AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Isu Semasa » Ice Bucket Challenge, Kempen Kesedaran Penyakit ALS

Ice Bucket Challenge, Kempen Kesedaran Penyakit ALS

24/08/2014 Anarm 26 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Beberapa hari ni aku tengok di media sosial dan blog-blog banyak bercerita tentang “Ice Bucket Challenge” yang melanda dunia melibatkan selebriti-selebriti, orang ternama dan tak kurang juga menteri kita di Malaysia.

Antaranya YB Khairy Jamaluddin.

Ice Bucket Challenge juga dipanggil ALS Ice Bucket Challenge merupakan kempen untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penyakit ALS (Amyotrophic Lateral Sclerosis).

Disamping mengumpulkan derma dan sumbangan untuknya.

ALS Ice Bucket Challenge

ALS atau dikenali juga dengan nama Lou Gehrig’s disease adalah sejenis penyakit yang mengganggu sistem saraf serta sel-sel dalam otak dan juga saraf tunjang.

Gangguan sistem saraf ini menyebabkan badan pesakit mengalami lumpuh sepenuhnya dan boleh membawa maut.

ALS boleh menyerang sesiapa sahaja yang berumur di antara 40 tahun hingga 70 tahun. Kebarangkalian untuk lelaki menghidap penyakit ini adalah 20 peratus lebih tinggi berbanding wanita.

Stephen Hawking antara orang yang menghidap penyakit ALS.

Professor Stephen Hawking antara pesakit ALS

Professor Stephen William Hawking

Dalam kempen Ice Bucket Challenge, seseorang itu harus merakam video diri mereka menyiram sebaldi air berisi ais ke tubuh lalu mencalonkan 3 orang lain untuk melakukan perkara yang sama.

Di samping itu memberi sumbangan kepada ALS Association bagi membiayai pusat penyelidikan dan mencari penawar penyakit ALS.

Antara orang terkenal yang menyahut cabaran ALS Ice Bucket Challenge ialah Mark Zuckerberg (pengasas Facebook), Bill Gates (pengasas Microsoft), Tim Cook (CEO Apple), Steven Spielberg, Justin Timberlake, Jennifer Lopez, The Rock, Adam Levine, Taylor Swift, Jessica Alba, dan ramai lagi.

Di bawah ni video cabaran Ice Bucket Challenge dibuat oleh YB Khairy Jamaluddin yang kemudiannya mencalonkan Rahman Dahlan, Nazri Aziz dan atlet Nicol David untuk melakukan perkara yang sama.

Tengok video-video Ice Bucket Challenge ni buat aku tertanya-tanya kenapa perlu siram dengan air berisi ais? Sejuk giler kot.

Bila aku cuba google, rupanya tujuan siram air berisi ais yang sejuk ke atas tubuh seseorang kerana ianya adalah kesan yang dirasai oleh pesakit-pesakit ALS.

Ada juga yang beritahu ianya satu kaedah rawatan saraf dipanggil Ice Cold Therapy. Macam pernah tengok dalam movie omputih yang mandi dalam tab mandi penuh air bercampur dengan ais. Seejuuuukk…

Ada ke rakan blogger yang buat ALS Ice Bucket Challenge ni?

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Isu Semasa Keyword : amyotrophic lateral sclerosis, ice bucket challenge, ice cold therapy, kempen kesedaran, lou gehrigs disease, mandi air sejuk, penyakit als, penyakit saraf, stephen hawking

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
2 Akaun WhatsApp dalam 1 Phone (Android)
Next article:
Astro Channel Percuma 29 Ogos hingga 1 September 2014

26 Comments

  1. ainun says

    04/09/2014 at 9:04 AM

    memang ramai selebriti luar negara yang join kempen ni. mandi ais memang bagus untuk kesihatan tapi saya tak sanggup..ketarr

    Reply
  2. Raihanah Ahmad says

    29/08/2014 at 11:29 AM

    nanti boleh cuba, sebagai satu kempen kesdran kepada orang lain.

    Reply
  3. KiD says

    28/08/2014 at 3:34 PM

    Jom mandi ais… ada kat spa seksyen 13 tu kan..? hehehehee

    Reply
  4. Jia Rizaira says

    28/08/2014 at 3:16 PM

    Dulu pernah berendam dalam kolam penuh dgn ais.

    Reply
  5. Ezad Skytech says

    27/08/2014 at 9:36 PM

    siapa yang tahan sejuk mandi ais patut cuba buat…hee

    Reply
  6. diana says

    27/08/2014 at 9:31 PM

    sekarang musim hujan.tak berani nak buat..sejuk..hahahah

    Reply
  7. lekatlekit says

    27/08/2014 at 4:20 PM

    kalau tak memudaratkan ok jer tapi ada baca sampai mati bagai tu seram jugak

    Reply
  8. mai has says

    27/08/2014 at 12:38 PM

    dari segi marketing, strategy ini sangat2 berjaya…:-)

    Reply
  9. Yeen says

    27/08/2014 at 2:16 AM

    Ohhh.. baru paham tujuan challenge ni. Mula2 ingat nak glemer jek.. hehehe

    Reply
  10. aishah ahmad says

    26/08/2014 at 10:55 PM

    Sebab masalah saraf le pesakit ASL ni rasa sejuk kot.sebab,ibu berpantang kalau x jaga suhu bilik atau lupa nk selimutkan badan (terutamanya masa tido) akan jadi sejuk terketar sampai berlaga gigi.

    Reply
  11. Biker.my says

    26/08/2014 at 11:49 AM

    Viral kan ALS nie. Asalkan membawa kebaikan kepada umat manusia takper lah.

    Reply
  12. titan says

    25/08/2014 at 6:06 PM

    mandi sebelum subuh pun..sejuk cam ais gak. haha..

    Reply
  13. Hazman Fadzil says

    25/08/2014 at 3:52 PM

    Mandi ais tu idea simbolik yang dijadikan viral untuk menarik perhatian…. apapun bila ada rezeki – sama-samalah kita berikan sumbangan pada yang memerlukan… :)

    Reply
    • Anarm says

      25/08/2014 at 4:40 PM

      Betul tu. Lagipun rezeki yang Allah bagi kat kita memang untuk dikongsikan dengan mereka-mereka yang lebih memerlukan.

      Reply
  14. bistari says

    25/08/2014 at 12:50 PM

    tak pernah aku tau pun benda alah ni. sekarang baru tau.

    Reply
  15. zool says

    25/08/2014 at 12:20 AM

    tak tau plak ia dibuat untuk kempen ni

    Reply
  16. blogger lelaki says

    24/08/2014 at 8:04 PM

    try pergi artik buat ni..hahaha

    Reply
    • Anarm says

      24/08/2014 at 11:28 PM

      Memang tak buat la kot.. Sana bertambah-tambah sejuk nye..

      Reply
  17. Ainaa Roseberry says

    24/08/2014 at 12:43 PM

    Perghhh dah la cuaca negara luar sejuk, mandi ais pula, ya Allah FROZEN! hahaha

    Reply
    • Anarm says

      24/08/2014 at 2:01 PM

      FROZEN? Let it go~ Let it go~ Hehe..

      Malaysia panas.. Boleh la buat Ice Bucket Challenge ni..

      Reply
  18. Mazni Azmi says

    24/08/2014 at 12:38 PM

    Hmmm… Apa simbolik ais dengan ALS ya

    tertanya tanya saja

    Reply
    • Anarm says

      24/08/2014 at 1:59 PM

      Dah ada tulis dalam entri..

      “tujuan siram air berisi ais yang sejuk ke atas tubuh seseorang kerana ianya adalah kesan yang dirasai oleh pesakit-pesakit ALS. Ada juga yang beritahu ianya satu kaedah rawatan saraf dipanggil Ice Cold Therapy.”

      Reply
      • Mazni Azmi says

        24/08/2014 at 4:53 PM

        Terima kasih atas jawapan.

        Sebab satu yang musykil tu.. CEO yang Mark zuker berg.. BIll gates.. Dan steven spielberg.

        Semua ada kaitan dengan yahudi.

        Reply
  19. namiacinta says

    24/08/2014 at 12:24 PM

    jom jom kita kumpul reramia dan sahut cabaran tpi berani ke ?

    Reply
    • Anarm says

      24/08/2014 at 12:36 PM

      Boleh je kalau nak buat. Setakat mandi ais sebaldi apa lah sangat. Hehe..

      Reply
      • bistari says

        25/08/2014 at 12:51 PM

        mandi time pagi2 la anarm..ade bran?hahaha

        Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy