Google PageRank Anarm.Net Jun 2011

Nampaknya Google PageRank dah dikemaskini untuk bulan Jun 2011. PageRank AnarmNet kini PR2. Sebelum ni dah pernah dapat PR2 tapi jatuh ke PR1 akibat lama sangat tak update blog kot.

Sekarang ni tengah cuba untuk sentiasa update blog ni bila ada masa terluang.

Google Pagerank Anarm.Net - PR2

Menurut Denaihati melalui entri “Google PageRank update Jun 2011” di blognya, rakan-rakan blogger seperti Yanmieonline.com, EmilaYusof.com, Kujie2.com dan Ariffshah.com semakin mantap dengan PR blog mereka yang dah naik menjadi PR4. Tahniah!

Ada juga blog yang PR0 naik menjadi PR3, dan ada juga blog yang PR blognya jatuh.

Google PageRank ni bagi aku penuh misteri. Banyak faktor yang boleh mempengaruhi PR sesebuah blog tu sama ada naik ataupun turun. Kadang-kadang kita tak boleh nak jangka.

SEO merupakan salah satu faktor yang sangat mempengaruhi peningkatan atau penurunan pagerank sesebuah laman web atau blog.

Berikut adalah skala penilaian daripada sumber Google PageRank bagi faktor-faktor yang menyebabkan naik turunnya pagerank sesebuah blog.

Faktor-faktor yang Menaikkan Google PageRank

  • Update Pages Frequently – 2/10
  • Add Pages Frequently – 4/10
  • No Broken Links – 5/10
  • Good Neighborhood Directories with high PageRank Levels – 7/10
  • Monster Websites – 7/10
  • Quality Inbound links – 8/10
  • Quality Relevant Links – 9/10
  • Article Submissions (this can increase your PageRank by getting more inbound links)
  • All these put together – 10/10

Faktor-faktor yang Menurunkan Google PageRank

  • Bad inbound link seperti P0ker, Lucah, Seks dan sebagainya
  • Link spamming
  • Bad Content
  • Banyak broken links
  • Teknik SEO Black Hat

*Satu artikel menarik untuk dibaca – “Apa yang kita tahu tentang Google PageRank?

41 Comments

  1. yahhh blog aku… turun takhta… rasakan… banyak broken link lah… tak larat nak buang ….. buat masa nih rileks dulu.. aduyai…

  2. Masih mjadi misteri. Sya pun jarang update blog tp alhamdulilah ada peningkatan PR2.

    tAHNIAH JUGA kepada saudara

  3. alhamdulilah, blog aku dapat pr4.hehehehe. pakcik gugel ni mesti terima rasuah aku ni.hahahaha!! aku tak tahu sangat tips2 lain. yang aku perasan, kalau aku jarang update blog mmg boleh jatuhlah PR aku.

  4. Eh same la ngan blog aku.. dari PR4 turun PR3.. now.. dah turun PR2. bhahah.. ni pasal tarik online casino punye iklan la ni… tapi masa tu pasal nak pakai duit.. blasah. tapi duit haram.. tak buat beli makan.. lol~

    pst.. kakikomplen dah naik pr3 daripada PR0 huhuhu!

    • @Kreuger, hoh! tarik duit online casino.. giler ahh.. hang watpe dengan duit tu? repair kete? rosak kete tu karang.. atau beli meja makan? patah meja tu satgi time tgh makan.. hahaha..

      tahniah kakikomplen dapat PR3.. tak sia2 la keje mengkomplen je selama ni.. w0ot~

    • @Cikgu Hairul, nak maintain PR tu kadang2 susah, kadang2 senang.. apa yang pasti, jangan terlalu fokus pada PR.. fokuskan dulu pada content, fokus pada penulisan.. lepas tu baru tengok apa hasil PR yang akan kita dapat.. kalau PR naik, tu tandanya usaha kita berbaloi.. kalau turun, kena usaha lebih lagi la.. right?

  5. Teknik SEO black hat ni ada yang boleh kita guna juga untuk naikkan PR tapi kena pandai cover line. :)
    terima kasih. Blog bro Anarm banyak bagi ilmu kepada kami juga.

    • @Sabahan Bloggers Club, ha ah.. teknik seo black hat ada yang dapat bantu naikkan PR.. nama teknik pon dah nampak ‘KEGELAPAN’ dia.. so kena la pandai2 cover line.. kalau tertangkap, PR mungkin ditarik balik oleh google.. berani buat, kena berani tanggung la kan? :wink:

    • @Syahmi Shaarani, add pages tu aku pon tak pasti macam mana.. aku share dari apa yg aku search je.. mungkin maksud dia buat apa2 tambahan pada pages.. ada sesetengah blog aku tgk dia tukar2 page kat blog dia.. tambah sub-pages dan lain2.. camtu kot..

Leave a Reply