Blogger merupakan manusia istimewa yang hidup dalam 2 sisi kehidupan iaitu hidup di dunia realiti dan di dunia maya (internet). Seseorang yang memilih untuk menjadi blogger adalah manusia yang berfikir secara kompleks kerana hidup seorang blogger memerlukan kita berfikir dalam pelbagai aspek dan perlu memiliki kebolehan yang tertentu bagi menjayakan aktiviti blogging.
Hidup seorang blogger dapat mengajar kita bagaimana untuk bersosial di dunia maya (dan realiti), bagaimana untuk meluahkan setiap sudut pemikiran ke dalam bentuk penulisan, dan juga mencungkil bakat dalam menguruskan penampilan blog dari segi rekabentuk.
Kesemua ini adalah aspek penting dalam hidup seorang blogger kerana setiap aspek tersebut mampu dimanipulasikan ke dalam blog untuk menarik minat pengunjung singgah lebih lama di blog kita.
Hidup Seorang Blogger
Kebanyakan blogger yang ada sekarang ni menggunakan platform yang pelbagai. Ada yang menggunakan Blogspot, ada yang menggunakan WordPress, Joomla dan sebagainya.
Walaupun wujud bermacam-macam platform untuk berblog, namun setiap daripada kita masih dalam satu komuniti besar blogger dan sama-sama menjalani hidup sebagai seorang blogger.
“Apa yang best sangat buat blog?” — Persoalan ni sering aku terima daripada rakan-rakan bukan blogger.
Setiap perkara yang wujud dalam dunia ni mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Bila diberitahu tentang kebaikan blogging, mereka yang tidak merasainya sendiri akan menganggap ianya satu keburukan. Malah pelbagai tanggapan lain lagi yang akan muncul kemudian.
Melalaikan, membuang masa, membazir wang ringgit, dan sebagainya. Mentaliti sebegini memang tidak dapat dipisahkan daripada sesetengah orang. Apa aku perolehi sepanjang berblog ni memang sesuatu yang paling bermakna dan penuh ilmu pengetahuan.
Percaya atau tidak, terpulang pada diri mereka.
Bagi yang telah lama berkecimpung dalam dunia blogging, terdapat perbezaan ketara dalam hidup seorang blogger itu yang dapat kita lihat.
Dulunya sentiasa berfikir “Apa aku nak update/tulis kat blog?“.
Tetapi kini mulai mempersoalkan “Bagaimana untuk aku hasilkan entri terbaik?“, “Bagaimana nak menarik minat orang untuk singgah di blog?“, “Bagaimana nak tampilkan entri di muka depan Google Search?“, “Bagaimana nak jadi hebat macam Azman Ishak?“, dan macam-macam lagi persoalan ‘bagaimana’.
Believe it or not? Persoalan ‘Apa’ dan ‘Bagaimana’ dapat menggambarkan tahap pemikiran seseorang itu.
Cabaran dalam Hidup Seorang Blogger
Ada banyak cabaran yang memang biasa dilalui dalam hidup seorang blogger. Di sini aku senaraikan cabaran-cabaran yang sering aku hadapi.
Sebenarnya ada banyak cara bagaimana mencari ilham untuk menulis di blog. Semua bergantung pada diri masing-masing untuk dapatkan idea tersebut.
Bagi aku, aku lebih suka blogwalking, membaca surat khabar lama (bukan yang terbaru), tengok movie, lepak di ‘bilik termenung’ dan keluar dating dengan awek tercinta.
Paling kerap berlaku bencana kekurangan idea ni adalah ketika aku sedang menaip artikel baru. Pada mulanya memang bersemangat dan berjaya menaip dengan lancar. Kemudian, akan berlaku simptom-simptom mati kutu. Tiba-tiba idea hilang!
2. Kekangan Masa
Aku menjalani 2 kehidupan iaitu hidup sebagai seorang blogger dan sebagai seorang pekerja. Masa yang diperuntukkan lebih banyak diluangkan untuk kerja-kerja yang perlu diutamakan terlebih dahulu.
Ramai yang menggesa aku update blog tapi jika korang berada di tempat aku, korang boleh rasai sendiri bagaimana hidup seorang blogger pada masa yang sama mempunyai komitmen terhadap kerja-kerja ofis.
Blogger merupakan profession aku secara sambilan sahaja.
3. Minat Berblog Sekejap Ada Sekejap Takda
Yang ni cabaran aku yang paling berat. Bila dah jadi macam ni, apa sahaja yang aku lakukan akan terbengkalai separuh jalan. Setiap aktiviti yang dilakukan memang perlu disertai dengan minat.
Minat menjadi faktor pemberi semangat untuk kita berbuat sesuatu. Setuju atau tidak?
