Gushcloud Dah Jadi Web Lain

Gushcloud

Baru je ingat nak keluarkan duit Gushcloud. Bila buka web dia tiba-tiba terpampang gambar macam kat atas ni. Aku dah rasa pelik. Sejak bila Gushcloud jadi laman web artis antarabangsa? Ada gambar band Hellogoodbye, Mayday Parade dan The Cab. (Lagu Mayday Parade best!)

Aku ingat salah buka web. Bila check URL memang betul dah aku buka web Gushcloud.com.

Menurut status Gushcloud di Twitter, “We’re launching an all-new Gushcloud so don’t be alarmed if you can’t log in just yet! More exciting updates soon!“.

Nampak macam Gushcloud sekarang sedang mempromosikan pelancaran GUSH 2012, San Francisco sepertimana yang boleh dilihat di laman web dia.

Risau juga bila sumber buat duit online tiba-tiba jadi macam ni. Gushcloud takde beritahu apa-apa pun tentang perkara ni. Sepatutnya dia hantar email pemberitahuan kepada semua ahli Gushcloud.

Aku baru nak cashout Gushcloud untuk kali kedua. Huh!

27 Comments

  1. Aku Otw nak cukup syarat minimum untuk cashout.
    Tapi sekarang ni website dorang masih undermaintance di bahagian tertentu.

  2. Aku baru nak start promo, (sempat daftar sebelum berubah wajah)… Tetiba jadi pelik bila login (kelmarin).. Nampak dah tak menarik untuk aktifkan diri kat situ (buat duit)..

  3. baru je cashout RM100, and rasa macam malas je nak guna lagi… sebab gushcloud banyak sangat exchange, cam dah makin takbest…

    p/s: tak tahu kenapa, rasa terancam =,=

    Eyriqazz VS Denaihati

Leave a Reply