AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Event » Hari Keluarga Al Ansar Group di Kalumpang Resort

Hari Keluarga Al Ansar Group di Kalumpang Resort

10/06/2013 Anarm 19 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Hari Rabu hingga Jumaat baru ni aku dan isteri tercinta join Hari Keluarga Kumpulan Al Ansar yang diadakan di Kalumpang Resort and Training Centre, Hulu Selangor (sempadan Tanjung Malim, Perak). Sambutan Hari Keluarga yang sangat seronok. Di situ jugak pertama kali aku main Water Tubing / River Tubing. Best giler! Cuma lepas tu rasa sengal-sengal badan sikit.

selamat datang kalumpang resort

Hari pertama di Kalumpang Resort hanya buat aktiviti masing-masing. Tapi hari pertama aku kat situ dah rasa kepenatan sebab terpaksa angkut barang-barang pergi tukar chalet.

Chalet yang mula-mula aku masuk (Kasawari 4) ada masalah bilik air. Air paip tak boleh tutup, asyik mengalir je. Jamban pulak bila flush air dari dalam mangkuk jamban tu melimpah keluar!

kasawari 4 chalet kalumpang resort

Chalet Kasawari 4 yang ada masalah bilik air.

Aku request dengan bro Yusdi untuk pindah chalet lain. Nasib baik ada. Aku dan wife tak fikir banyak terus pindah chalet ‘Merbuk’. Ada katil besar, aircond, sofa, TV ada Astro.

Tapi chalet yang lagi satu ni pun ada masalah jugak. Pintu depan chalet (jenis sliding door) susah giler nak bukak dan tutup. Kunci pun tak boleh guna. Nasib baik chalet tu ada 1 lagi pintu bahagian dalam nak masuk bilik. Kalau pintu dalam pun rosak, tak tau nak cakap apa.

Harap pihak resort pastikan dulu semua chalet dalam keadaan baik sebelum bagi orang menginap kat situ. Nanti tak pasal-pasal lagi ramai yang akan komplen kalau dapat chalet yang tak berapa bagus macam aku kena.

chalet merbuk kalumpang resort

Chalet Merbuk yang ada masalah pintu dan kunci.

Sebelah malam ahli keluarga Al Ansar Group (Kumpulan Al Ansar) solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah.

Acara Sukaneka Keluarga Al Ansar Group

Hari kedua baru start aktiviti menarik iaitu acara sukaneka yang melibatkan orang dewasa dan kanak-kanak. Seronok betul bila dapat main sukaneka sebab dah lama tak main.

family day al ansar group kalumpang resort

game family day al ansar

Game sukaneka yang kitorang main hari tu adalah isi air dalam botol, tiup belon, belonku sayang, rebut kerusi, pancing botol, dan boling kelapa.

Lepas tu ada acara air – cari guli dalam kolam dan lawan pukul bantal.

acara air family day al ansar

Sebelah petang pula aktiviti paling best iaitu aktiviti lasak Water Tubing. First time aku main benda alah ni. Mula-mula memang takut, tapi lama-lama jadi rasa seronok pulak duduk atas pelampung yang hanyut dibawa arus air sungai, berlanggar dengan batu, jatuh tergolek dalam air. 2 jam kitorang main “Water Tubing” ni. Seronookkkk..

water tubing kalumpang resort

anarm water tubing kalumpang resort

water tubing kalumpang resort al ansar

Tengok balik gambar-gambar main “Water Tubing” rasa macam nak main lagi. Best!

Aktiviti penutup Hari Keluarga Al Ansar Group diadakan pada sebelah malam dengan upacara pemberian hadiah kepada para pemenang sukaneka. Aku tak menang apa-apa.

Turut diadakan persembahan nyanyi live daripada artis Mu’adz Dzulkefly, kumpulan Damai dan persembahan ahli sihir silap mata.

muadz damai family day alansar

Persembahan Mu’adz dan kumpulan Damai

ahli silap mata

Upload kat YouTube jadi teruk pulak kualiti video ni.