4. Wujudnya Twitter dan Facebook
Dua laman sosial gergasi yang terlaris dalam hidup seorang blogger. Blogger-blogger sekarang ni aku tengok lebih gemar mengupdate status di Facebook, berkongsi pelbagai bahan menarik dengan pengguna lain, dan berbual kosong di Twitter.
Ramai juga di kalangan blogger meluahkan “takde idea nak update blog” sedangkan di timeline Facebook dan Twitter beliau dapat kita lihat pelbagai perkongsian bahan yang boleh dijadikan pengisian untuk blog.
Adakah minda kita sudah disekat oleh kedua-dua laman sosial ini atau ianya memang lumrah dalam hidup seorang blogger?
5. Aku Seorang Pemalas
Malas! Aku memang pemalas. Pada masa-masa tertentu sikap malas aku akan jadi 2-3 kali ganda lebih banyak. “Nak bangun kencing pon malas”. Betapa pemalasnya aku ni.
Dari sudut seorang blogger pula, akan terjadi simptom malas nak menaip, malas nak Google, malas nak cari gambar, malas nak tengok coding theme, dan sebagainya. Jika timbul sikap malas ni, apa yang perlu dibuat adalah “Ko pergi tidur jela Anarm oiii”.
Blog Tumbuh Bagai Cendawan
Kini, jumlah blogger semakin hari semakin bertambah. Blog-blog baru tumbuh bagaikan cendawan selepas hari hujan. Kesucian dunia seorang blogger pun kian tercemar dengan adanya golongan blogger yang terpesong.
Aku perasan dah ramai blogger yang mengundurkan diri dari arena blogging ni. Kenapa dan mengapa mereka berundur aku pon tak tahu. Bagi yang masih berjuang untuk meneruskan hidup seorang blogger, adakah perjuangan kita ini dapat bertahan? Sampai bila?
Memang cabaran kalau nak jadikan blog salah satu sumber pendapatan kerana nak dapat PR dan Trafik bukan mudah memerlukan usaha melebih 100%
Hahaha.. memanglah cabaran kalo kita malas :happy: Tak hanya dalam blog namun dalam segala hal kalo malas ya susah.
hidup mesti diteruskan..tak kisah lah..asalkan niat kita betul untuk blogging ni :cool:
memang menjadi cabaran besar untuk menulis sebenarnya…
kadang2 buntu tapi apa2 hal pun tengok pada selera masing2…
nak tulis panjang tulis lah.. nak tulis pendek pun tulislah hehe
Cabaran takde idea untuk menulis entri memang cabaran paling utama bagi seorang blogger. Sampai penat fikirkan bila idea nak datang. Tungu punya tunggu, idea tak datang jugak, huhu :whistle:
bagus jugak ade contest gini if tak, sure aku tak tau mende yg ade dlm hati bloggers lain2.hehehe! gud luck adik.blueekkks.wakakaka
good Luck la… kak sumi idea tetiba tak ada nak menulis…:blush:
semoga menjadi top 10…. :cheerful:
Ade je blogger yg tak pakai otak. Kisah semut urung roti semalam pon jadi bahan. Tah ape2 tah. Kalau nak kongsi cite biarlah yg berfaedah. Mende remeh temeh tak payah pon tak pe.
susah nk gambarkan kehidupan seorang blogger melainkan dia sendiri rasakan. so memang paya bila orang tanye ape yg ebst jadi blogger. jawapan dia, rasa sendiri baru tahu kekekekeke
@boy_bersahaje, kuih karipap pon nk kene kunyah sendiri baru bleh rasa sedap ke tak.. inikan pula blog.. cuba try buat blog sendiri.. nnt kita2 bleh ajarkan.. dah pandai nnt time tu baru diorang tau betapa nikmatnya berblog..
alasan tu kadang kita sndri yang buat..idea ada tapi x tahu mcmne nk sampaikan..heheh..memang best berblog..klu sape pakai wordpress lg mantap..dgn blog jgk saya dpt jumpa anarm.net..tu pon kjp je dkt kedai makan..hehe
@azizan4444, hahaha.. nanti lepas raya kita lepak together2 dgn blogger2 lain.. :wink:
power nie bro… erm tulah kadang2.. memang takda idea nak tulis…malas tuh memang ada pun… huhu… sampai bila nak berblog?? selagi kita masih hidup, dan mampu untuk bayar hosting, huhu ..insyallah…
@zik, blog aset hidup kita.. perlu dijaga sebaik mungkin.. sampai bila nk berblog? kalau umur 100 tahun masih bleh tekan2 keyboard, masih bleh nampak skrin dengan jelas, apa salahnye teruskan je.. tak larat nk taip2, bleh try buat video blog.. pastu suruh cucu cicit tolong publishkan.. :biggrin:
Good luck bro
Aku baru je nak publish entri untuk contest ni
eheheh :biggrin:
@wazy, lewat ko publish.. biasanye ko la yg paling laju.. kan? kan? blogger hebat nih.. huhu
good luck bro untuk contest kali ini
yang hidup mesti diteruskan dan blog mesti diteruskan juga
@mijie, betul tu.. hidup dalam dunia realiti dan dunia blog perlu seiring dan seimbang.. baru la tak kucar kacir hidup kita..
weh… apakah tetibe nak jadi hebat macam aku plak… aku same je macam hang. hadoi ai.. tadek ape beza pon. hahaha… malu dowh cakap macam tu. dah la tak buat duit dengan blog pon. kalau ade cume lepas la buat bayar hosting setahun… itupon kene tunggu setahun hokey.. baru cukup. hahaha..
anyway.. thanks trackback. banyak giler trackback muncul lepas berjaya kat kakikomplen tu. alhamdulillah~
@Kreuger, ko hebat sebab kakikomplen laa.. sebab tu nk jadi macam ko.. :w00t:
kadang2 tu dah naik bosan gak berblog ni. tu la kena buat blog apa yg kita minat baru tak rasa bosankan..
@Jihan, minat tu memang nombor 1.. kalau tak minat, buat apa pon tak jadi..
pada aku pendek ke panjang entri tu terpulang…tak perlu memaksa diri untuk update blog selalu, ikut kemampuan…aku lebih kepada share ape2 info yg aku tau walaupun kadang2 ade yg dah tau..my 2 cents
@MokhZam, aku set nk update seminggu sekali je.. kalau terlebih tu alhamdulillah.. hehe
idea tu kadang2 bermusim..
time meriah, meriah la blog.
bile musim kemarau..
hahaha..kosong je blog..
@saya_aRief, biasanye musim kemarau tu la yang panjang skit.. lama tak update blog tade idea.. kering terus.. haha
Hidup Seorang Blogger memang seronok dapat share pandangan dengan org lain kan
Hidup seorang blogger mmg cukup mencabar lah bro.. hehe.. good luck ok.. nioce entry..
@Azuan, yup.. memang mencabar.. makin lama makin mencabar.. tak tau dapat bertahan ke tak.. huhuu
@Anarm, dapat tu.. jangkaan aku entry ni akan slow2 naik anak tangga nnti..
Goodluck and all the best!
@Rara, thanks kak rara.. hehe
gudluck bro.
entri mantap..sy suka…
@syahrilhafiz, terima kasih.. :happy:
all de best anarm
@eiyda, tengkiu.. mentipoo00oooo.. hak3 :lol:
hi! saya blogger baru yg tumbuh macam cndawan selepas hujan. hehe :tongue:
byk ilmu-ilmu blogging sy tak tahu. eheee.
dah itu je! :lol:
@yongsofea, selamat satang ke blog Anarm.Net :smile:
ilmu blogging bleh belajar.. kena rajin2 bertanya dan mengGoogle..
sememangnya kalau dh malas sume bende xjadi..
nk mkn pun sruh org suap nnt..
nway, gudluck bro..
@sha-hir@meng, makan??! aa.. aa.. perut bunyi krukk krukk.. :blink:
@Anarm, aku pun tgh skt prut lapar ni..
gud luck boh hehe :happy:
@x-po, bereh.. hehe
kadang2 sebab terlalu nak update blog dan sentimen yang mengatakan bahawa kalau nak update blog perlu panjang. itu menyebabkan perkara itu berlaku kot :D
aku kadang2 ada maslah itu juga. lagi2 kalau nak update hal teknikal atau nota
@tmukmkd, kat blog ni aku memang suke update entri panjang2.. taip pendek2 baik aku taip kt tumblr je.. huhu..
hal teknikal dan nota memang aku rasa susah skit nk update..
@Anarm, aku pun gitu sebab tu payah nak update kadang2 :lol:
@tmukmkd, haah betul tu.. panjang2 lagi puas hati kalau tulis
@luth textile, tapi aku mula terpikir kalau dah panjang bena… sapa la yang baca :cwy:
@tmukmkd, takyah la taip panjang2 sgt.. kt sesetengah perenggan tu masukkan gambar skit2 utk org cuci mata, rehat kejap.. pastu sambung baca.. :tongue:
@Anarm, :biggrin: betul tu. tapi tu la. skill gambar ni aku tak pandai lagi :smile: kadang2 nampak :w00t: kadang2 nampak :getlost: