Improve your typing skills

Korang tau tak berapa kelajuan korang menaip? Mungkin ramai di kalangan korang yang fikir korang la yang paling laju menaip, takde kawan-kawan lain dah yang dapat lawan kelajuan korang menaip.

Well, inilah masanya kita nak test skill menaip masing-masing. Aku nak kongsi satu laman web yang tugas dia mencatat masa menaip setiap orang.

TypeRacer.com berjaya menjalan tugas selaku pengadil bagi korang-korang yang nak berlawan menaip dengan sesiapa sahaja secara online. Di laman web tu korang boleh tau siapa yang paling laju menaip dan siapa yang paling lembab menaip.

typeracer

Di samping boleh improve typing skill masing-masing, kita juga boleh berseronok di laman web tersebut. Korang tak percaya?

TypeRacer merupakan online game yang berasaskan menaip (typing), di mana korang boleh bersaing antara satu sama lain di dalam web tersebut dengan menaip kembali petikan daripada kandungan buku-buku, movie, dan juga lagu-lagu yang popular atau mungkin ada petikan-petikan lain.

Anda perlu menaip kembali petikan ayat-ayat yang dipaparkan dengan betol, termasuk penggunaan uppercase, lowercase serta tanda-tanda seperti “, ?, !, dan sebagainya yang terdapat dalam petikan ayat tersebut.

Orang pertama yang berjaya menaip dengan betol adalah pemenangnya.

Korang harus menunggu selama 5 saat sebelum pertandingan bermula. So, perkara yang perlu korang lakukan semasa menunggu tu, korang baca la dulu quote yang dah dipaparkan dan plan strategi korang untuk menaip.

Jangan gelojoh, kelam kabut atau nervous. Bertenang, cool je time menaip tu baru la korang tak banyak buat salah semasa menaip. Jika korang kurang gembira dengan result, korang boleh practice kat laman web tersebut.

Practice dengan penuh daya usaha dan korang mungkin akan tersenarai dalam carta High Scores. Pastu boleh la berlagak dengan kawan-kawan kan? Haha..

TypeRacer adalah satu cara yang menyeronokkan untuk korang practice korang punya typing skill. Ianya mungkin boleh buat korang ketagih. So, don’t try this jika korang ada something yang penting untuk dibuat.. Jom layan!

15 Comments

  1. aku leh menaip 120 perkataan seminit..ehe… meh join group kita kat FB… search for Malaysian Fast Fingers group.. ^_^ untuk org2 m’sia jo… ^_^

  2. ahahhahaa.. akira, ptt la aku bgn pg semlm, lebam semcm je pipi sbelah nih.. isk.. isk…
    weh anarm, ko dpt lawan x aku nye high score? ahaks.. lawan ar.. 63 wpm :-”

    @silolo,
    belagak ko ek.. takpe2.. nanti aku lawan laa.. huh :amarah: :hikhik:

  3. hahaha…
    sungguh best bende nih..
    aku rasa nak cuba plak..
    tapi kalo sekali cuba mesti ketagih nak cuba utk kali kedua, pastu kali ketiga, pastu kali keempat..
    pastu kerja aku tak siap..
    hahaha..
    kesimpulannya, baik aku jgn cuba dulu sebelum cuti panjang bermula..cuti nanti aku nak jadi paling pantas.. :wekk:
    hahaha..

    nice info kamu share nih.. :loving:

    Jaws´s last blog post..Salah Sultan?!

    @Jaws, hahaha.. jauh sgt ko pikir tu jaws.. hehe.. well, kita tgk nama sape yang bleh masuk chart typeracer.. ade beran? :kenyit:

  4. Merosakkan aklak tul aku main game nie. Tergeliat jari jemari ku yang halus lagi lembut nie

    @Alfirus, hahaha.. lembut la sgt jari ko tu.. :amarah:

Leave a Reply