Ingat Allah Setiap Masa

Alhamdulillah, tadi dengar tazkirah pagi daripada ustaz yang dijemput khas datang ke office. Banyak input serta pengisian yang berguna telah dikongsikan bersama.

Aktiviti-aktiviti agama macam ni boleh membuatkan kita ingat kepada Allah yang telah mencipta kita dengan sebaik-baik kejadian, dan sepatutnya kita bersyukur kepada-Nya kerana telah menghidupkan kita di atas muka bumi ni.

Ingat Allah Setiap Masa

Umat manusia ramai yang terlalu asyik mengejar dunia, sibuk dengan urusan kerja sampai lupa kepada Allah SWT. Bila ditimpa sesuatu yang tak diingini atau inginkan sesuatu barulah terhegeh-hegeh menadah tangan meminta-minta dengan Allah SWT sedangkan sebelum ni kita tak pernah sedikit pun ingat kepada Allah.

Bila kita lupa kepada Allah, maka Allah pun akan lupakan kita juga. Sebab tu la doa yang kita panjatkan ada yang kita tak dapat, dan adakalanya lambat ditunaikan.

Untuk ingat kepada Allah bukan hanya dalam solat, lepas tu kembali lupa sebab sibuk dengan urusan dunia. Dalam setiap perbuatan yang kita lakukan setiap hari ada banyak masa boleh digunakan untuk ingat kepada Allah.

Bila kita ingin mulakan sesuatu kerja, baca Bismillah. Bila kita selesai melakukan kerja tu, baca Alhamdulillah. Nak berjalan, baca Bismillah. Nak baca buku, baca Bismillah. Dalam setiap perbuatan rutin kita dapat menyebut nama Allah menandakan kita ingat kepada Allah, pencipta kita.

Firman Allah, “Maka apabila kamu telah menyelesaikan solatmu, ingatlah Allah di masa berdiri, di masa duduk dan di masa berbaring.” (An-Nisa’ 103)

Firman Allah, “Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang.” (Al-Ahzab 41-42)

2 Comments

  1. Manusia mmg mudah lupew…dalam Quranpon ada dinyatakan,tika seng mudah je lupa Allah tika sush plak sng2 je ingat Allah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *