Hampir seminggu dah terpaksa hidup tanpa WiFi dan jalur lebar sebab talian internet Streamyx masih belum dipindah dari rumah lama ke rumah baru.
Hari Selasa lepas dah pergi TMpoint untuk urusan pindah line. Tapi pihak TM cakap mereka kena hantar technician untuk survey dulu kawasan rumah aku memandangkan alamat takde dalam sistem masa diorang check kawasan liputan. Hurmm…
“Mungkin apartment yang encik menginap sekarang ni apartment baru“, kata orang TM.
Entah lah. Sekarang ni dok tunggu panggilan daripada diorang je. Dalam tempoh 7 hari TM akan hantar orang untuk datang survey kawasan rumah aku. Kalau semuanya ok baru boleh pindahkan internet Streamyx.
Sementara tunggu selesai urusan pindah Streamyx, malam-malam aku dengan wife dok layan movie je. Nak tengok TV pun tak boleh sebab Astro pun belum pindahkan lagi. TV susah nak cari siaran.
Harap-harap dalam minggu depan internet dah boleh guna. Ada banyak lagi urusan lain nak kena buat bila pindah rumah baru.
Internet ni memang bab paling penting bagi blogger. Harap ada la talian kan.
susah juga ya kalau ada benda penting yang perlukan internet
kalau sehari aje takde internet dah rasa semacam..inikan pula 7 hari.xdapat dibayangkan..hehe
ak pernah 3 bulan praktikal dengan internet yang teramat perlahan…memang tension gila la nk buat asimen…
Hehe macamne nak idop klau tak de tenet? Susahla nak berbisnes hahaha
nasib aku pindah line aritu senang je..:D
hidup tanpa internet memang susah kot. zaman sekarang ni hampir semua benda kena guna internet.
Disconnect to stay connected.
Sekali sekala duduk sunyi dengan isteri je tanpa gangguan.
Kan best tu
Yg y ni seminggu lebih beraya xde wifi dan line tenet mmg haru.x senang duduk beraya.
bila pindah memang banyak nak kena tukar..
masalah bila lokasi takde servis tu
Itu lah.. Sekarang tengah risau lokasi rumah takde coverage sebab masa orang TM check guna komputer hari tu sistem tak dapat detect alamat.. So, diorang hantar team dulu untuk survey kawasan.. Harap2 adalah coverage kat situ.. Kalau tak, taktau nak guna internet apa..
memang susah kalau xda wifi kat rumah..nasib baik rumah gua dekat dengan ofis….kuota habis terpaksa guna kat office punya…
Untunglah rumah dekat dengan ofis ada internet.. Rumah aku jauh dgn ofis.. Kena tunggu jelah sampai TM datang rumah pasang internet..
hoho..
dah susah dah tanpa internet eh..hehe
Internet dah jadi keperluan dah sekarang ni.. Huhu..
nasib baik ada stok movie dalam laptop, boleh gak ler layan buat hilangkan kebosanan kan.
semoga pihak TM cepat2 selesaikan masalah problem anarm ni, kesian dia tau…
Tu la pasal.. Nasib baik ada simpan movie dalam laptop.. Sampai dah nak habis space hardisk sebab penuh dengan movie.. Hehe..
kalau saya memang takleh hidup dengan tanpa internet. tp kalau sesekali tu mmg dapatlah kualiti time dgn keluarga tanpa internet ni.
Yup.. Betul tu.. Dapat luangkan masa dengan family.. Cuma kadang2 susah jugak bila takde internet.. Sekarang ni boleh kata semua benda kena guna internet..
bersabar dan bertabahlah… lepas ni boleh masuk segala line semua.. :)
Harap2 ok lah line internet kat rumah UK ni..
Kalau pindah wifi ni modem yang sedia ada tu dia pindah sekali lah? Atau dia bagi modem baru?
Modem sedia ada tu kita sendiri bawak ke rumah baru.. Tak dapat modem baru kecuali tutup akaun dan buka akaun lain.. Pastu gi TMpoint isi borang pindah line.. Nanti technician akan datang rumah untuk setting semula line internet kat rumah baru..