Hari keluarga yang seterusnya In sha Allah mungkin buat kat New Zealand pulak. Boss yang cakap, bukan aku cakap. Hehe.

selamat jalan jumpa lagi kalumpang resort

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Event Keyword : acara sukaneka, air terjun kalumpang, aktiviti keluarga yang seronok, al ansar group, chalet kalumpang, exit tol tanjung malim, famil day, hari keluarga, kalumpang resort tanjung malim, kalumpang resort training centre, mandi sungai, sukan lasak, water tubing

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Tank Battle City – Game Kereta Kebal Untuk Android dan iOS
Next article:
Movie After Earth Cerita Bapa dan Anak

19 Comments

  1. Hafizul says

    18/06/2013 at 4:57 PM

    Seronoknya main tayar dalam air..hehe..tetiba jer rasa nak mandi sungai..bestnya…

    Reply
  2. Anuar says

    18/06/2013 at 4:24 PM

    Tempat percutian keluarga yang menarik.. Belum pernah pergi lagi dekat Kalumpang ni.. Teringin juga nak pergi… Insya Allah kalau ada masa satu hari nanti berkesempatan juga sampai ke sini… ;)

    Reply
  3. hazman aka species1980 says

    12/06/2013 at 2:39 PM

    Tu laa… tempat nei memang best cuma sebab tempat penginapan kurang memuaskan masa site visit company aku cancel untuk buat kem motivasi skolah….dengar citer si JAWS buat backflip yea….

    Reply
    • Anarm says

      12/06/2013 at 3:05 PM

      Ha’ah.. Penginapan kat situ kurang memuaskan.. Tapi tempat mandi dia memang best.. Tak tau plak Jaws ada buat backflip..

      Reply
  4. Rina says

    12/06/2013 at 10:33 AM

    hmm.. mengasyikkan sekali ya acaranya, selamat menikmati … :cheerful:

    Reply
  5. sukma says

    11/06/2013 at 9:48 AM

    baru tahu tempat ni…seronok sangat tengok aktiviti tapi resortnya may be kena nampak baik dan sempurna untuk customer ekk…

    Reply
  6. akubiomed says

    10/06/2013 at 9:46 PM

    Syarikat saya pernah buat seminar di Kalumpang beberapa tahun yang lalu. Memang dingin dan deras air di Kalumpang ini.

    Reply
  7. titan says

    10/06/2013 at 8:51 PM

    kali pertama gua dengar nama kalumpang resort nih..

    Reply
  8. Alin Marlini says

    10/06/2013 at 3:33 PM

    ooo…ada muadz…dia bekas peguam di pejabat saya dulu..sebelum jd artis

    Reply
    • Anarm says

      11/06/2013 at 11:07 AM

      Ooo.. Yeke? Baru tau dia bekas peguam..

      Reply
  9. Bro Framestone says

    10/06/2013 at 1:58 PM

    NIe bro rasa nak buat family day…

    Ada mana-mana family nak adopt Bro x? ada 3 kosong lagi :)

    Reply
  10. fyna says

    10/06/2013 at 11:48 AM

    tak pernah pergi sana. tapi tengok pada gambar2 nih menyeronokkan. teringinlah pula :cheerful:

    Reply
  11. eliss says

    10/06/2013 at 10:58 AM

    seronok tengok water tubing tu . macam ada kid kat situ kan ? kalau x reti berenang agak-agak boleh main ker? x yakin dengan life jacket :p

    Reply
    • Anarm says

      10/06/2013 at 11:14 AM

      Yup.. Kid pun ada.. Tak reti berenang pun boleh main.. Ada pakar yang jaga dan akan terus pergi kat kita bila ada masalah.. Tiup je wisel yang tergantung kat life jacket untuk mintak bantuan..

      Masa main water tubing hari tu tak terfikir pulak pasal air tu dalam ke tak sebab seronok sangat main.. Tak reti berenang jugak..

      Reply
  12. Kujie says

    10/06/2013 at 10:12 AM

    kak jie tak pernah pi sini walau tau benda2 ni ada..hihihi

    Reply
  13. KiD says

    10/06/2013 at 9:51 AM

    Memang superb best!! dan hari ni baru badan aku full recovery dari keletihan tu.. hahaha.. water tubing best!! Lepas ni, ke mana yea.. nak ikut!! hihihi

    Reply
    • Anarm says

      10/06/2013 at 10:04 AM

      Lepas ni katanya ke New Zealand.. Hehe..

      Reply
  14. suziela says

    10/06/2013 at 9:05 AM

    fuyo..mcm best je

    Reply
    • Anarm says

      10/06/2013 at 10:03 AM

      Memang best..

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy