Ice Bucket Challenge, Kempen Kesedaran Penyakit ALS

Beberapa hari ni aku tengok di media sosial dan blog-blog banyak bercerita tentang “Ice Bucket Challenge” yang melanda dunia melibatkan selebriti-selebriti, orang ternama dan tak kurang juga menteri kita di Malaysia.

Antaranya YB Khairy Jamaluddin.

Ice Bucket Challenge juga dipanggil ALS Ice Bucket Challenge merupakan kempen untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penyakit ALS (Amyotrophic Lateral Sclerosis).

Disamping mengumpulkan derma dan sumbangan untuknya.

ALS Ice Bucket Challenge

ALS atau dikenali juga dengan nama Lou Gehrig’s disease adalah sejenis penyakit yang mengganggu sistem saraf serta sel-sel dalam otak dan juga saraf tunjang.

Gangguan sistem saraf ini menyebabkan badan pesakit mengalami lumpuh sepenuhnya dan boleh membawa maut.

ALS boleh menyerang sesiapa sahaja yang berumur di antara 40 tahun hingga 70 tahun. Kebarangkalian untuk lelaki menghidap penyakit ini adalah 20 peratus lebih tinggi berbanding wanita.

Stephen Hawking antara orang yang menghidap penyakit ALS.

Professor Stephen Hawking antara pesakit ALS
Professor Stephen William Hawking

Dalam kempen Ice Bucket Challenge, seseorang itu harus merakam video diri mereka menyiram sebaldi air berisi ais ke tubuh lalu mencalonkan 3 orang lain untuk melakukan perkara yang sama.

Di samping itu memberi sumbangan kepada ALS Association bagi membiayai pusat penyelidikan dan mencari penawar penyakit ALS.

Antara orang terkenal yang menyahut cabaran ALS Ice Bucket Challenge ialah Mark Zuckerberg (pengasas Facebook), Bill Gates (pengasas Microsoft), Tim Cook (CEO Apple), Steven Spielberg, Justin Timberlake, Jennifer Lopez, The Rock, Adam Levine, Taylor Swift, Jessica Alba, dan ramai lagi.

Di bawah ni video cabaran Ice Bucket Challenge dibuat oleh YB Khairy Jamaluddin yang kemudiannya mencalonkan Rahman Dahlan, Nazri Aziz dan atlet Nicol David untuk melakukan perkara yang sama.

Tengok video-video Ice Bucket Challenge ni buat aku tertanya-tanya kenapa perlu siram dengan air berisi ais? Sejuk giler kot.

Bila aku cuba google, rupanya tujuan siram air berisi ais yang sejuk ke atas tubuh seseorang kerana ianya adalah kesan yang dirasai oleh pesakit-pesakit ALS.

Ada juga yang beritahu ianya satu kaedah rawatan saraf dipanggil Ice Cold Therapy. Macam pernah tengok dalam movie omputih yang mandi dalam tab mandi penuh air bercampur dengan ais. Seejuuuukk…

Ada ke rakan blogger yang buat ALS Ice Bucket Challenge ni?

26 Comments

  1. memang ramai selebriti luar negara yang join kempen ni. mandi ais memang bagus untuk kesihatan tapi saya tak sanggup..ketarr

  2. Sebab masalah saraf le pesakit ASL ni rasa sejuk kot.sebab,ibu berpantang kalau x jaga suhu bilik atau lupa nk selimutkan badan (terutamanya masa tido) akan jadi sejuk terketar sampai berlaga gigi.

  3. Mandi ais tu idea simbolik yang dijadikan viral untuk menarik perhatian…. apapun bila ada rezeki – sama-samalah kita berikan sumbangan pada yang memerlukan… :)

    • Dah ada tulis dalam entri..

      “tujuan siram air berisi ais yang sejuk ke atas tubuh seseorang kerana ianya adalah kesan yang dirasai oleh pesakit-pesakit ALS. Ada juga yang beritahu ianya satu kaedah rawatan saraf dipanggil Ice Cold Therapy.”

      • Terima kasih atas jawapan.

        Sebab satu yang musykil tu.. CEO yang Mark zuker berg.. BIll gates.. Dan steven spielberg.

        Semua ada kaitan dengan yahudi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *