Hari Kedua Hadir Seminar WordPress

Alhamdulillah hari pertama Seminar WordPress anjuran Akademi Denaihati berjalan dengan lancar semalam. Para peserta Seminar WordPress telah diajar asas pemasangan dan pengendalian blog WordPress. Peserta-peserta Seminar WordPress yang pertama anjuran Akademi Denaihati ni semuanya ‘cepat tangkap’ dengan apa yang diajar oleh ‘guru’.

Seminar WordPress Akademi Denaihati

Suasana dalam bilik seminar memang cukup santai. Sempat juga buat tarian ‘Chicken Dance’ beramai-ramai bagi menghilangkan rasa bosan dan mengantuk. Founder blog Denaihati.com pun turut sama menari. Hehe..

Bila dah hilang mengantuk baru la dapat sambung belajar WordPress. Senang sikit ilmu nak masuk dalam kepala.

Hari ni hari kedua berlangsungnya Seminar WordPress anjuran Akademi Denaihati. Pelajaran hari ni kalau tak silap aku tentang keselamatan blog WordPress, belajar bagaimana nak hindari serangan h4cker, asas bagaimana cara buat duit dengan blog dan social media, dan juga sedikit perkongsian ilmu blogging daripada blogger Malaysia tersohor iaitu Ariffshah.

Lepas selesai Seminar WordPress yang sedang dijalankan ni akan diadakan pula Majlis Sepetang Bersama Blogger. Harap dapat berkumpul ramai-ramai dan bersuaikenal dengan blogger-blogger Malaysia yang hebat-hebat semuanya.

Kepada blogger yang dijemput dan blogger yang sudi hadir ke Majlis Sepetang Bersama Blogger petang ni mungkin ada sedikit kejutan. Sama-sama kita hadir meriahkan majlis yang dianjurkan oleh Denaihati Network ini.

7 Comments

  1. jeles aku korang dapat gi sana.. :blush:

  2. Akhirnya semalam dapat jumpa bro Anarm. :-)

  3. mantap2 .. sifu denaihati.. tue… ntah bila nak jumpa lagi dia…

  4. DH dah tak boleh nak sorok lagi muka dia dah he3..

  5. bro x rakam ker denaihati wat chicken dance..hehe

    makin bertambah ilmu dengan buat perkongsian mcm ni..

  6. Harap berpeluang menyertainya kelak.

Leave a Comment