Sekarang ni di timeline Twitter dan wall Facebook aku asyik nampak orang dok bercerita tentang Blogger iFrame. Macam-macam pangkat ada kat dunia blogger ni kan? Blogger otai, blogger kacak, blogger iframe.
Binatang apa iFrame tu?
Maksud iFrame
IFrame atau ‘Inline Frame’ merupakan dokumen HTML yang dimasukkan ke dalam dokumen HTML yang lain pada sesebuah laman web.
Biasanya elemen HTML iFrame ni digunakan untuk masukkan content daripada sumber lain. Contohnya seperti iklan, ke dalam laman web.
Nak lebih mudah lagi, kat bawah ni aku bagi contoh penggunaan iframe, daripada pemahaman aku. Kalau korang tak faham, boleh tanya. Jangan malu-malu, jangan segan-segan, jangan pegang-pegang. Erkk..
Contoh Penggunaan IFrame
Korang nak masukkan content dari blog lain ke dalam blog korang. Ianya adalah satu cara yang salah sekiranya korang buat tanpa izin.
So, korang pun gunakan simple code untuk buat iframe di blog korang dengan cara memaparkan content dari blog si mangsa ke dalam blog korang.
Bila ada pelawat masuk ke dalam blog korang, mereka akan nampak content dari blog si mangsa dan content tu nampak seperti korang yang buat.
Faham? Kalau tak faham, boleh tanya lebih lanjut di ruangan komen.
Ringkasan:
- Content dari Blog A ada di dalam Blog B.
- Blog B menggunakan iFrame untuk pamerkan content dari Blog A.
Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh dibuat dengan menggunakan iFrame. Yang aku cerita kat sini cuma asas penggunaan iFrame.
Kod asas untuk buat iframe pula adalah seperti berikut:
<iframe src="content-mangsa.php" width="100%" height="300"> <p>Ini adalah contoh kod iframe</p> </iframe>
Script Untuk Jadikan Blog Anda Anti-iFrame
Di sini aku nak kongsi satu skrip ringkas untuk elakkan blog korang daripada di-iframe-kan oleh blog-blog lain. Sebab iframe ni sebenarnya boleh memberi kesan yang buruk kepada blog kita. Curi content, curi traffik, curi duit dan sebagainya.
Mari kita mulakan.
- Mula-mula, buka tempat untuk edit theme/template blog korang.
- Lepas tu, cari kod </head> yang ada dalam theme korang. Mustahil kalau tak jumpa.
- Kemudian, copy script di bawah ni dan paste-kan sebelum kod </head> tadi.
- Save editing yang telah dibuat.
- Siap dah..
<!-- Script Anti iFrame --> <script> if(self!=top) {top.location.href=self.location;href;} </script>
Pastikan struktur kod tersebut jadi seperti di bawah ni.
<!-- Script Anti iFrame --> <script> if(self!=top) {top.location.href=self.location;href;} </script> </head>
Fungsi Kod Anti-iFrame
Fungsi penggunaan script anti-iframe ni adalah untuk elakkan sebarang penggunaan iframe ke atas blog korang.
Bila ada mana-mana blog menggunakan iframe untuk blog korang, script anti-iframe ni akan redirect secara pantas ke sumber asal content iframe tersebut.
Maknanya akan redirect ke blog korang laa.
Itu sahaja perkongsian untuk kali ni. Script ni aku hanya test pada platform WordPress. Kat platform Blogspot aku tak try lagi.
Mana-mana blogger yang menggunakan blogspot, harap korang boleh cuba sendiri. Lepas tu try iframe-kan blog korang tu kat blog korang yang lain-lain (bagi yang ada banyak blog), atau boleh minta rakan-rakan blogger lain tolong test iframe blog korang.
Kalau berjaya, sila tinggalkan komen bagitau hal tu ye untuk aku update kat sini supaya blogger-blogger Blogspot yang lain tak rasa takut nak cuba script ni.
Bagi pengguna WordPress, boleh juga gunakan plugin WP-Copyright-Protection yang mempunyai fungsi disable iFrame, disable right click, disable selecting text dan disable fungsi drag-and-drop pada gambar.
Benda ni yang saya tercari-cari selama ni.
Penting sangat ni.
Ya Allah, thanks for this article saudara Anarm. ;)
:dizzy: ni edit theme ke edit template keliru2
tw bro.. dah psg dh ni :biggrin:
wah,…tq2 bro..:)
Hangat juga cerita pasal iframe ni..Sampai entri anti iframe pon keluar..hehe
perkongsian tutorial yg sgt bergune nie..thanks… :biggrin:
Ohhh. Macam tu. Bukankah bagus boleh iframe begitu untuk berkongsi maklumat? Jadi kenapa pula perlu anti-iframe?
@Mohd Shahrul Hafizi, banyak jugak tu nk explain.. pembaziran bandwidth (bagi self-hosted blog), kecurian content, traffik tipu, macam2 lagi lah.. asalkan faham dengan konsep iframe, semua tu kita boleh faham sendiri kebaikan dan keburukan dia..
@Anarm, Okay. Sekarang sudah faham konsep iframe tu. Hehehe. Terima kasih berkongsi. :biggrin:
Kurang faham dgn definisi iframe ni. Ada contoh tak? Real examples. :pinch:
@Mohd Shahrul Hafizi, contoh penggunaan iframe:
1. masukkan video youtube ke blog dgn menggunakan code yg diberi.. (code iframe)
2. Contoh iframe yg ada kat blog ni, di page Quran Explorer.. kandungan page tu bukan aku yg buat.. aku guna iframe utk paparkan kandungan dari website QuranExplorer.com..
erkk..apa benda iframe tu. tak berapa faham la.. :blush:
@cikgufaezah, konsep iframe senang je.. contoh penggunaan iframe :
masukkan video dari youtube ke dlm blog.. code video youtube tu menggunakan iframe.. maksudnya, video yg dimainkan di blog sebenarnya load dari laman youtube..
Nak try code anti frame,malas nak memberatkan blog dgn plugin
thanks 4 sharing,Anarm:biggrin:
ya macih banyak2 adik ku.. keke.. ternanti2 entry ini… baca dok baca la ancaman iframe.. keke tp nk tau gak prevention… kalu mention kat blog ok kot nooo :D
Wah ,ini sudah bagus da lame cari trick macam ne,almaklumla baru berjinak dengan wordpress ne..
macam ni pun ada rupanya. ingatkan sekadar untuk iklan. nak try jugaklah. prevention is better then cure eheh
nice bro!…aku dah try script ni, thanks for sharing :wink:
@MokhZam, camne function die? ok tak? :happy:
nak try gak lah..install plugin je senang..kalau nak tukar theme papehal dah senang :pouty:
bagus nie, aku nak gune plugin wordpress tu, hehehe. terima kasih kerana berkongsi yer. plugin tu memang berguna sekali. hehehehe
bro anarm saya dah try boleh jalan tapi tak tau function dia berkesan ke tidak…tunggu beberapa hari lagi mungkin nampak kot…
Kurang jelas dekat sini. Adakah iframe ini berlaku apabila kita ada buat exchange kod tanpa kita sedari.
pergh! blogger iframe..
ermm, nak kena cuba gak ni..
banyak sangat dah pakai plugin. better cuba yang script ni pulak
thanks abg anarm.auwww.. :w00t:
p/s 404 tu jgn lupa yer..aku nantikan ni..;D
@syahrilhafiz, haha.. ok2.. hari cuti ni aku cuba buat yg 404 tu..
bedesup masukkan coding ni…tenkiu incik anarm… :)
Ooo..mak ni budak baru belajar. Baru tau psl iframe ni. Dah baca sini sana, rasa2 mcm phm issuenya.
Wlu apapun, mak nak try buat ‘anti iframe’ tu..sediakan payung sebelum hujan
wah baru ku tahu apa e2 iframe..tgk sibuk jer masing2 bincang pasal nie…di twiiter
Pi kat perlisnews blogspot.com gua post entri iframe harian kosmo. kod pun ada untuk blogspot.
Dulu ada orang offer nak ajar aku teknik ni, dia iframe blog 2-3 (blog 3gp + blog cerita lucah) blog dia dalam 1 blog (copy+paste), akibatnya trafik mencanak siot, siap bangga dia dapat Rm800 sebulan nuffnang dia pakai teknik ni
Aku cakap trafik dia tak halal, Sekarang tak tau apa kisah blog dia, dah berkubur kot :whistle:
@Rjuna, dah macam buat auto blog je.. aku ade gak buat.. tp takde la tarik dr blog2 camtu.. haram tu.. huhu..
erk… aku cume nak tanye pasal code html tu.. macam mane hang taruk.. rasanya hari tu piratz ade buat tutor pasal code html macam hang buat dalam post kat atas.. tapi aku lupe dah nak buat mcm mane.. pakai plugin ke? tak jumpe dowh nak carik. lol~
@Kreuger, hamba hanya menggunakan plugin SyntaxHighlighter Evolved yang hamba ambil daripada perkongsian oleh saudara piratz.. :whistle:
apa maksud “buka tempat untuk edit theme korang”
specific sket, style.css ke? takde pulak kat situ
@Affan, ohh.. sori2.. lupa lak nk spesifikkan.. ingatkan semua dah otai bab2 coding theme ni.. huhu.. code </head> yg perlu dicari tu ade di header.php.. so, silakan buka header.php ye.. :tongue:
@Anarm, sebelum ko reply komen ni kot, aku dah bukak satu2 file. lol!
akhirnya jumpa.
camne nak test ye effective ke tak
@Affan, kau tak baca ke..yang dia cakap sapa banyak blog tu cuba la..ekeke..
cuba la..kang terbaik. sekarang gak aku godek..
salam
sy xpaham lar
:blush:
thx ye.. =)
dh leatk dah, tp x check lagi..hehe
kalau guna kod ni mmg x kn run ke semua infarme2 ni bro?
