Happy Birthday to Me : 13 May

Happy Birthday to AnarmDulu, masa kecik-kecik, mak dan abah aku selalu buatkan pulut kuning time hari lahir aku sambut Happy birthday.

Mak aku panggil pulut kuning tu “Pulut Semangat”. Rasanya untuk bagi aku semangat dalam menempuh hidup yang penuh cabaran ni kot. Hehe..

Memang sedap ah mak aku masuk pulut kuning dengan kuah kari ayam, takpon ayam rendang.

Dah Kurang Sambut Birthday

Bila dah makin besar panjang usia aku ni, dah kurang sambut hari lahir. Aku pon tak kisah sangat nak sambut ke tak. Bagi aku, sekadar doa agar panjang umur dan murah rezeki, tu pon dah cukup. Takyah nak sambut hari lahir dengan kek, hadiah, apa-apa jela.

Kalau dapat hadiah pon, nanti lama-lama entah ke mana hadiah tu sebab aku komfem tak ingat kat mana aku simpan hadiah tu. Haha..

Hmm.. Dah lama tak merasa masakan mak aku sejak dok jauh dari kampung ni sebab bekerja.

Sambutan hari lahir time study kt kolej dulu pulak, bila tepat jam 12 tengah malam, memang masak la kena ligan dengan kawan-kawan.

Hadiah yang aku dapat time tu aku ingat lagi. Air bekas rendam stokin, baju-baju dan seluar-seluar busuk, telur, tepung, habuk rokok, macam-macam lagi la ramuan yang kawan-kawan aku buat.

Memang nak marah la time tu tapi bila fikir-fikir balik, rasa kelakar pulak. Kawan-kawan memang kreatif bab-bab mengenakan orang ni.

Terima kasih semua. Kenangan yang korang bagi takkan aku lupa sampai bila-bila. Tambah lagi bila handphone aku rosak kena simbah dengan air.

Sekarang ni, aku dah masuk alam pekerjaan. Fikiran dah kira matang sikit. Kawan-kawan lama pon semua dah bawa haluan masing-masing. Ada yang still berhubung, tapi tak macam dulu.

Aku teramat rindukan kawan-kawan di kolej dulu, yang aku anggap kawan-kawan yang terbaik penah aku kenal.

Tapi ada jugak la kawan yang jenis ikut musim. Bila musim tu habis, diorang pon beralih arah la. Lumrah kehidupan.

Sejak join berblog di dunia maya ni, ramai jugak la kawan-kawan baru yang aku kenal. Aktiviti aku masa lapang, aku singgah ke blog kawan-kawan.

Daripada aktiviti meninggalkan komen dan menjerit di shoutbox diorang, pastu terus berhubung sebagai kawan walaupun tak pernah bersua muka.

Kat bawah ni snapshot daripada Twitter aku. Terharu sebab kawan-kawan bagi feedback lepas aku tweet tentang hari lahir aku ni.

Bukan saje nak cari publisiti, tapi sebab dah lama tak bertweet. Lagipon memang fungsi Twitter untuk berkongsi life kita dengan orang ramai kan?

Anarm on Twitter

Genap sudah umur aku hari ni, 24 tahun. Dah makin tua dah. Hehee.

Terima kasih jugak kepada kawan-kawan yang wish kat aku melalui YM. Sorry sebab tak reply YM korang. Aku bad mood sikit hari ni. Ada krisis sikit dengan ‘seseorang’.

Walau apa pon terima kasih sekali lagi kepada semua yang dah wish kat aku. Wish dari korang aku forwardkan jugak kepada orang-orang di dunia ni yang sama tarikh lahir dengan aku.

Lagu untuk semua birthday boy dan birthday girl pada 13 Mei

42 Comments

  1. oooo…aku reti wat kek cokelat…tapi ye la kan cm mana aku nak bagi kat ko…g je la beli kat kedai…hehehehe…

    • @MeLL,
      hahaha.. takde nye aku nk beli2 kek ni..
      rasa mcm membazir je.. baik beli nasik lg best..
      lgpon, kek boleh menggemokkan :dizzy:

  2. Hye..hepi besday…semoga panjang umur n murah rezeki…apa yang di hajati di makbul kan allah…

    dulu masa aku kecik pun bila wat besday party mak aku wat pulut…siap bertingkat2 lagi..tapi itu sebab aku tak makan cake..tapi sekarang dah jadi antu cake plak…

    • @MeLL,
      aku pon antu kek jugak..
      tp birthday tahun ni x dpt merasa kek kot..
      xpe la.. atau ade sape2 yg sudi bg aku kek?
      aku nk kek cekelat :wub: :whistle:

  3. Allah selamat kan kamu………..
    Allah selamat kan kamu………..
    Allah selamat kan anarm………..
    Allah selamat kan kamu………..

    ko punye hari lahir selang 3hari je lepas aku..
    hahahahaha..
    semoga hajat di umur 24 akan tercapai..

  4. :alien: :alien: :alien: :alien: :alien: :alien: :alien: :alien:
    otanjoubi omedeto’. alien-kun. :whistle:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *