Iftar eQurban bersama Media & Blogger di Warisan Kaseh

Penat tapi seronok. Itulah yang aku boleh cakap tentang Majlis Iftar eQurban bersama Media & Blogger yang diadakan di Rumah Warisan Kaseh semalam.

Aku sampai ke lokasi majlis pada pukul 3:00 petang. Sinaran matahari panas terik waktu tu ditambah dengan tekak yang terasa sangat kering betul-betul dugaan bulan puasa. Asyik terbayang air sirap je.

iftar equrban warisan kaseh blogger media

Teratak Warisan Kaseh

Memandangkan lokasi Warisan Kaseh ni agak ke dalam masuk kawasan kampung, blogger-blogger dan rakan media yang dijemput berkumpul di Masjid Negeri Shah Alam untuk naik bas yang disediakan oleh pihak eQurban.

Akhirnya sampai juga mereka dan dibawa ke teratak Warisan Kaseh untuk mendaftar.

encik titan bersama boss equrban

shakiddo bersama boss equrban

media blogger daftar majlis iftar equrban

Setelah semua jemputan sampai, Majlis Iftar eQurban bersama Media & Blogger dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Tuan Haji Muhamad Khanafi Husin (CEO eQurban.com).

Kemudian ucapan daripada wakil Koperasi Muslim Kemboja, dan seterusnya ucapan perasmian oleh Tuan Haji Mohamad Sahar Mat Din (Timbalan Presiden DPIM).

hj khanafi ceo equrban
Tuan Haji Muhamad Khanafi Husin (CEO eQurban) memberi ucapan alu-aluan di Majlis Iftar eQurban

iftar equrban warisan kasih media blogger

Majlis dianjur bagi meraikan anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin, pelajar Maahad Tahfiz Ihya Al-Ahmadi serta warga emas di Warisan Kaseh.

Selain tu juga untuk acara pelancaran sistem baru laman web eQurban.com.

Seperti Majlis Iftar eQurban tahun lepas, pelbagai juadah enak disediakan buat para tetamu yang hadir seperti sate, cendol bakar, tepung pelita, nasi gulai ayam, dan macam-macam lagi.

hidangan enak iftar equrban
Antara juadah yang disediakan, cendol bakar jadi tumpuan ramai terutama Encik Titan (penggemar cendol)
blogger ensem majlis iftar equrban
Abang Ensem berpakaian sedondon dengan warna alas meja. Hehe..

Persembahan artis jemputan pun ada daripada artis Mu’adz Dzulkefly dan Kumpulan Damai yang menyampaikan beberapa buah lagu genre nasyid.

Aku suka dengar lagu baru Mu’adz bertajuk “Sambutlah” dan lagu kumpulan Damai bertajuk “Cahaya“.

muadz dzulkefly iftar equrban

blogger majlis iftar equrban

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar sekali. Semoga dengan kehadiran kita semua semalam menggembirakan anak-anak yatim serta warga tua yang kurang bernasib baik.

InsyaAllah bulan Ramadhan tahun depan kita jumpa lagi di Majlis Iftar eQurban.

Dekat-dekat nak raya ni, jom layan lagu raya sikit.

19 Comments

  1. macam sedap je cendol bakar dengkil tu..kalau lah dapt order pastu pos ke Labuan/ Sabah kan ke best..hehehe..

  2. seronok kalau aktiviti bersama blogger dapat diadakan bersama anak-anak yatim dan orang-orang tua di bulan Ramadhan ini…..

  3. Wah banyak juga yang datang ke iftiar eQurban Media nih, semoga mereka kedepannya semakin sukses begitu pula dengan admin nie :)

    • Yup, cendol bakar dengkil. Sedap! Tapi dapat rasa semangkuk je tak sempat tambah sebab ramai sangat yang serang cendol bakar tu..

      InsyaAllah next time cuba buat weekend. Rasanya kalau buat weekend lagi ramai blogger boleh join..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *