Isteri Tak Sihat, Suami Masuk Dapur

Petang semalam macam biasa aku pergi jemput isteri balik kerja. Dalam kereta dia mengadu kat aku cakap pening kepala rasa nak muntah. Time tu aku dah berfikir ke arah ‘ITU’. Rupanya dia pening-pening biasa je.

Sampai rumah aku terus suruh dia baring kat sofa diam-diam tengok TV. Bagus jugak macam tu. Kalau tak asyik mengadap FarmVille 2 je dengan Geng Kebun Puan Bee.

Oleh sebab isteri tak sihat, suami kena masuk dapur malam tu untuk sediakan makan malam. Biar isteri lepak-lepak tengok TV.

suami memasak

Aku publish gambar di atas ni kat Instagram aku kononnya nak berlagak tunjuk aku sedang memasak. Niat pun dah salah, nak menunjuk-nunjuk.

Akhirnya ‘drama’ aku dikantoikan oleh bro Ejam Othman. Lakonan aku tak menjadi. Sebenarnya aku panaskan lauk je. Haha. Pandai bro Ejam buat aku kantoi. Ini semua sebab salah teknik ambil gambar.

komen drama panaskan lauk

Aku ada juga masak nasi dan goreng telur 2 biji. Dah lama sebenarnya tak menggoreng telur. Nasib baik menjadi elok je. Siap dapat pujian lagi dari isteri aku dia cakap telur aku cantik.. Errr telur yang aku goreng tu cantik! Haha.

Bukan senang nak dapat pujian macam tu. Rasa bangga sekejap.

Masa tengah panaskan lauk kat dapur tu terfikir jugak la bila agaknya aku nak pandai masak macam-macam lauk. Satu hari nanti kalau isteri mengandung ke tak sihat ke takkan nak beli makanan kat luar. Masak sendiri lagi terjamin kebersihan makanan tu.

Lagipun tugas kat dapur bukan tugas isteri je. Dalam rumahtangga apa salahnya kalau suami tolong masak sama-sama dengan isteri.

Lepas ni aku nak belajar masak dengan isteri aku. Dia masak sedap. Mana tahu dia boleh turunkan ilmu memasak tu kat suami dia ni.

Lelaki pun kena pandai masak derr..

32 Comments

  1. ha ha, tengok gambar ikan dah tahu prehit punya.. takpe bro. slowly… my brother blaja masak dengan mak masa isteri dia pregnant.. kelakar juga la…

  2. Kalau dah bergelar suami tu,kena rajin turun dapur.Masak kari,masak lemak tak susah sebenarnya.Kena selalu praktis baru boleh masakan yg baek punya :)

  3. bila isteri sakit baru suami terkial-kial nak masak di dapur, walaupun hanya goreng telur itu dikira pahala…..serupa gak buat kerja rumah lain macam iron baju…..pengalaman my hubby dulu… :biggrin: ..

  4. hahaha..x perlu la belajar…. sok2 dah tiba masanya sendiri tau..

    eh.. suami kak sumi tu hari 2 minggu jaga kak sumi dalam pantang….siap masak kan lauk pantang lagi… sedap ok!! hahaha

  5. Hihihi. Kepala ikan je dah kantoi. Belajar masak dengan isteri tu okay tapi cuba sesekali tengok resepi dekat internet & try. Simple pun okay, mesti isteri rasa terharu sesangat tau :)

    • @Rara, Kalau teknik amik gambar tu betul mesti takkan kantoi. Hehe.. Memang kadang2 tu terniat nak masak untuk isteri. Cuma terniat jela, buatnya tak tau lagi bila. Haha..

  6. haha.. kawan pun nak menuntut ngan mak kawan ni.. tp kawan risau kalo tetibe die ckp “budak ni betul ke idak” kekeke

Leave a Reply