Hari ni genap umur aku 27 tahun. Syukur Alhamdulillah kerana Allah masih beri peluang untuk aku hidup di dunia ni. Terima kasih banyak kepada mak abah yang dah melahirkan, menjaga dan mendidik aku sejak dari kecil sampai besar. Segala jasa dan penat lelah mak abah aku menjaga aku selama ni tak mungkin dapat aku balas.
Cuma aku berharap diberi peluang dalam hidup ni untuk jalankan segala tanggungjawab aku sebagai seorang anak dengan sebaik mungkin dan juga dapat tunaikan segala tugas dan amanah yang telah diberikan oleh Allah.
Dalam usia 27 tahun ni sikit masa lagi aku akan melangkah ke alam perkahwinan pulak. Macam tak percaya je.
Dengan melangkah setapak lagi dalam proses kehidupan di dunia ni diharap Allah kurniakan aku kekuatan dan cekalkan semangat aku untuk hadapi semua cabaran dan dugaan yang bakal mendatang.
Tengah malam tadi cik tunang awal-awal dah call aku ucap selamat hari lahir. Thanks sayang! Tapi dia takde nyanyi lagu ‘Happy Birthday’ macam tahun-tahun sebelum ni. Huhu..
Terima kasih banyak juga kepada kawan-kawan yang dah ucapkan ‘Happy Birthday’ di Twitter dan Facebook walaupun ada yang masih belum bersua muka.
Semoga dengan usia yang semakin meningkat akan meningkatkan juga taqwa dan iman dalam hati ini.
happy birthday bro..semoga panjang usia bro..
Rambut banyak uban itu buktinya kita banyak berfikir…
Kes bro lain.. Rambut banyak gugur.. Petanda nak botak… tak kan nak naik pelamin dengan kepala yang botak
Selamat hari lahir ya anarm , tk sangka .. (saje nak guna ayat tak sangka jugak)
akk ni lagi tua dr mu kehkehkeh
Owh hari jadi ko rupanya.
Moga panjang umur dan murah rezeki yang diberkati.
Hope to see you one day :D
dah tua rupanya ko. hoho.. :happy:
Amboi… Hehehe…
Sanah Helwaa~
Semoga dipanjangkan umur dibawah rahmatNya…
Selamat Hari Jadi Bro ! Semoga dipermudahkan segala urusan.
Dah tua rupanya hang ni !
Ah sama ke..Selamat Hari Lahir..semoga berbahagia
Selamat Hari Lahir. Perjalanan masih jauh jangan penat mencari ILMU untuk menjadi lebih baik dari semalam. Semuga sukses dunia n akhirat.
wahh slamat hari lahir! sangat sweet kelihatannye. :biggrin:
@incik, yeahh.. memang sweet.. hehe.. terima kasih..
Selamat hari lahir bro. tq for komen kat blog ye!!!
Moga bertambah umur, mengingatkan kita lagi dekat dgn kematian.
salam kenalan.
@muazfaris, terima kasih.. betul tu.. umur semakin meningkat rasa macam ajal makin menghampiri.. walau apa pun, perlu bersiap sedia dengan amalan secukupnya..
Selamat hari lahir bro, semoga dipermudahkan segala urusan untuk menempuh alam perkahwinan pula, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan berbahagian selalu hendaknya.
@Eizil, terima kasih bro kerana mendoakan.. aminn..
hoho takat umur ni yg sesuai /produktif untuk kawen dan menghasilkan anak tu :biggrin: :biggrin:
@syahrilhafiz, tau takpe.. huhu.. bro bila plak nak kawen?
Selamat Hari Lahir kepada bro. Dapat hadiah apa daripada tunang?
@akubiomed, terima kasih.. takde dapat apa2 hadiah lagi ni.. :cwy:
Usia yg wajib kawin dah tuh…selamat hari lahir Anarm!
@azman, terima kasih.. insyaAllah sikit masa lagi akan kahwin.. Alhamdulillah..
Dah tua mu kan..
pasang topeng tue, bro try adjust kot2 bro berbesar hati nk cari he..23x (jangan berharap sangat ek)
@Bro Framestone, tu laa.. dah makin tua dah.. cik tunang pon dah komplen cakap rambut byk uban.. huhu..
tak sangka pulak kita sebaya yer…. :cool:
@sweetkurma, ehh.. sebaya jugak ke? :w00t:
happy birthday anarm….oreo cake :smile:
@sweetkurma, terima kasih.. macam best je kalau dapat oreo cake kan? kan? :tongue:
selamat hari lahir bro, sebaya rupanya..hehe
@Jebeng Otai™, ehh.. sebaya ke? :w00t: