Begitulah sikap manusia….ia sukar diubah jika kita merasakan kita ini hebat
Terima kasih kerana berkongsi ilmu…
Sifat sombong ni adakalanya dilakukan oleh kita di luar sedar, selalu-selalulah kita beristighfar, semoga kita tidak dimurkai oleh Allah S.W.T
:sad:
orang sombong selalu rugi..
tp kalau kita sombong ada pro gak,
manusia sekeliling kita akan lebih hargai kita,
kalau kita wat baik, dia pijak kepala kita…
sombong sebenarnya satu jenis pertahankan diri…
tapi jangan melampau2,
6t ALLAH pun murka…
nauzubillah..semoga terhindar dr sifat2 negatif gini..:-)
Lebih teruk kalau sombong dan menghian tak kena tempat
sya tengok kalau video2 kat youtue tu, memang banyak sangat komen2 negatif..kutuk sana, kutuk sini..
@bardboo, memang banyak.. kononnya diri tu lebih baik dari orang lain.. tapi masing2 tak sedar apa yang diorang komen tu sebenarnya negatif..
aku pernah dengar pepatah Islam/hadis Nabi ada mengatakan yang sombong tu adalah selendang Allah.betul ke?
@Pacifista, ya betul.. tapi kena paham jugak maksud selendang Allah tu.. sifat sombong ni hanya layak bagi Allah.. diumpamakan seperti pakaian @ selendang Allah.. maka hamba-hamba-Nya seperti kita ni tak berhak memakainya..
dulu aku pernah belajar dengan seorang ustaz.. dia pernah bagitau ada banyak sifat Allah kalau kita fikirkan nampak seperti tak berapa elok.. cuma sifat2 tu jadi tak berapa elok bagi manusia macam kita.. tapi sifat tu sangat sesuai bagi Allah.. dan hanya Allah sahaja yang memiliki sifat tu.. kita takde hak untuk samakan taraf kita dengan Allah..
@Anarm,
kita sbgai hamba mmg x layak ada ‘sombong’ ni..tq for info.. :)
Terima kasih saling mengingati. Kita ini manusia kerdil berkelana di bumi Allah SWT.
@akubiomed, sama2.. manusia ni takde yang sempurna.. so, dah jadi tugas kita untuk saling mengingatkan sesama manusia.. yang mana bagus, kita jadikan contoh.. yang mana kurang elok, kita bagi teguran dan nasihat.. tapi yang tak dapat terima nasihat tu tak boleh buat apa dah kot.. mungkin sifat sombong tu dah berakar dalam hati dia..
Entri yang sangat bermanfaat. Terima kasih kerana mengingatkan. Jazakallah Khairan Kathira
ada sesetengah menjadikan isu ini untuk publisiti..
selalunya yang no 4 la kita selalu buat..moga-moga dapat musahabah diri..dan kena selalu beringat..
@paihujey, betul tu.. aku pon rasa macam pernah buat camtu.. walaupun takde niat, tapi mungkin dah buat orang rasa kecik hati.. tak baik tu.. mintak ampun..
@Anarm, kalau zaman kecik2, zaman sekolah memang selalu la buat..hehe..tapi dah matang ni..boleh fikir dah..
setuju sangat dengan artikel ini. Yang dah tau tu satu hal, kadang-kadang, ada yang baru nak belajar apa-apa, dah mula nak berlagak sombong.
@Omar, itu tak dinafikan.. dah banyak dah jumpa orang macam tu..
Dari dulu sampai sekarang memang ada je manusia yang sombong dan hasad dengki, walaupun mereka cerdik pandai…
sekarang ni ramai yang macam tu aku tengok
berlagak sombong then pandai pulak nak celoteh cakap tu cakap ni..tapi baguslah artikel ni, ingatkan diri aku ni dan diri orang lain bersama
@syahrilhafiz, biasa la tu.. nak tunjuk pandai.. kita pon kadang2 mungkin ada buat macam tu jugak.. hehe..