Google Tampil dengan Favicon Baru

Biasanya bila sesuatu laman web/blog menukar ‘favicon’ (short for Favorites Icon) tidak ramai yang sedar dan perasan dengan perubahan tu. Mungkin bagi sesetengah orang, favicon tidak bermakna apa-apa. Tapi tidak bagi Google.

Adanya favicon membuat sesebuah laman web/blog menjadi lebih unik.. Aku suka tengok favicon di blog-blog orang lain.. Malah di blog aku ni pon ada favicon juga.

Google terkenal dengan ikon “G”. Kali ni Google memperkenalkan favicon baru yang lebih berwarna-warni daripada favicon sebelum ni. Favicon ni pada asalnya direka oleh André Resende, kemudian diubah sedikit demi sedikit oleh pihak Google sendiri.

Untuk info lanjut korang boleh baca kat sini.

Blog korang dah ada favicon ke belom? Hah! Takde lagi? Buat laa. Cantik apa blog ade favicon.

Cara Buat Favicon Untuk Blog

Terdapat banyak cara nak buat favicon untuk blog korang. Kat sini aku just bagi contoh yang paling mudah. Korang boleh create apa-apa gambar yang korang nak untuk dijadikan favicon. Lepas tu korang pergi ke web Chami untuk menukar format gambar korang tu menjadi “favicon.ico“.

  • Dalam web Chami tu, korang browse gambar yang korang nak jadikan favicon. Pastu klik Generate FavIcon.ico
  • Lepas tu, download favicon yang dah terhasil tu, then host kat server korang untuk dapatkan link favicon tersebut.
  • atau nak lebih mudah lagi, korang generate je favicon korang kat Icon J. Kat situ korang tak payah susah-susah dah nk host favicon korang kat server sebab Icon J boleh ‘host’kan sekali favicon korang tu secara PERCUMA.
  • Untuk tampilkan favicon tu dalam blog korang, korang kena edit sikit template korang. Coding dia kat bawah ni. Copy dan paste masuk dalam HEADER template korang.

    Untuk blogspot, korang boleh tengok kat Rumbling Lankan cara-cara untuk buat favicon dalam Blogspot.

OK.. Jangan tunggu lagi. Buat sekarang favicon blog korang.

Semoga berjaya.. Assalamualaikum!

5 Comments

  1. thanks 4 da info.. :cheerful:
    .-= Post terbaru skid di blog beliau.. How To Disable,Uninstall or Remove Windows Defender in Vista =-.

  2. ko nak buat favicon ke? just ikut je step macam aku tulis tu..

    yang adsense pulak, dia read keywords yang ada dalam blog ko, baru die bleh display kat adsense tu.. kalau blog bahasa melayu maybe ada sumthing ko kena setting.. biasanya blog dalam bahasa ‘orang putih’ je yang lebih senang nak display ads..

    papehal ko boleh YM aku.. klik je icon YM yang ada kat sidebar blog aku ni..

Leave a Reply