Terkini :
Fakta Menarik Tentang Tidur@suffer8zine, iframe yg mengandungi blog kita je yg akan ikut script ni.. iframe2 lain tetap berfungsi mcm biasa..
script ni gunanya in case ada blog lain yg buat iframe ke atas blog kita.. blog kita terpapar kt blog org tu.. ade banyak kesan buruk kalau buat camtu.. contohnya macam traffik yg masuk ke blog tu, blog kita pon akan dapat traffik jugak, tp traffik tipu.. takde beri apa2 faedah pn kt kita.. kalau ade blog yg buat camtu, script ni function die akan redirect pelawat blog tu terus masuk ke blog kita.. dan say bye2 kat blog yg guna iframe tu..
@Anarm,
hebat juga script block inframe tu, thnx bro,. nice info
owh begitu..
wrapper ngan iFrame, 2 benda berbeza ker?
@Jaws, maksud ko wrapper yg dlm theme blog ke? tu table utk struktur theme.. iframe ni plak lebih kepada umpama sebuah kotak yg kita bleh sumbat blog2 org lain kat dalam tu..
serius aku baru tau. ada jugak iframe kejadah macam ni.. :pinch:
thanks atas infonya.. aku nak cuba jugak..
oooooOoOOOooOoOoooooOooOOoooOoooooo… tapi orang nak amik apaapa dalam blog aku, ada aku kesah…
seronoknya dapat duit… tapi dok rumah je… tak best ah.. nak pergi krabi island… boleh hulahula…
@katak, dok rumah la best.. dapat simpan duit, jimat.. bosan2 bleh tido.. huhuu
peh mantap tue
bro malas nk iframe2 nie.. leh tulis x pasal nie kat blog ohpakar.com
if sudi roger bro ek…
p/s- tang mana kes yang buat duit tue ek
lagi satu.. jangan buat i”frame”stone ek… bro je framestone… xde dah yang lain
@Bro Framestone, camne tu nk tulis kt ohpakar? bg akses ke? atau just submit artikel ni kat bro?
kes yang buat duit tu ade tulis kt blog dauspozi.. sebenarnya tak berape paham jugak bab buat duit iframe tu.. tapi tak kisah la.. asalkan dia tak usik telur kita dah ler.. haha..
@Anarm, buat duit guna iframe tu, contoh nya link churp2 yang sepatutnya kita pass kat orang suruh click, *censored*.
ada paham? so jangan buat.
p/s: ade baiknya ko delete balik komen ni. kang terbagi idea kat orang pulak.
@Zaiman Noris, ooo ini kerjanya selama ni :w00t:
aku punya tak buat pun..main youthsay dah stop..
maklmat yg bagus,terima kasih
Wah ok baik, laju2 gi masukkan coding nie :)
@yanmie, jgn laju2 sangat.. kang kene speed trap.. keh3..
Trimasss, kejap lagi juge aku edit.. ngee..
Act tak berapa nak faham sgt.. tapi boleh laa faham utk yg asas tu..
@Feez Mior, tang mane yang tak berape nak paham tu? ce citer.. ce citer..
@Anarm,
ntah, mgkn sbb aku dah lama ilang,then bile aktif blogging balik, otak tepu sudah.
so, skrg tgh fahamkan sikit laa..
mcmana boleh timbul issue iframe ni? setahu aku, coding iframe ni digunakan masa nak letak facebook fan page dkt blog jer..hehe..
nice sharing. dpt ilmu berguna di pagi hari ni. thanks. :cheerful:
@penyubiru, terima kasih.. sama2.. :happy:
eh lupa…nk guna skrip ke nak guna plugin ye?
skriplah kot labih baik, kan… nak test gak
@Kujie, biasanya, kalau sesuatu function tu die sediakan script dan juga plugin, better elakkan guna plugin.. pkai je script.. lagi pun plugin sedikit sebanyak boleh memberatkan blog.. kecuali kalau takde pilihan, baru la boleh pilih plugin (terpaksa)..
bile bab duit je dah keluar ayat gedik wwww itewww…haha
jangan lupa = mekdi rawang :biggrin:
@Kujie, biaseww.. bukan senang nk dapat duwet online kan.. mesti la gedik2 sukewwww.. haha..
sekarang jugak aku buat…
@Piston Pecah, orait.. ko bleh jadi org pertama test script ni kt blogspot.. kalau berjaya, tolong inform kat sini.. nanti aku update kt entri ni beserta credit terima kasih.. :happy: