Impian Jadi Jutawan Internet Buat Duit Online

3 hari mengikuti seminar Asia Internet Congress 2013 minggu lepas di Sunway Pyramid Convention Centre banyak ilmu diperoleh hasil perkongsian beberapa orang jutawan internet seperti Fabian Lim, Terence Tan, Simon Leung, Ivan Ong, Thomas Kjeldgaard dan beberapa orang lagi yang aku tak ingat nama.

Mereka ni telah berjaya menjana pendapatan berjuta-juta Dollar setiap tahun, juga setiap bulan dengan bisnes yang dijalankan melalui internet.

asia internet congress malaysia 2013

Seminar Asia Internet Congress (AIC) yang berlangsung selama 3 hari bermula jam 9 pagi hingga 7 malam memang penuh dengan perkongsian pelbagai tips dan teknik untuk menjana pendapatan secara online.

Rasa kagum dan teruja bila mereka naik ke pentas dan mula bercerita bagaimana cara mereka buat duit yang sangat lumayan menggunakan internet.

Tips dan teknik buat duit online yang dikongsikan juga memang terbukti berkesan dengan adanya testimoni kejayaan anak didik mereka yang turut menggunakan teknik yang sama untuk buat duit secara online.

seminar asia internet congress malaysia 2013

Ada banyak cara lagi sebenarnya untuk buat duit online. Apa yang penting adalah NETWORK dan kena ada kerjasama antara satu sama lain untuk capai status jutawan internet dan dapat jana pendapatan yang luar biasa. Selain tu perlu ada mentor untuk beri tunjuk ajar.

Jom Bebas Hutang

Kejayaan tak datang bergolek. Kena ada perancangan beserta tindakan yang berani dan usaha gigih untuk capai matlamat. Untuk lebih berjaya jangan lupa bersedekah kerana sedekah itu kunci kejayaan dan dibuat oleh semua orang yang berjaya.

Nak berjaya kenalah ikut cara orang dah berjaya buat, dan tuntut ilmu dengan mereka. Betul tak?

sedekah rahsia kejayaan jutawan internet
Jutawan Internet Fabian Lim menyampaikan sumbangan hasil jualan buku CLICK

23 Comments

  1. Saya rasa orang Melayu pun ada yang dah bergelar jutawan melalui internet. Cuma mereka tidak suka menunjuk-nunjuk je.

  2. Yup, bener banget bro..
    di Al Qur’an juga sudah dijelaskan kalau sedekah bisa membuka pintu rejeki, jadi jangan pelit2 untuk bersedekah agar yang Maha Kuasa bisa mengalirkan rejekinya pada kita semua …

  3. Beruntung siapa yang dapat seperti Fabian Lim…kalau orang Melayu yang berjaya seperti dia, alangkah bagusnya. Kalau adapun beberapa kerat saja yang ada atau dapat.

    • Nak tahu ke? Panjang lebar jugak kalau nak terangkan kat sini.. Heee..

      Dalam kelas master wordpress mungkin ada sikit2 perkongsian tentang ni.. Bila dah jadi pelajar master, akan ada kelebihan.. lepas dah abis kelas Akademi Denaihati akan buat projek2 khas untuk pelajar master..

      Dari segi perkongsian, pelajar master diberi lebih keutamaan.. Group khas kat facebook untuk pelajar master pun dah diwujudkan untuk bincang apa saja topik berkaitan blog, buat duit, seo, cara tulis entri berkualiti dan macam2 lagi..

      Kalau nak dapat tawaran hebat tu kenalah join kelas master wordpress.. :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *