AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Santai » Iftar eQurban bersama Media & Blogger di Warisan Kaseh

Iftar eQurban bersama Media & Blogger di Warisan Kaseh

31/07/2013 Anarm 19 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Penat tapi seronok. Itulah yang aku boleh cakap tentang Majlis Iftar eQurban bersama Media & Blogger yang diadakan di Rumah Warisan Kaseh semalam.

Aku sampai ke lokasi majlis pada pukul 3:00 petang. Sinaran matahari panas terik waktu tu ditambah dengan tekak yang terasa sangat kering betul-betul dugaan bulan puasa. Asyik terbayang air sirap je.

iftar equrban warisan kaseh blogger media

Teratak Warisan Kaseh

Memandangkan lokasi Warisan Kaseh ni agak ke dalam masuk kawasan kampung, blogger-blogger dan rakan media yang dijemput berkumpul di Masjid Negeri Shah Alam untuk naik bas yang disediakan oleh pihak eQurban.

Akhirnya sampai juga mereka dan dibawa ke teratak Warisan Kaseh untuk mendaftar.

encik titan bersama boss equrban

shakiddo bersama boss equrban

media blogger daftar majlis iftar equrban

Setelah semua jemputan sampai, Majlis Iftar eQurban bersama Media & Blogger dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Tuan Haji Muhamad Khanafi Husin (CEO eQurban.com).

Kemudian ucapan daripada wakil Koperasi Muslim Kemboja, dan seterusnya ucapan perasmian oleh Tuan Haji Mohamad Sahar Mat Din (Timbalan Presiden DPIM).

hj khanafi ceo equrban

Tuan Haji Muhamad Khanafi Husin (CEO eQurban) memberi ucapan alu-aluan di Majlis Iftar eQurban

iftar equrban warisan kasih media blogger

Majlis dianjur bagi meraikan anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin, pelajar Maahad Tahfiz Ihya Al-Ahmadi serta warga emas di Warisan Kaseh.

Selain tu juga untuk acara pelancaran sistem baru laman web eQurban.com.

Seperti Majlis Iftar eQurban tahun lepas, pelbagai juadah enak disediakan buat para tetamu yang hadir seperti sate, cendol bakar, tepung pelita, nasi gulai ayam, dan macam-macam lagi.

hidangan enak iftar equrban

Antara juadah yang disediakan, cendol bakar jadi tumpuan ramai terutama Encik Titan (penggemar cendol)

blogger ensem majlis iftar equrban

Abang Ensem berpakaian sedondon dengan warna alas meja. Hehe..

Persembahan artis jemputan pun ada daripada artis Mu’adz Dzulkefly dan Kumpulan Damai yang menyampaikan beberapa buah lagu genre nasyid.

Aku suka dengar lagu baru Mu’adz bertajuk “Sambutlah” dan lagu kumpulan Damai bertajuk “Cahaya“.

muadz dzulkefly iftar equrban

blogger majlis iftar equrban

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar sekali. Semoga dengan kehadiran kita semua semalam menggembirakan anak-anak yatim serta warga tua yang kurang bernasib baik.

InsyaAllah bulan Ramadhan tahun depan kita jumpa lagi di Majlis Iftar eQurban.

Dekat-dekat nak raya ni, jom layan lagu raya sikit.

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Sekitar Majlis Iftar di Rumah Warisan Kaseh
  • Buah Tangan Dari Luar Negara
  • Kemesraan Hari Raya bersama Samsung

Kategori : Santai Keyword : dewan perdagangan islam malaysia, dpim, lagu nasyid, lagu raya, majlis iftar, rumah warga emas, warisan kaseh

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Buka Puasa Ayam Golek Lima Bintang Nara Seafood
Next article:
Zakat Fitrah Satu Kewajipan

19 Comments

  1. fahmimustakim says

    03/08/2013 at 1:39 AM

    macam sedap je cendol bakar dengkil tu..kalau lah dapt order pastu pos ke Labuan/ Sabah kan ke best..hehehe..

    Reply
  2. eddie says

    02/08/2013 at 2:07 PM

    macam sedap je menu tue

    Reply
  3. Melastik Bintang says

    01/08/2013 at 4:50 PM

    terpaksa balik awal..tak dapat duit raya..huhu

    Reply
    • Anarm says

      01/08/2013 at 5:39 PM

      Tak dapat duit raya ke? Nanti aku tanya big boss eQurban macam mana, nak bagi duit raya jugak ke atau takyah. Hee..

      Reply
      • Melastik Bintang says

        02/08/2013 at 11:03 AM

        haha tak dapat la bro… pukul 9 aku balik sebab mr ray meragam…

        cantek!!!

        Reply
  4. sukma says

    01/08/2013 at 4:26 PM

    seronok kalau aktiviti bersama blogger dapat diadakan bersama anak-anak yatim dan orang-orang tua di bulan Ramadhan ini…..

    Reply
  5. puanbee says

    01/08/2013 at 2:12 PM

    seronok nya .. teringin nak terlibat , tunggu anak2 besar sikit la .. kecik2 ni susah sikit .. :) :cool:

    Reply
  6. nizam ijam says

    01/08/2013 at 1:18 PM

    gambar aku ade la yeahhhh hahahaha

    Reply
  7. Shahrul says

    01/08/2013 at 5:38 AM

    best kalau dpt berbuka dlm majlis mcm ni

    Reply
  8. titan says

    01/08/2013 at 5:16 AM

    ada jugak gambar gua. haha..

    Reply
  9. Rina says

    31/07/2013 at 3:56 PM

    Wah banyak juga yang datang ke iftiar eQurban Media nih, semoga mereka kedepannya semakin sukses begitu pula dengan admin nie :)

    Reply
  10. Zuan says

    31/07/2013 at 3:31 PM

    thanks anarm sebab sudi layan last minit confirmation..hehe

    Reply
    • Anarm says

      01/08/2013 at 5:37 PM

      Sama-sama. Next time aku terus simpan 1 seat untuk ko. Haha.

      Reply
      • Zuan says

        01/08/2013 at 6:02 PM

        hehehe boleh juga tu

        Reply
  11. Faizalpj says

    31/07/2013 at 2:53 PM

    Tu le weekend In shaa Allah boleh join

    Reply
  12. akubiomed says

    31/07/2013 at 1:07 PM

    Pandai pancing Titan suruh datang dengan cendol banting. :-)

    Reply
    • Anarm says

      01/08/2013 at 5:35 PM

      Memang nak pancing Titan datang join. Sebab tu adakan menu cendol.

      Reply
  13. cikgu naman says

    31/07/2013 at 12:04 PM

    kalau weekend teringin jugak nak join ;)

    cendol bakar dengkil ke?

    saudara Tuan Hj Khanafi kan tokeynya

    Reply
    • Anarm says

      31/07/2013 at 12:09 PM

      Yup, cendol bakar dengkil. Sedap! Tapi dapat rasa semangkuk je tak sempat tambah sebab ramai sangat yang serang cendol bakar tu..

      InsyaAllah next time cuba buat weekend. Rasanya kalau buat weekend lagi ramai blogger boleh join..

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy