HootSuite – Twitter Client Terbaik

hootsuite twitter client terbaik

Sebelum aku tulis lebih lanjut tentang subjek Twitter Client Terbaik ni, aku nak mulakan dulu dengan pengenalan ringkas tentang apa itu Twitter – bagi sesiapa yang masih belum tahu dan berminat nak tahu. FYI, Twitter memang best!

Twitter merupakan social networking dan microblogging yang membolehkan pengguna untuk hantar dan baca mesej yang dipanggil sebagai ‘tweet’. Tweet ialah text-based post iaitu pesanan ringkas (seperti menulis SMS) dan hanya menggunakan 140 character. Tweet akan dihantar kepada semua rangkaian yang telah dihubungkan (Follower).

Twitter juga sama seperti blog, sesuai untuk kita update sesuatu terus ke internet dengan pantas, ringkas.

HootSuite – Twitter Client Terbaik

Hootsuite ialah Web-based Twitter Client. Tak perlu install apa-apa software, hanya buka website hootsuite.com dan log masuk untuk menggunakannya. Aku gunakan HootSuite untuk update status Twitter, status Facebook dan Facebook Page.

HootSuite merupakan Twitter Client yang paling aku suka. Dah bermacam-macam jenis Twitter Client aku pernah guna seperti Tweetdeck, Seesmic, Echofon, MetroTwit, DestroyTwitter dan lain-lain. Tetapi HootSuite tetap menjadi pilihan sebab ianya mudah dan ada banyak fungsi yang menarik.

HootSuite menyediakan 2 plan untuk para pengguna iaitu plan percuma dan plan berbayar dengan harga $5.99 sebulan. Dengan plan berbayar, korang akan dapat unlimited account connections, unlimited stat history, Google Analytics integration, Facebook Insights integration, Unlimited RSS Feeds, dan lain-lain. (Lihat Hootsuite Plans)

Masa aku mula-mula pakai HootSuite dulu, semua fungsi dapat digunakan sepenuhnya. Tiba-tiba HootSuite wujudkan akaun berbayar dan banyak fungsi jadi limited untuk free user. Tapi HootSuite tetap the best bagi aku. Memang terbaik!

Fungsi-Fungsi Asas Pada HootSuite

  • SOCIAL NETWORKS
    HootSuite membenarkan integration dengan beberapa laman sosial seperti Twitter, Facebook, Facebook Page, LinkedIn, Ping.fm, WordPress, MySpace, Foursquare dan mixi. Setiap social networks yang telah diaktifkan akan diberi tab tersendiri untuk setiap akaun.
  • hootsuite social networks
    HootSuite Tabs dan Social Networks

  • TWEET KE BEBERAPA AKAUN
    Dengan hanya 1 tweet, korang boleh submit tweet tersebut ke akaun-akaun korang yang lain. Korang hanya perlu tulis ayat yang korang nak tweet, kemudian select akaun-akaun yang korang nak post tweet tu.
     
  • SCHEDULE TWEET
    Korang boleh gunakan fungsi schedule tweet di HootSuite untuk hantar tweet pada masa dan tarikh tertentu. Contohnya, korang nak tweet “Happy Birthday” kepada awek atau pakwe korang. Tulis tweet tersebut di ruangan ‘Compose message’ dan kemudian setkan masa serta tarikh untuk tweet tersebut dihantar.
  • hootsuite schedule tweets
    Schedule tweet menggunakan HootSuite

  • HOOTSUITE HOOTLET
    HootSuite Hootlet fungsinya sama seperti Tweet Button dan Facebook Share. Aku paling suka fungsi Hootlet ni sebab memudahkan untuk share link atau sesuatu info dengan follower.

    Drag and drop Hootsuite Hootlet ke bookmark toolbar pada browser korang dan korang dah boleh gunakannya untuk tweet atau share apa saja tanpa perlu ke halaman Hootsuite.com. Pastikan login dulu.

    Seandainya korang masuk ke sebuah blog yang mempunyai info menarik dan korang rasa nak share info tu dengan follower korang. Tapi blog tu tiada fungsi Facebook Share, Facebook Like ataupun Tweet Button. Dengan hanya menekan HootSuite Hootlet, satu tetingkap kecil HootSuite akan muncul.

    Lepas tu, korang boleh tweet dan share maklumat di blog tersebut ke akaun Twitter ataupun akaun Facebook korang dengan mudah. Tweet tersebut akan menggunakan ayat daripada ‘Title’ bagi halaman yang korang share tu.

  • hootsuite hootlet bookmarklet
    Contoh penggunaan HootSuite Hootlet di entri blog Zulseffort.com

    HootSuite juga ada sediakan Hootlet dalam bentuk Add-ons untuk Firefox dan juga Extension untuk Google Chrome.

  • ANALYTICS / STATISTIK
    Dengan Hootsuite juga korang boleh lihat statistik bagi tweet korang yang popular, berapa jumlah klik bagi link yang korang tweet menggunakan Hootsuite (ow.ly), top referrrer dan lain-lain. Interface bagi page statistik tu pun cantik macam Google Analytics.
  • hootsuite stats
    Contoh Statistik Hootsuite

  • AUTO TWEET (RSS FEED / ATOM)
    Masukkan RSS Feed blog korang di bahagian setting RSS/Atom Hootsuite. Setiap kali korang update blog, Hootsuite akan auto tweet entri terbaru di blog korang. Korang juga diberi pilihan untuk hantar auto tweet tu ke Twitter, Facebook atau akaun-akaun yang lain, atau boleh juga hantar ke semua akaun sekaligus. Huhu..
  • rss feed hootsuite auto tweet
    Setting RSS / Atom Feed pada HootSuite

    Ada banyak lagi fungsi menarik yang ada pada HootSuite. Penat aku nak senaraikan semua sekali. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh cuba sendiri menggunakan Hootsuite.com. Terbaik!

24 Comments

  1. Aku pun dah mula syok guna Hootsuite
    Aritu tengok ko guna macam best je
    sekali dah cuba memang menarik Hootsuite ni

    • @wazy, tau takpe.. aku dah pernah try ganti dgn apps lain.. tp last2 balik semula pkai hootsuite.. yang paling aku suka, dia punye Hootlet.. senang nak share apa2 ke timeline..

  2. dah try macam2.. web, blu, metrotwit and sekarang stay ngan tweetdeck jer. berkenan jugak dengan hootsuite ni.. :D

  3. Belum pernah Hoot Suite. Pernah guna Tweet Deck tapi macam berat sahaja. Sekarang ini guna EchoFon sahaja.

    Mungkin boleh cuba-cuba HootSuite

  4. tak pernah try lagi hootsuite ni.
    nampak macam menarik, banyak betul kelebihannya.
    sekarang jugak nak try.
    nice bro ;)

  5. masih stick dgn metrotwit..hehhee
    dah try macam2..tapi still rasa tak selesa macam metrotwit..huhuhu…

  6. Tak pernah cuba lagi hootsuite setakat ni, sebab aku lebih prefer guna desktop client, daripada web base client. Tapi banyak gak fungsi2 yang menarik, mungkin pasni lerh cuba hootsuite plaks. :D

    • @Eizil, aku dah tinggal desktop client.. last guna Tweetdeck.. lepas explore hootsuite, terus sangkut sampai sekarang sbb banyak function best kat hootsuite..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *