Jangan Sebut Perkataan KALAU

Dalam sehari rasanya berapa kali kita guna atau sebut perkataan ‘KALAU’?

Tahukah korang bahawa perkataan KALAU tu dilarang oleh syarak? Jangan sebut perkataan KALAU lagi ye.. Tapi, perkataan KALAU ni ada kalanya baik (dibolehkan, malah digalakkan) dan adakalanya dilarang oleh syarak.

Jangan Sebut Perkataan KALAU

Kenapa Tak Boleh Sebut Perkataan KALAU?

Penggunaan perkataan KALAU ada yang dibolehkan dan ada yang dilarang. KALAU yang dilarang ialah apabila berlaku sesuatu yang buruk atau seseorang itu ditimpa nasib malang, lalu dia pun berkata: “Kalau aku tak buat perkara tu tadi, mesti takkan jadi macam ni..” atau kata-kata yang seumpamanya.

Penggunaan KALAU seperti itu adalah amalan syaitan sebagaimana dalam hadis sahih muslim yang menyebut, Nabi bersabda:

Jangan kamu berkata: “Kalau aku buat begini, akan jadi begini“. Tetapi katakanlah: “Ini takdir Allah, apa yang Dia kehendaki akan berlaku“. Sesungguhnya ‘kalau’ membuka pintu syaitan.

Dengan menyebut KALAU, JIKA, SEKIRANYA, SEANDAINYA atau perkataan yang seumpama dengannya dikatakan akan membuka pintu amalan syaitan. Ini kerana:

  • Ia membuka pintu kesedihan, penyesalan, dan mungkin kebencian yang payah untuk dihilangkan.
  • Ia memberi gambaran yang kita mempertikaikan takdir dan tidak redha dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
  • Ia merupakan satu adab yang buruk terhadap Allah SWT yang mentakdirkan setiap sesuatu yang berlaku.

Penggunaan KALAU Yang Dibolehkan

Manakala penggunaan KALAU yang dibolehkan ialah apabila ia digunakan untuk mengajar ilmu, atau kebaikan, atau bercita-cita untuk mendapatkan suatu yang baik, maka dibolehkan menyebut ‘KALAU’. Contohnya sebagaimana dalam al-Quran dan hadis ada menyebut perkataan ‘kalau’ untuk mengajar.

Firman Allah yang bermaksud: “Kalau di dalamnya (langit dan bumi) ada tuhan lain selain Allah, maka hancur binasalah langit bumi ini.”

Oleh itu, mulai sekarang, sama-samalah kita elakkan guna atau menyebut perkataan KALAU yang dilarang. Mungkin kadang-kadang kita tak sedar, terlalu ikutkan emosi sampai tak terfikir akan semua ni.

Next time, “NO KALAU KALAU” lagi ye, kecuali KALAU yang mempunyai tujuan yang baik.

Islam menyuruh umatnya supaya sentiasa bertawakkal (berserah) kepada Allah SWT dalam melakukan apa jua usaha dan percaya bahawa setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya. Sentiasa lah berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan kita sendiri.

** Dipetik dan diubahsuai dari blog IBNU MUSLIM

17 Comments

  1. KALAU ni ramai yg gunakan macam nk meragui qada dan qadar sebenarnya,,
    “kalau lah aku kaya…” etc etc

    • @gamep01nt, “Kalau lah aku kaya” tu rasanya boleh masuk dalam kategori 2 situasi.. pertama, situasi mengeluh disebabkan serba kekurangan, yg tu DILARANG.. situasi kedua, mungkin bercita-cita untuk jadi kaya.. yg tu rasanya dibolehkan.. tapi kena ada usaha jugak laa kalau nak jadi kaya.. jgn sekadar angan2 kosong..

  2. Sememangnya memang tidak boleh disebut. Bukan takat sebut, terdetik dalam hati pun tak boleh guna perkataan kalau ni

  3. pernah jugak aku dengar ceramah agama tentang KALAU ni.memang betul apa yang ko katakan bro.ada KALAU yang dibenarkan dan begitu jugak sebaliknya… :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *