Akaun Instagram aku sekarang ni macam ada masalah sikit. Sejak minggu lepas “caption” yang aku tulis untuk gambar baru dah tak dapat dilihat di Instagram. Keluar gambar je tanpa caption walaupun aku dah tulis.
Bila tengok gambar sama yang aku post ke Facebook dan Twitter, caption yang aku tulis tu memang ada. Entah kenapa kat Instagram dia tak keluar pulak.
Lagi satu masalah, aku tak boleh nak follow orang lain. Bila aku tekan butang “Follow” (warna biru bermaksud belum follow), dia bertukar jadi “Following” (warna hijau bermaksud dah follow).
Tapi tak sampai 1 saat lepas tu dia bertukar balik jadi “Follow“. Tension aku!
Ada berderet rakan Instagram yang baru follow aku tapi aku tak boleh nak follow balik. Tambah-tambah yang baru follow aku tu awek cun. Berkali-kali aku tekan butang “Follow” tapi tak dapat-dapat nak follow diorang. Rugi la tak dapat follow Instagram awek cun. Kihkihkih..
Aku dah cuba hantar report pada Instagram tentang masalah akaun aku. Rasa-rasa Instagram akan ambil tindakan tak untuk selesaikan masalah aku ni?
Takkan nak kena buat akaun baru kot. Sayang rasanya nak tukar akaun sebab akaun sekarang dah post banyak gambar. Like dan komen-komen pun dah banyak.
Jadi tak syok dah nak main Instagram bila berlaku masalah macam ni.
UPDATE: Oleh sebab macam dah takde jalan penyelesaian bagi masalah akaun Instagram @anarmnet, aku terpaksa create akaun Instagram baru. Siapa sudi silalah follow Instagram @anarmnetwork ye..
Terima kasih.
sama la kita. geram betol. xboleh komen. kalau update status, yang keluar hanya gambar. apa masalah iG ni sebenarnya? memang xde tukar setting ke apa. ish3. haru hiduppp
Entah la . Pernah cuba contact pihak IG tanya apa masalah . Tapi takde sebarang respon . Last2 terpaksa create akaun baru .
Kalau ada masalah yang sama boleh cuba contact dan tanya dengan pihak IG . Mungkin kali ni dia bagi respon . Kalau tak bagi respon jugak, create akaun baru la nampak gayanya .
Hallo, how’s your IG now? I have a same problem with you. And haven’t idea how to repair it.
Hi, Renata..
If you have the same problem with your IG, I think you should create new IG account.. There’s no solution to that problem..
:cwy: sy pn jd xcamtu gak…huhu tension x jmpe jlm pnyelesaiannya
Instagram pun boleh merajuk tak nak kuar caption =)
UHh ramai juga follower ye … :) buat masa ni dok stop menangkap gambar utk masuk instagram .. skang banyak snap utk satu kontes ni …. :)
insta tue merajuk ngan anarm kot. :cheerful:
ada miscommunication kot insta ko anarm.. hehehe
tak dapatlah ambe menolong tuan anarm
kerna ambe sendiri takde instagram
tiba-tiba rasa macam mengidam
nak install jugalah instagram
Dia saje nak bermesra dengan ko tu bro..katanya upgrade la ke S4. Hehe
install dan uninstall bro ..kalau tak boleh jugak ce report
jarang update di instagram…
Cuba uninstall dan install.
Dah try reinstall dah.. Masalah tak hilang jugak.. Adehh..
haru jugak kalau kena macam ni ye,harap-harap ok la akaun tu,kalau tak kena buat yang baru
Dah cuba log out dan log in balik tak…??
X pun try log out dan kog in kat hp isteri…tgk..sama ker tidak…
Dah try reinstall apps pun sama je.. Log out dan log in balik pun sama jugak.. Try login guna hp isteri pun jadi benda sama jugak.. Ishhh.. Tak paham lah masalah ni..
olaaa..tu pasal aku malas pakai instagram nih. haha
Pernah update Instagram kepada versi terbaru?
Bagaimana pula dengan OS pada phone? versi lama atau sudah update kepada versi yang lebih terkini?
Takde update pulak setakat ni.. Hari tu guna takde masalah apa2.. Tiba-tiba je dia jadi camni.. Dah taktau nak buat macam mana dah..
dah lama tinggalkan instagram ni..sejak fon hilang..huuu
Tak pernah cuba kehebatan menda ni..
sabor je lah.. Haha
aiyak..!! aku pun tak sure. ada tukar setting ape2 tak?
Takde tukar apa2 setting.. Tau2 dah jadi problem macam tu..
sabar banyak2 yer abang anarm :)
masalah problem ni, harap2 diorg dapat betulkan masalah pd akaun instagram kau dengan kadar segera.
Kalau dalam minggu ni tak dapat selesai jugak masalah ni, terpaksa la buat akaun baru..