Ibadah Korban di Kemboja bersama eQurban

Hukum ibadah korban adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang sangat dituntut bagi yang berkemampuan dan wajib bagi yang bernazar.

Sebahagian ulama mewajibkan kepada semua umat Islam yang mempunyai kemampuan untuk melaksanakan ibadah korban pada setiap tahun.

Kita dinasihatkan agar membuang perasaan tidak cukup wang kerana insyallah dengan melaksanakan ibadah korban, Allah SWT akan memberi kita rezeki dan pertolongan yang tidak disangka-sangka.

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda: “Barangsiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami.”   (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Ibadah Korban di Lokasi Yang Lebih Memerlukan

Banyak ibadah korban telah dibuat di negara Malaysia ni sejak dulu lagi.

Sering kita dengar dan lihat ibadah korban diadakan masjid-masjid dan surau-surau di mana 2 ekor lembu, 5 ekor lembu, malah juga 10 ekor lembu (atau lebih) ditumbangkan dalam melaksanakan ibadah korban ini.

Namun, kita kadang-kadang terlupa bahawa kemewahan yang melimpah ruah di negara kita ini tidak pernah dirasai oleh umat Islam di sesetengah tempat atau negara lain.

Di sini, pelbagai jenis makanan dapat kita temui. Sebut saja makanan apa yang kita nak, semuanya senang diperolehi. Lokasi kedai-kedai makanan ada di merata-rata.

Bagaimana pula dengan nasib saudara muslim yang berada di lokasi yang tidak semewah seperti negara kita?

Contohnya di negara Kemboja yang sebahagian besar umat Islam di sana hanya makan daging setahun sekali.

Adalah disyorkan untuk laksanakan ibadah korban di lokasi yang lebih memerlukan terutamanya di kampung pedalaman yang daif seperti di Kemboja, bukannya di bandar yang umat Islamnya mewah dengan makanan setiap hari.

Program Qurban di Kemboja

Atas sebab itu, eQurban.com telah mewujudkan satu Program Qurban di Kemboja dengan kos yang sangat berpatutan. Setiap penyertaan korban akan dilaksanakan di Kemboja.

Ibadah Korban di Kemboja bersama eQurban

Untuk satu bahagian lembu hanya RM230 sahaja, atau RM1,600 untuk satu ekor lembu. Untuk satu ekor kambing pula hanya berharga RM500.

Pesanan atau tempahan boleh dibuat secara online mulai sekarang sehingga tarikh tutupnya iaitu pada 7 hari sebelum Hari Raya Aidiladha 2011.

Pihak eQurban.com menyeru semua umat Islam di Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei dan negara-negara lain untuk mengeluarkan hanya RM230 (atau USD95) nilai satu bahagian lembu untuk ibadah korban di Kemboja.

Insyallah ganjarannya adalah syurga seluas langit dan bumi yang tidak boleh disamakan dengan nilai wang sebanyak RM230.

Kepada yang ada masalah peribadi, masalah kewangan atau pelbagai masalah kehidupan yang lain, pejamkan mata, selok saku anda dan keluarkan wang sebanyak RM230, laksanakan ibadah korban ini sambil berniat seikhlas hati untuk dapatkan keredhaan ALLAH SWT.

Insyallah, ALLAH SWT akan tunjukkan kita jalan untuk selesaikan masalah yang ada.

Firman ALLAH SWT yang ertinya, “Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu (pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar: ayat 1-2)

Ibadah korban di Kemboja
Ibadah korban yang dilakukan oleh pihak pengurusan eQurban.com di Kemboja

Buat Pesanan Qurban di Kemboja Secara Online

  • Layari laman web eQurban.com
  • Klik pada menu “TEMPAHAN”
  • Pilih jumlah bahagian korban yang ingin dilaksanakan
  • Buat bayaran di kaunter bank atau secara online ke nombor akaun bank yang telah dinyatakan dalam laman web
  • Setelah bayaran dibuat, kembali ke menu “TEMPAHAN” di laman web dan klik “BORANG BUKTI PEMBAYARAN”
  • Dalam borang bukti pembayaran, sila masukkan NAMA, EMAIL, NO. TELEFON, BUKTI BAYARAN dan NAMA PESERTA QURBAN

Pihak pengurusan eQurban.com di Kemboja akan mengambil gambar setiap ekor lembu yang dikorbankan untuk dilampirkan bersama sijil yang akan dikirimkan kepada sesiapa yang telah membuat ibadah korban.

Sila rujuk FAQ eQurban.com untuk maklumat lanjut.

Kalau RASULULLAH SAW dan PARA SAHABAT membuat korban setiap tahun, mengapa tidak kita lakukan perkara yang sama jika benar kita sayangkan Baginda.

Mari kita semua berazam untuk laksanakan ibadah korban “1 Keluarga 1 Bahagian” tanda kasih sayang kita pada RASULULLAH SWT.

Semakin sukar kita mendapat sumber kewangan untuk ibadah korban, semakin tinggi nilai pengorbanan kita di sisi ALLAH SWT, dan semakin tinggi juga makam ibadah yang kita laksanakan.

Nota:
Kepada organisasi, masjid dan surau yang mendapat banyak pesanan korban, disyorkan supaya sebahagian daripadanya dilaksanakan di Kemboja melalui eQurban.com

8 Comments

  1. terima kasih byk2. dengar iklan ni kat ikim.fm tp tak sempat dan salin n lupa la sbb tgh drive. syukur boleh jumpa info kat sini. tqtq :blush:

  2. woah, bleh pi jenjalan sambil2 buat pahala… hehe, aku tak penah lagi korban setakat hidup nie…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *