Internet Lebih Laju Dengan Cloudflare DNS 1.1.1.1

Cloudflare, sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan Content Delivery Network (CDN) dan keselamatan laman web telah melancarkan perkhidmatan DNS percuma mereka dipanggil Cloudflare DNS atau 1.1.1.1.

Tahukah anda? Capaian internet lebih laju dengan Cloudflare DNS!

Sebelum ni aku pernah guna OpenDNS dan Google DNS. Bila dapat tahu ada DNS baru dari Cloudflare, aku terus cuba tanpa fikir banyak.

Cloudflare DNS 1.1.1.1

DNS Penyedia Perkhidmatan Internet

Walaupun penyedia perkhidmatan internet dah memiliki DNS sendiri (contoh Telekom Malaysia), tetapi biasanya capaian internet agak perlahan.

Sebab tu ramai pengguna (termasuk aku) memilih untuk guna DNS pihak lain (3rd party) yang menawarkan capaian internet lebih pantas seperti OpenDNS dan Google DNS.

Kini, Cloudflare DNS pula muncul hasil kerjasama antara Cloudflare dan APNIC yang menawarkan perkhidmatan lebih baik berbanding DNS sedia ada.

Cloudflare DNS jaga privasi pengguna

Beza Cloudflare DNS Dengan Perkhidmatan DNS Lain

DNS dari Cloudflare ni berbeza dengan OpenDNS dan Google DNS. Cloudflare DNS memfokuskan pada kelajuan dan privasi pengguna di mana mereka tidak akan simpan sebarang log berkaitan aktiviti internet pengguna.

Dari segi kelajuan, CloudFlare menyatakan perkhidmatan DNS mereka adalah yang terpantas di dunia!

Jika anda biasa menggunakan OpenDNS dan Google DNS, mungkin tak terasa sangat perbezaan kelajuan internet.

Tapi berdasarkan data dari kajian yang dibuat DNSPerf menunjukkan Cloudflare DNS ni lebih laju dan menduduki tempat pertama.

Internet lebih laju dengan Cloudflare DNS

DNS Performance Speed Test

Walau bagaimanapun, kelajuan internet tetap bergantung pada penyedia perkhidmatan internet (ISP) yang kita gunakan. DNS ni cuma membantu sedikit saja untuk melancarkan lagi capaian internet.

Kalau server ISP tu perlahan, speed internet pun akan jadi perlahan juga.

Cara Setting Cloudflare DNS

Siapa nak guna internet lebih laju dengan Cloudflare DNS boleh pergi ke laman web https://1.1.1.1 dan baca tutorial untuk setting di peranti yang anda gunakan.

Video tutorial pun ada disediakan untuk panduan cara setting Cloudflare DNS. Mudah je cara nak setting Cloudflare DNS ni.

Boleh setting untuk guna di komputer (Windows / MacOS / Linux), di smartphone (Android / iPhone) dan juga router.

Aku dah mula guna Cloudflare DNS ni sejak ianya dilancarkan pada 1 April 2018. Setakat ni ok je..

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *